34

11.4K 545 9
                                    

"JOM akak! Biar Irene yang drive. Kita naik kereta along." Irene menarik tangan Elyssa untuk menaiki kereta. Elyssa hanya menuruti sahaja.

Semasa perjalanan mereka ke shopping complex, Irene sedar ada kereta yang mengikuti mereka dari tadi. Tapi dia hanya sedapkan hatinya, mungkin kebetulan kereta itu melalui jalan yang sama. Dia cuba hilang syak wasangkanya dengan melalui jalan yang lain. Malangnya kereta itu masih mengikuti mereka berdua.

"Irene okay tak? Kenapa lalu jalan lain?" Elyssa mengerutkan dahi. Muka Irene pucat seperti ada sesuatu.

"Kak El, Irene rasa kereta tu ikut kita lah. Daripada tadi. Irene ingat kebetulan lalu jalan sama, tapi Irene lalu jalan ni. Kereta belakang ikut juga." Elyssa senyap. Dia memandang belakang. Dia tak kenal kereta itu. Musuh suaminya ke?

"Irene pecut ke depan, lepastu berhenti. Kita tukar tempat. Biar akak bawa." Elyssa memberi arahan. Sekarang juga sepatutnya boleh tukar. Tapi dia tak rasa Irene pandai untuk menukar sementara kereta masih berjalan.

"Tapi akak..."

"Cepat Irene sebelum terlambat."

Irene membawa kereta selaju yang mungkin untuk menghilang dari pandangan kereta yang mengikuti mereka. Sampai di satu persimpangan Irene memberhentikan kereta dan mereka menukar tempat.

Elyssa membawa kereta selaju yang mungkin dan memotong semua kereta yang ada di lebuh raya. Dia kena berada di tempat orang ramai supaya kereta itu tidak dapat jejak mereka berdua. Elyssa membuat beberapa lencongan sehingga kereta hitam yang mengekorinya tadi hilang dari pandangan.

Irene dan Elyssa menghembus nafas lega.

"Jangan bagitahu along. Ini rahsia kita berdua," ujar Elyssa.

Irene sekadar mengangguk.

Mereka menyambung perjalanan mereka ke destinasi yang sepatutnya ditujui oleh mereka berdua. Sampainya di sana, Irene dan Elyssa ke ZUS Coffee untuk mengalas perut. Kata Ian, Elyssa tidak menjamah makanan lagi. Sebagai adik ipar yang baik, dia perlukan perut kakak iparnya di isi dahulu sebelum mereka membeli-belah.

"Irene nak apa?" tanya Elyssa. Tangannya sibuk mencari sesuatu dalam handbag.

"Irene nak Japanese Matcha Frappe with caramel drizzle and whipped cream. Akak?"

"Americano with eight extra shots." Elyssa menghulurkan kad untuk membayar.

"Along tak bagi akak minum caffeine! Air lain, tukar-tukar. Tak jadi bang Americano."

Barista yang mengambil order tadi sudah mengerut dahi.

"Irene ni semua benda nak dengar cakap along. Kalau Irene tak bagitahu, along takkan tahu. Diam aje. Proceed je dik air tadi." Irene menggaru kepalanya yang berlapik dengan tudung.

Barista tadi mengangguk dan menghulur kembali kad yang diberikan oleh Elyssa tadi. Mereka mengambil tempat sementara menunggu air mereka siap.

"Kak El taknak order makanan ke? Kek? Patries? Buat alas perut."

Elyssa hanya menggelengkan kepalanya. Tangannya sibuk menekan punat telefon untuk membuat pesanan kepada seseorang. Dia perlu tahu siapa yang mengejar mereka tadi. Dia dan Ian banyak musuh. Takut juga kalau musuh mereka tahu yang mereka berdua mempunyai ikatan.

Manakala Irene sibuk mengambil gambar Elyssa diam-diam untuk hantar ke Ian Darren. Inilah syarat yang diberikan oleh Ian di rumah tadi. Kemaruk dengan isteri beginilah. Kalau tak ikut syarat yang diberi, nanti tak boleh keluar dengan kakak ipar.

Beberapa minit selepas itu, pesanan mereka siap. Elyssa dan Irene mengatur langkah keluar dari ZUS Coffee.

Mereka berjalan dahulu mencuci mata disekeliling pusat membeli-belah itu. Mata melilau kesana sini, manalah tahu ada sesuatu yang berkenan di mata boleh beli. Dalam keadaan yang ramai dah sesak di pusat membeli-belah, Irene menarik tangan Elyssa masuk ke dalam satu butik.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now