49

9K 446 15
                                    

ARSHAD termenung sendiri di dalam biliknya menghadap taman permainan yang penuh dengan budak-budak. Keluhan berat dilepaskan. Masih terbayang di minda saat daddy menghalau Elyssa dan Ian keluar dari rumah. Sunyi betul rumah tanpa Elyssa.

Keluarga dia hanya sibuk menguruskan hal masing-masing. Kadang-kadang dia rasa terabai. Jika kakaknya Elyssa masih ada di rumah itu, dengar juga suara dia bertekak dengan Rose ataupun daddy. Walaupun dia tidak rapat dengan Elyssa, tapi kakak dia yang satu itu selalu mengambil berat mengenainya.

Teringat pula pada hari sukan di sekolah. Fikirnya tiada siapa yang akan datang untuk melihat dia bertanding bola keranjang. Tapi, Elyssa datang secara diam tanpa menegurnya. Itu pun kerana kawan Arshad yang sampaikan kepada dia.

"Ada abang ipar, macam takde abang ipar." Sudah lama dia inginkan abang. Tapi selepas dia dapat abang ipar, daddy pula beria menghalau pasangan itu. Nak harapkan kakaknya Rose berkahwin, macam lambat lagi. Bukan dia tak tahu Rose masih menagih kasih dengan abang Ian.

Puas dia termenung di balkoni, akhirnya dia masuk ke bilik. Hamster yang ditinggalkan oleh Ian, Arshad keluarkan dari sangkar.

"Kesian kat kau hamster. Tuan kau baru beli kau, dah kena tinggal. Lepastu aku sekarang ni jaga kau. Tolong behave ye." Kepala hamster diusap-usap.

"Abang Ian kata nak ambil harini, tapi batang hidung pun tak nampak. Aku rasa dia lupa kau lah hamster. Kau duduk je lah dengan aku. Hilang juga bosan aku." Badan hamster itu dipicit-picit kerana geram.

Bunyi deruman kereta yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah, membuatkan Arshad kehairanan. "Itu bukan bunyi kereta daddy dan kak Rose."

Arshad laju sahaja keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk melihat gerangan yang datang. Baru sahaja kaki dia menapak ke lantai ruang tamu, muncul kakaknya yang baru pulang dari rumah.

"Kak Rose dari mana?" tanya Arshad. Kepalanya dijenguk-jenguk untuk melihat gerangan yang menghantar kakaknya.

"Kau nak tahu kenapa?" Dingin suara Rose.

"Arshad pelik dengan akak. Sejak kak El dah tak duduk rumah ni, akak pula yang ganti perangai dia. Balik dengan jantan mana. Lepastu keluar rumah ikut suka hati macam rumah ni hotel," bidas Arshad.

Kalau selama ini, Elyssa sahaja yang suka buat perangai tak semenggah. Tapi sekarang Rose pula yang buat perangai.

"Kalau kau takde benda yang baik nak cakap, baik kau diam Arshad." Kasut tumit tinggi ditanggalkan dan diletakkan ke tepi. Kakinya melangkah berjalan menaiki tangga. Bahu Arshad dilanggar dengan sengaja.

"Arshad tak faham. Sebenarnya akak dari mana? Satu hari tak balik. Tapi pelik kenapa daddy dan mummy tak tanya pasal akak? Kalau kak EL tak balik satu jam pun dah bising macam takde hari esok."

Rose yang melangkah naik tangga terus berhenti dan berpaling memandang Arshad. "Kalau kau sayang sangat dengan kakak tak guna kau tu. Apa kata kau duduk aje dengan dia."

"Kalau Arshad boleh duduk dengan kak El, dah lama Arshad duduk dengan dia daripada duduk dengan akak. Sikit pun akak tak pernah ambil tahu pasal Arshad. Walaupun kak El bukan kakak kandung Arshad, tapi dia selalu ambil tahu pasal Arshad. Tapi akak? Sibuk menagih kasih dengan suami orang!"

Nafas Rose naik turun lepas mendengar pernyataan yang keluar dari mulut adiknya. Anak matanya seakan-akan berapi.

"Arshad Hayder!" jerit Rose.

"Apa?! Betul kan apa yang Arshad cakap!"

"Kau jangan nak cabar aku Arshad!"

"Arshad tak cabar akak. Tapi akak yang cabar kak El! Jangan ingat Arshad tak tahu yang akak simpan gambar abang Ian dalam bilik. Kau gila ke kak? Abang Ian tu suami orang! Suami kepada adik akak sendiri!"

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now