SPECIAL CHAPTER

14K 554 82
                                    

DUA tahun sudah berlalu dengan kematian Elyssa Hayyes. Ian Darren masih lagi duda sampai ke hari ini. Langsung dia tidak mencari pengganti. Dia menjalani kehidupan seperti biasa, cuma dia tidaklah mesra seperti dulu lagi.

Kalau dulu boleh bawa bergurau, tapi sekarang langsung tak boleh. Matanya asyik tajam menikam melihat manusia di sekelilingnya. Bercakap bila perlu sahaja.

Ketiadaan Elyssa Hayyes betul-betul memberi impak kepada kehidupannya. Tidak sangka kata-katanya dahulu menjadi kenyataan. Elyssa pergi meninggalkan dirinya tanpa sempat memberi zuriat.

Pernikahan mereka tak sampai satu tahun. Dengan cepat Allah menarik kebahagiaan mereka.

Ian termenung bersendirian di tepi kolam. Sekarang dia berada di hotel Force Elite kepunyaan Rayyan.

Rayyan dan Fahim memandang antara satu sama lain. Sudah tak tahu macam mana nak kembalikan Ian Darren yang dulu. Elyssa bukan sahaja pergi meninggalkan dunia ini, tapi dia bawa sekali jiwa Ian Darren.

Rayyan menepuk bahu Ian. "Sampai bila kau nak macam ni? Dah dua tahun kau termenung macam orang takde jiwa."

"Kau rasa Elyssa akan bahagia ke kalau tengok kau termenung dan masih meratapi pemergian dia?"

Ian hanya diam. Langsung tak bercakap. Cuma bebola matanya sahaja bergerak melihat Rayyan dan Fahim.

"Aku tahu kau rindu dia, Ian. Tapi bukan macam ni caranya," pujuk Rayyan lagi.

Fahim hanya diam saja memberi ruang Rayyan untuk menasihati Ian.

"Aku sakit Rayyan. Sakit sangat. Kat dalam ni." Jari telunjuk ditekan-tekan ke dada Rayyan.

"Kau takkan faham perasaan aku, Ray. Sebab bini kau selamat berada di pangkuan aku. Tapi aku? Bini aku dah takde. Sakit sangat bila rindu dekat orang yang dah takde atas dunia ni." Ian menahan sebak di dada.

Bila bercakap soal Elyssa, sumpah dia tak kuat. Bila-bila saja air mata jantan akan jatuh.

"Elyssa kekuatan aku. Tapi, Elyssa juga kelemahan aku. Tanpa dia, aku tak boleh hidup. Walaupun dah dua tahun di pergi tinggalkan aku. Tapi aku yakin, dia sebenarnya masih hidup!" Dingin dan beku suara itu.

"Ya Allah, Ian!" Rayyan meraut wajahnya.

"Elyssa mati depan mata kau sendiri. Kau yang tanam dia. Kau yang masukkan dia dalam liang lahad. Celah mana dia hidup?" geram Rayyan.

"Tak! Yang aku tanam dulu bukan Elyssa. Aku rasa dorang sengaja tukar mayat." Kepalanya digeleng-geleng.

"Weh! Kau kena sedar, isteri kau dah mati!" tengking Rayyan. Kedua tangannya menggoncangkan bahu Ian. Supaya sedar ke alam nyata.

"Diam! Isteri aku hidup lagi!" bentak Ian.

Fahim mengeluh.

"Kau jangan sampai aku pula hilang kawan." Hanya satu ayat sahaja yang keluar dari mulut Fahim, tapi dapat mendiamkan Ian Darren.

"Kau tak kesian kat keluarga kau? Kalau kau rasa, kau seorang aje rasa kehilangan isteri kau. Mama kau? Dia pun turut rasa kehilangan. Tapi bukan kehilangan menantu sahaja, tapi dia pun rasa kehilangan anak lelaki dia," ujar Fahim lagi.

Air mata jantan akhirnya mengalir di pipi Ian Darren. Sungguh dia rasa bersalah terhadap keluarganya. Dua tahun dia abaikan kewajipan dia sebagai anak lelaki sulung. Terlalu ikutkan perasaan.

"Tapi, aku rindu Elyssa." Teresak-esak Ian menangis.

"Ya, aku tahu."

"Kenapa dia pergi cepat sangat? Aku tak sempat nak buat dia bahagia. Aku sayangkan dia. Aku..." Terus Ian pengsan.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now