PASANGAN itu bermalam di hotel I's Legacy sementara menunggu pembersihan yang akan dilakukan di rumah mereka berdua. Sepatutnya mereka bermalam di rumah Rayyan. Tapi Ian menolak keras kerana dia rasa akan mengganggu privasi Rayyan dan Rania.
"Rumah kita macam mana?" soal Elyssa. Dia tak sempat tengok lagi keadaan rumah mereka.
"Nanti ada orang datang bersih. Lepastu baru kita pindah masuk. Buat sementara kita duduk sini dulu, boleh?"
Elyssa senyum dan mengangguk.
Ian yang tengah berbaring di atas katil itu dipandang. Ian sedang sibuk menghadap laptop kemudian menaip.
"Abang marahkan El pasal siang tadi?" perlahan suara itu.
Ian hanya diam dan sibuk menghadap laptop.
"Abang..." panggil Elyssa lagi.
Ian Darren memandang isterinya. "Kita cakap hal ni nanti boleh? Abang tengah sibuk ni," keras saja suara itu.
Elyssa hanya menunduk melihat lantai. Dia tahu Ian tengah marah dia. Tapi suaminya langsung tak naik suara atau melepaskan kemarahan pada dia. Ian lebih kepada mendiamkan diri dan buat-buat busy.
"Kalau abang rasa El ada dalam bilik ni ganggu kerja abang. El keluar sekejap," bagitahu Elyssa. Takut juga kalau suaminya rimas lihat dia.
"Jangan buat abang risau. Duduk aje dalam bilik ni," ujar Ian tapi matanya masih fokus dengan laptop dihadapannya.
Perlahan-lahan Elyssa memanjat katil. Merangkak di atas katil mendekati suaminya. Tangan Ian yang sibuk menaip itu ditarik dan diletakkan di pipinya.
"El minta maaf. El tahu salah El sebab tak pernah jujur dengan abang. Tapi, sumpah abang..."
"Tak payah nak bersumpah, tak baik," mendatar saja suara itu.
Elyssa menelan air liur. "El tak tipu abang. El betul-betul tak tahu. El langsung tak dapat mesej tu lagi. Haritu hari paling last El dapat mesej dari dia. Lepastu dah takde. Betul. El tak tipu," bagitahu Elyssa dengan jujur.
"Ada benda lain lagi yang berry sorok dari abang?" tanya Ian dengan penuh curiga.
Elyssa menggelengkan kepalanya.
Ian senyum sinis melihat Elyssa menggelengkan kepalanya. Isterinya tipu. Macam mana dia tahu? Lupa ke yang Fahim pernah hack telefon milik Elyssa. Ya, Fahim forward semua mesej yang mencurigakan kepada Ian termasuk mesej daripada shadow.
"Yakin?"
Elyssa mengangguk bersungguh-sungguh.
"Tak rasa berdosa tipu suami?" tanya Ian dengan penuh jengkel.
"Apa maksud abang?"
"Siapa shadow? El tak pernah bagitahu pun abang kewujudan shadow tu. Lepastu sekarang El nak tipu lagi? Penat lah abang dapat isteri yang tak percaya kat suami sendiri." Ian menghempas laptop di katil. Tangan Elyssa ditepis.
Terkejut Elyssa apabila suaminya tahu kewujudan shadow. Tapi macam mana? Bukan niat dia ingin menipu, tapi biarlah dia yang selesaikan hal ini.
"Macam mana abang tahu?" tanya Elyssa dengan nada ketakutan. Nak tengok muka suaminya pun dia dah tak berani.
Boleh tolong kembalikan Elyssa Hayyes yang berani bila berhadapan dengan figura bernama Ian Darren.
"Tak penting macam mana abang tahu. Tapi, memang perlu menipu abang ke Elyssa Hayyes?" keras dan beku suara itu bertanya.
Elyssa terkedu. Bicaranya tersekat. "A-abang dengar penjelasan El dulu," rayu Elyssa. Cukuplah hanya daddy yang susah nak dengar penjelasan dia. Dia taknak Ian pun buat benda yang sama.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
DiversosAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
