SEBULAN berlalu begitu sahaja. Sudah sebulan juga dia tidak bertemu dengan Ian. Kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu semasa mereka melakukan misi bersama-sama di bawah syarikat Rayyan. Di kolej juga dia mengelak sehabis yang mungkin untuk bertemu mata dengan Ian. Cukup lah sampai haritu sahaja.
Mereka pun sudah membawa haluan masing-masing kerana tamat sudah bergelar seorang pelajar. Tapi Elyssa hanya teruskan bekerja di bawah syarikat Virtuosos sebagai pekerja sepenuh masa. Manakala, Rose semestinya mengambil alih syarikat daddy. Dia? Daddy pandang pun tidak selepas kejadian bergaduh di rumah tempoh hari.
Anak matanya meliar mencari kelibat seseorang. Tangan yang memegang sesuatu di sorok ke belakang. Nak buat kejutan konon! Dari jauh dia nampak kelibat lelaki itu.
"Hai, baby!" tegur Raffael Hayder.
"For you." Elyssa menghulur sejambak bunga baby breath berwarna ungu kepada Raffael.
"Untuk abang ke bunga ni?" tanya Hayder. Namun, melihat anggukan Elyssa dia pantas menyambut huluran bunga itu. "Wow, you're the sweetest girl."
"Only for you," kata Elyssa dengan bangga. "Abang suka bunga tu?"
"Kalau semua dari baby, semua abang suka." Hayder memeluk Elyssa. Rindunya dia terhadap budak ni. Tangannya memegang pinggang Elyssa dan bergerak seiringan ke tempat letak kereta.
Hayder merampas kunci kereta Mini Cooper yang berada di tangan Elyssa.
"Eh? Biarlah El bawa. Lagipun abang baru sampai kan," kata Elyssa sambil melihat raut muka Hayder.
"Takpe. Biar abang drive. Lagipun abang jadi passenger je, bukan abang yang bawak flight tu."
"Lagipun abang nak bawa El ke sesuatu tempat," sambung Hayder lagi. Dia pasti mesti Elyssa akan suka.
"Nak pergi mana?"
"Adalah. Abang yakin, El mesti suka." Hayder membuka pintu penumpang untuk Elyssa.
Elyssa masuk ke dalam keretanya.
"How is your life without me?"
Elyssa menjeling Hayder di sebelahnya. "Normal as usual. Belajar, misi, Itu je lah. Sekarang dah habis belajar. El dah sepenuh masa bawah syarikat Virtuosos."
Hayder mengangguk. Dia tahu Elyssa salah seorang yang pandai menembak. Kerana perkenalannya mereka pun masa perempuan itu melakukan misi menyelamatkan keluarga Hayder.
"Your life with your family?" tanya hayder berhati-hati.
Elyssa melepaskan keluhan. "Takde apa yang berubah, abang. Dorang tetap benci kan El. Makin teruk adalah. Rose sekarang dah pandai guna mummy daddy sebab nak jatuhkan El," adu Elyssa.
Hayder mengusap kepala Elyssa manakala matanya fokus dengan pemanduan. Dia tahu semua kisah Elyssa. Hanya dengan dia Elyssa akan mengeluarkan sifat keanak-anakan. Dia tak bosan nak melayan karenah Elyssa. Kerana Elyssa hanya ada dia. Hayder sanggup lakukan apa sahaja untuk kebahagiaan Elyssa.
"Ada mana-mana lelaki ganggu baby tak?"
Elyssa mengeluh lagi. "Ada. El rasa nak tumbuk pijak je lelaki tu. Selalu ganggu ketenteraman El. Tapi sekarang takde dah. El mengelak dari dia."
"Dia tak buat yang bukan-bukan kan kat baby?" tanya Hayder risau.
"Berani lah buat. El tembak dia dulu!" kata Elyssa semangat. Tangannya membuat gaya sedang menembak seseorang.
Hayder hanya gelak. Tidak mahu mengulas panjang tentang Elyssa dan lelaki yang tidak tahu nama itu. Janji lelaki itu tidak buat yang bukan-bukan.
"Dah sampai," kata Hayder mermarking keretanya di sebuah depan rumah banglo dua tingkat.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
De TodoAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...