37 (TW)

15K 622 34
                                        

DANIEL mula meronta-ronta. Keadaan mulutnya diikat dengan sehelai kain membuatkan sukar untuk dia bersuara. Tangan dan kaki diikat pada kerusi besi itu cuba dirungkaikan. Tangan digoncang sekuat hati untuk membuatkan kerusi yang diduduki juga sama bergoyang.

Bebola matanya melihat disekeliling tempat yang menempatkan dia. Sebuah bilik kosong yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Aircond jugadipasang sampai sejuk ke tahap tulang. Terdapat beberapa barang penyeksaan seperti pistol, pisau, tali dan macam-macam lagi digantung di dinding seperti perhiasan.

Daniel seperti ketakutan. Dia tidak pasti apa salah dia sampai dibawa ke sini. Matanya tertumpu di sudut pintu apabila pintu itu dibuka dan muncul lima jejaka yang menyeramkan dan masing-masing memakai pakaian lengkap berwarna hitam.

Ian mendekati Daniel dan menarik kerusi untuk duduk di hadapan lelaki itu. Kain yang mengikat mulut Daniel dibuka dan di baling ke belakang seolah jijik. "Penat aku tunggu kau bangun. Dari petang tadi sampai nak pukul 10. Lama betul kau pengsan." Pisau di tangan bermain-main di muka Daniel. Daniel menelan air liur.

Ayden, Adrian, Rayyan dan Fahim hanya menanti di belakang. Bagi peluang dulu dekat Ian untuk melepaskan marahnya. Lagipun ini bukan kes mereka berempat untuk bertindak lebih-lebih. Jadi mereka hanya memerhati dan menunggu isyarat Ian.

"Kau kenal aku siapa?" dingin Ian bertanya.

Daniel hanya menggelengkan kepalanya.

"I need a verbal answer."

"Tak," jawab Daniel perlahan. Dia tidak berani ingin melawan. Lelaki di hadapannya begitu menakutkan dan juga empat lelaki di belakang.

"Irene Danisha? Kenal?" tanya Ian lagi.

Daniel membulatkan mata sebaik sahaja mendengar nama yang disebut oleh Ian.

"Seeing your reaction like that, so you really know her. Do you?"

Daniel hanya diam. Ya, dia kenal nama yang disebut oleh Ian. Perempuan yang dia cuba untuk dapatkan cinta tapi ditolak mentah-mentah oleh perempuan itu. Disebabkan perempuan itu berani menolak cinta dia, dia sanggup mencabul Irene dan jadikan perempuan itu sebagai bahan buli dia.

"Answer me Muhammad Daniel Hakim Dato Rashid Hamidi!" tengking Ian.

Lagi terkejut dia apabila lelaki dihadapannya tahu nama penuhnya. "Kenal," jawab Daniel sepatah.

"Kalau kau kenal dia, kau patut kenal abang dia. Kau main api dengan orang salah, Daniel. Sebelum kau buat perkara yang tak sepatutnya, kau patut kenal aku! Kau patut siasat siapa abang dia. Kau ingat lepas kau sentuh adik aku, aku akan duduk diam ke?" marah Ian.

"Kau salah! Kau salah! Sekali kau sentuh adik aku, berkali-kali aku buat perkara yang tak sepatutnya kat kau. Dah puas hidup?" sambung Ian lagi. Api kemarahan dia memuncak selepas melihat muka Daniel.

"Kau dengan bapak kau, sama! Sama jahanam! Otak kau penuh dengan nafsu. Kau ingat perempuan tempat lepasan nafsu kau ke sial?" Terteleng muka Daniel akibat ditampar oleh Ian.

"Kalau ikut hati aku, sekarang juga aku bunuh kau. Tapi, aku tak boleh buat kau mati tanpa ada penyeksaan," keras suara Ian berkata, pisau ditangannya dibaling tepat lalu disebelah pipi Daniel dan terpacak di dinding.

"Bagitahu aku, apa kau buat dekat Irene masa kat mall tadi?!" jerkah Ian.

Adrian yang setia menunggu di belakang Ian membisikkan sesuatu kepada Fahim. "Tak sakit ke tekak dia duk jerit dari tadi?"

"Diam setan!" Fahim menunjal kepala Adrian. Bodoh dia tak kenal tempat betul.

Ian bangun dari duduknya dan mengambil pisau yang terpacak di dinding tadi. "Kau taknak jawab pertanyaan aku? Takpe. Biar aku yang jawab." Senyuman pyscho terlakar dibibirnya.

HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang