52

9.2K 458 27
                                    

"ABANG, El tak sedap hati." Dia memandang sekeliling. Rasa macam ada orang yang sedang memerhatikan mereka.

"Kenapa?" Ian turut melihat sekeliling. Tapi tiada siapa di parking basement itu. Hanya mereka berdua sahaja.

"Takde apa-apa lah. Jom naik." Elyssa cuba mengusir anasir-anasir luar di fikirannya. Tangan Ian ditarik untuk masuk ke dalam lift.

Tangan Ian dipegang erat. Kenapa dia rasa takut. Nafasnya ditarik perlahan-lahan dan hembus. Tak pernah dia rasa hidup dia tak tenang macam ni.

Pintu lift terbuka, baru sahaja Ian ingin melangkah keluar. Elyssa menarik tangan Ian kembali untuk masuk ke dalam lift.

"El rasa kondo kita macam sesuatu lah." Mata Elyssa tajam menikam dinding yang berhadapan lift.

"Sekejap. Berry tunggu dalam ni. Biar abang pergi tengok." Dia pun rasa benda yang sama.

Ian keluar dari lift dan menuju ke kondo miliknya. Betapa terkejutnya melihat rumah dia hancur seperti orang sengaja ceroboh masuk. Pintu rumah dah tak macam pintu rumah. Ian masuk melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Pistol yang sentiasa di sisi pinggang dikelurkan untuk bersiap sedia.

Perlahan-lahan dia masuk ke dalam rumahnya. Penuh dengan kaca yang berselerak di atas lantai. Satu-satu pintu bilik dibuka, tapi tiada orang. Bilik terakhir Ian masuk ialah bilik mereka berdua. Buka sahaja pintu, penuh dengan darah yang tumpah di atas lantai.

"What the hell?!"

Terus dia berlari mendapatkan isterinya yang masih menunggunya di dalam lift. Pintu lift ditutup dan terus memeluk Elyssa. Elyssa terpinga-pinga. Dia pasti perasaan tak sedap hati dia tadi betul. Kalau tak, takkan Ian gelabah berlari memeluk dia.

Nombor Fahim ditekan tapi panggilan tidak dijawab. Ian mencuba sekali lagi, tapi masih sama. Nombor Rayyan pula ditekan, selang beberapa saat Rayyan menjawab panggilan.

"Kenapa?" soal Rayyan. Jarang betul Ian call dia kecuali ada benda penting.

"Fahim ada dengan kau?"

Berkerut dahi Rayyan. Takkan call aku nak tanya pasal Fahim. Dia memandang Fahim sekilas yang baru keluar dari tandas. "Ada."

'Siapa?' tanya Fahim tapi hanya menggerakkan bibir sahaja.

'Wolf'.

"Kenapa dia tak jawab panggilan aku?!" marah Ian.

"Dia pergi tandas tadi. Kau kenapa ni bro?"

"Ada orang pecah masuk rumah aku. Tolong aku." Serabut betul otak dia sekarang. Masalah kat pejabat tak habis lagi, datang pula masalah kat rumah.

"Kitorang datang sekarang." Rayyan menutup panggilan dan mereka semua bergegas ke kondo Ian Darren.

"Apa jadi abang?"

"Sayang cuba bagitahu abang. Ugutan apa lagi yang sayang dapat?" Bahu isterinya digoncang lembut. Dia dah tak tahan dengan perangai isterinya yang suka berahsia.

"Tolong bagitahu abang. Abang merayu sangat." Didongakkan dagu isterinya agar memandangnya. Mata Ian memandang mata Elyssa dengan penuh rayuan.

"Sumpah! El dah tak dapat mesej tu lagi. Kali terakhir El dapat masa kereta El brake tak berfungsi. Lepastu dah takde. Orang tu langsung tak mesej El lepas kejadian tu." Jujur Elyssa. Tangan kanan diangkat dengan gaya bersumpah.

Ian mengeluh. Butang lift ditekan untuk turun ke bawah menunggu Fire Eagle. Penat. Kondominium dia kawalan sekuriti dah ketat, tapi macam mana boleh orang masuk sesuka hati. Setiap level ada kad yang tersendiri. Lain level, lain kad yang diperlukan.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now