SETELAH lama berhempas pula menyiapkan kerja sekolah, akhirnya semua kerja siap tanpa ada gangguan. Jam di dinding di kerling. Sudah pukul 9.30 malam. Tapi Arshad langsung tidak mendengar suara Elyssa pulang dari rumah.
Pintu biliknya dibuka untuk mencari Elyssa. Tapi keadaan di rumah itu tersangatlah gelap seperti tiada orang. Arshad membuka suis lampu di ruang tamu dan dapur. Kelibat kakanya dicari, tapi tiada.
"Kak El cakap pergi sekejap saja. Ni dah nak lewat malam, takkan tak balik lagi," ujar Arshad bersendirian.
Dia ke bilik semula untuk mengambil telefon. Nombor Elyssa ditekan dan telefon dilekatkan di telinga. Tapi bunyi telefon Elyssa kedengaran di dalam bilik milik Ian dan Elyssa.
Arshad mengerutkan dahi. "Kak El dah balik ke?" Telefon ditutup dan berjalan menuju ke bilik Elyssa. Pintu bilik diketuk, tapi tiada siapa yang menjawab.
"Akak! Akak dah balik ke?!" laung Arshad dari luar. Tapi tiada respon dari dalam. Arshad membuka pintu perlahan-lahan, pintu tak berkunci. Dia menjengul kepala ke dalam bilik, gelap. Sah! Memang tiada orang.
Telefon di ambil semula untuk menelefon Ian. Punat telefon ditekan dan menelefon abang iparnya.
"Hello Arshad." Panggilan dijawab oleh Ian.
"Hello, abang Ian kat mana?" soal Arshad.
"Abang ada dekat errr... dekat rumah kawan abang. Kenapa?"
"Kak El ada sekali ke?" soal Arshad lagi. Mana tahu kakaknya lupa nak bagitahu dia yang Elyssa ikut suaminya.
"Takde. Dia tak balik lagi ke? Dah call dia?" Ian mengerutkan kening. Hatinya mula rasa tak sedap.
"Dah. Tapi telefon dia ada kat rumah. Dia tak bawa," ujar Arshad.
"Nanti abang balik," ujar Ian.
"Okay." Panggilan dimatikan. Arshad ke dapur untuk alas perut apa yang ada di dapur sementara menunggu abang iparnya pulang.
Tamat saja panggilan daripada Arshad tadi, Ian mula gelisah dan berdebar. Hatinya rasa tidak sedap dari dia hantar Elyssa ke Virtuosos. Tapi dia cuba untuk menidakkan rasa itu.
"Kau kenapa, Ian?" tegur Fahim.
"Isteri aku tak balik lagi. Aku nak balik jap, adik ipar aku sorang diri kat rumah." Ian bangun dan berlalu meninggalkan mereka berempat.
Ayden, Fahim, Adrian dan Rayyan berpandangan antara satu sama lain.
"Apa kata kita ikut dia? Aku tak rasa ada benda baik yang berlaku," ujar Adrian.
Ayden menepuk kepala Adrian. "kau bijak! tak sangka kau dah jadi bijak."
"Sakit bodoh!" Kepala Ayden ditunjal.
Mereka semua pun bangun mengikuti Ian tanpa diketahui oleh Ian.
Laju Ian memecut kereta. Semua lampu isyarat merah dilanggar tanpa rasa bersalah. Kereta yang menghalang laluannya, di hon sekuat hati. Sampai saja di parking lot kondo. Terus dia keluar dan berlari menaiki tangga. Lift di sebelahnya juga sudah tidak nampak. Dia lagi risaukan isterinya sekarang ni.
Pintu rumah dirempuh tanpa bagi salam. Terkejut Arshad bila abang iparnya balik tanpa memberi salam.
"Abang Ian?" pelik dia melihat Ian seperti baru lepas marathon.
"Elyssa tak balik lagi ke?"
Arshad menggelengkan kepalanya. "Belum. Kenapa abang Ian?"
Ian dah meraut wajahnya. Elyssa tak pernah buat hal macam ni, dengan telefon tak bawa. Arshad hanya memerhati saja Ian tanpa bertanya. Tiba-tiba lonceng rumah berbunyi, Ian berlari ingin membuka pintu.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
