SELEPAS selesai solat maghrib, Ian bersiap mengenakan tshirt putih dan seluar jeans berwarna hitam, rambut disikat dan jam tangan Rolex dipakai. Perfume Jo Malone disembur ke seluruh badannya. Kunci kereta Nissan GTR nismo diambil.
Dia melangkah turun untuk ke rumah Rose bersama Firash. Tanpa sempat dia mengatur langkah untuk keluar, suara papa berbunyi. "Nak pergi mana?"
"Keluar sekejap pa. Kawan along ada buat majlis kecil, ni nak keluar dengan Firash sekali lah," jawab Ian.
Tan Sri Isaac mengangguk. "Jangan balik lambat. Sebelum tu, bila kamu nak ambil alih syarikat papa ni?" Penat juga dia memujuk anaknya untuk mengambil jawatan yang disandangkan. Untuk memberi jawatan itu terhadap orang lain, dia tak percaya orang di sekeliling.
Ian menggaru lehernya yang tidak gatal. "Lepas along habis misi dengan Rayyan boleh? Misi tu lagi dua minggu. Along sibuk sikit." Dia bukan tidak tahu yang papa sangat berharap dia untuk menggantikan tempat papa. Tapi buat masa sekarang, dia terpaksa fokus untuk misi akan datang dahulu.
"Yelaa. Kirim salam kat Firash. Dah lama papa tak nampak dia."
"Ian pergi dulu papa." Dia sempat bersalam dengan papa dan terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah itu.
Ian duduk menopang dagu. Memikirkan keadaannya sekarang. Rumah dihadapannya di tenung. Dia mengambil nafas yang panjang, kemudian menghembus keluar dengan perlahan-lahan. Tangan naik memeluk tubuh yang hanya berlengan pendek. Mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah itu bukanlah benda yang mudah baginya.
Hatinya seolah hancur sehancurnya. Dia tidak pernah lemah sebegini. "Kau kenapa Ian? Daripada tadi kau duk tenung rumah Rose lepastu mengeluh. Kalau kau taknak datang, kita boleh balik." Firash yang perasan Ian seperti tidak ingin berada di sini.
"Takdelah. Jom turun. Aku cuma tak sedap hati." Dia mengurut dadanya. Fikirannya cuba dialihkan dari memikirkan hal yang tidak sepatutnya.
Mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan beriringan masuk ke halaman rumah itu. Rose yang melihat kelibat dua rakannya yang baru keluar dari kereta itu tersenyum.
Daripada dia tersenyum manis terus berubah mukanya apabila dia teringat Elyssa pernah dihantar oleh seseorang dan keretanya sebiji seperti kereta Ian. "Takkan lah. Kebetulan kot." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya supaya apa yang difikirnya hanya perasaanya sahaja.
"You dah kenapa Rose? I panggil you, tapi you sibuk duk geleng kepala," kata Firash.
"Eh takdelah. Ada nyamuk tadi, sebab tu I buat macam tu suruh dia lari," gelak Rose seperti terpaksa. "Jemputlah masuk." Rose menjemput dua rakan itu masuk ke rumahnya.
"Tahniah! Memang you layak dapat jawatan daddy you," ujar Ian yang diam dari tadi. Bebola matanya melilau mencari seseorang, tapi kelibat kereta orang yang dicari pun tiada. Tahulah dia bahawa perempuan itu tiada. Dia menghela nafas lega.
"You okay tak ni Ian? You macam cari something je." Rose mengerut dahi. 'Ian cari Elyssa ke?'
"Jom masuk! Nanti ramai orang, susah pula," jawab Ian seakan ingin mengalih topik.
Firash pun ingin menanyakan benda yang sama, tapi dia perasan Ian seakan ingin mengelak. Jadi dia biarkan sahaja.
Mereka berdua menjamu selera sementara Rose sibuk melayan tetamu yang datang.
"Ian, kalau aku cakap kau jangan marah."
"Kalau iye pun, tunggu aku habis makan dulu. Nanti lepas aku habis makan, kau nak tanya banyak soalan pun aku tak kisah." Ian menghabiskan makanan yang dimakannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
