WAJAH Dato Malek berasa panas bila mendengar cerita Elyssa dan lelaki lain berpelukkan. Semalam Elyssa melarikan diri daripadanya. Pagi tadi Elyssa dah hilang dari pandangannya. Dan, sampai sekarang Elyssa masih tak balik. Dia tak tahu anak gadisnya ini berkerja sebagai apa. Langsung tidak ambil tahu.
Arshad yang berada di situ mengeluh. Dia menarik tangan Rose. "Kak Rose memang suka melaga-lagakan kak El dengan mummy daddy ke?"
"Apa Arshad cakap ni?"
"Jangan ingat Arshad tak tahu, yang akak mengadu dekat mummy daddy yang kak El berpelukkan dengan jantan kat luar sana kan? Jangan masuk campur urusan kak El tak boleh ke? Arshad tak pernah nampak dia masuk campur urusan akak." Penat betul dengan perangai kakaknya yang satu ini. Tidak tahu apa yang di cemburu.
"Akak Cuma bagitahu benda betul. Tak salahkan." Rose membela dirinya.
"Masalahnya, akak ni macam orang takde kerja. Sibuk nak ambil tahu hal orang. Orang yang cemburu ni akan selalu sakit. Walaupun tubuh badan nampak sihat. Sakit tu kat sini." Arshad menunjal dada Rose sehingga perempuan itu terundur beberapa tapak.
"Ingat akak, kadang pemakaian tidak melambangkan keperibadian seseorang. Entah-entah belakang mummy daddy, akak yang paling teruk." Arshad melangkah meninggalkan Rose bersendirian.
Rose yang mendengar nasihat daripada adiknya terasa tercabar. Kenapa Arshad ingin membela Elyssa sedangkan mereka berdua tidak rapat.
"Saya dah cakap letak aje Elyssa kat rumah anak yatim. Tapi abang taknak dengar. Sekarang dia sibuk buat perangai," marah Datin Farida.
"Bukan taknak dengar. Tapi kalau orang tahu yang kita letak anak kandung sendiri rumah anak yatim. Mana nak letak muka?"
"Sekarang abang hadaplah perangai tak semenggah Elyssa tu!"
Marah sangat dah ni.
Wajah Elyssa muncul. Dia nampak kelibat mummy dan daddy tapi dia buat seolah kewujudan mereka berdua tidak wujud. Dia melangkah ke tangga untuk ke bilik.
"Kau duduk sini dulu, Elyssa Hayyes!" Arah Dato Malek keras.
Dia memandang kosong ke arah merek berdua. Tak berkata apa-apa, dia sambung melangkah.
"Kau dengar tak aku cakap ni Elyssa?!"
Elyssa mendengus. "Apa lagi mummy? Daddy?"
"Kau pergi mana semalam?" tanya Datin Farida yang hanya diam dari tadi.
"Keluar," jawab Elyssa sepatah.
"Dengan siapa?"
"Kenapa nak tahu? Selama ni, tak pernah pula tanya El nak keluar dengan siapa, pukul berapa, balik ke tak. Kenapa tetiba hari ni nak tahu?" sinis Elyssa.
Ini mesti ada mulut longkang yang mengadu. Kalau tak, tiadanya mummy daddy sibuk tanya dia itu ini. Parents dia mana pernah nak ambil kisah hal dia.
"Aku tak ajar kau lawan cakap mummy kau Elyssa!" jerkah Dato Malek.
"Ye, memang daddy tak ajar. Tapi, daddy tak sedar ke? Cara daddy cakap dengan El pun sama je dengan cara El cakap dengan mummy. Tak ada beza. Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi."
Dato Malek dan Datin Farida terkedu. Elyssa makin lama, makin pandai melawan. Sebelum ni budak ini hanya diam dan menerima semua makian dan hinaan daripada mereka.
"Kalau daddy rasa percakapan El ni tersangatlah kurang ajar, sepatutnya daddy salahkan diri daddy. Sepanjang El jadi anak daddy dan mummy, pernah ke mummy daddy bercakap lembut dengan El? Pernah? Tak pernah. Mummy dan daddy tahu marah, maki, hina, jerkah Elyssa. El tak pernah di ajar untuk bercakap dengan lembut dengan orang yang lebih tua. Ini diri El yang sebenar," tambah Elyssa lagi. Bukan niatnya ingin menyindir kedua ibu bapanya. Tapi ini merupakan fakta.
"Aku tanya kau keluar dengan siapa semalam?" Dato Malek cuba mengubah topik.
"Daddy rasa El keluar dengan siapa? Takkan lah orang yang mengadu tak bagitahu kat mummy dan daddy yang El keluar dengan siapa."
Saja dia ingin berteka-teki dengan pasangan itu. Kalau Rose rasa hari ni sekali lagi dia dapat sakitkan hati Elyssa macam sebelum ni, dia salah. Dia akan melawan sehabis yang mungkin. Dia bukan perempuan yang lemah seperti watak novel di luar sana.
"Kau keluar dengan jantan mana pula kali ni? Tak cukup dengan jantan hari tu, ni dengan yang lain pula. Siap berpelukkan di khalayak ramai."
"Betul lah tu." Malas nak sorok. Biarlah mummy dan daddy tahu. Memang itu yang berlaku.
"Oh, patutlah Rose cakap dia nampak kau berpelukkan dengan jantan," marah Datin Farida.
Datin Farida bercekak pinggang. Kalau ikutkan nak aje ditangankan Elyssa.
"Kalau Rose dah bagitahu, kenapa tanya El lagi? Bukan ke mummy dan daddy percaya dia? Kalau El bagi penjelasan pun bukan mummy daddy nak dengar."
Seperti biasa, Elyssa tersenyum sinis bila nama Rose disebut oleh mulut kedua ibu bapanya.
"Okay lah tu berpeluk di khalayak orang ramai, bukan dalam bilik berduaan. Opss!" Elyssa menutup mulutnya dengan sebelah tangan, seolah dia tersalah cakap.
Rose yang mendengar secara sembunyi mengetap giginya. Elyssa makin pandai melawan dan juga menyindir. Dia bukannya menyimpan dendam terhadap Elyssa. Cuma dia sering nampak Ian seakan terkejar Elyssa.
Sedangkan dulu dia nak rapat dengan Ian pun, di tolak mentah-mentah. Tapi Elyssa, malah Ian yang terhegeh-hegeh nak berkenalan dengan Elyssa. Tak nampakkah Ian yang penampilan dia lagi bagus dari Elyssa.
Setahunya juga, keluarga Ian seorang yang amat menjaga penampilan. Takkan lah Elyssa dapat mengetuk hati Ian. Dia tahu dari pandangan mata Ian, lelaki itu amat menyukai Elyssa walaupun lelaki itu tak pernah mengatakan. Dia taknak, Ian jatuh ke tangan Elyssa.
"Kau jangan kurang ajar Elyssa!" Satu penampar melekat di pipi Elyssa.
Naik turun nafas Dato Malek yang menahan marah daripada tadi.
"Tamparlah El kalau daddy rasa itu dapat puas hati daddy. Memang El tempat pukul daddy dan mummy dari dulu kan."
"Kau bawa jantan tu jumpa aku! Aku nak kau nikah dengan dia."
"Malangnya daddy dah terlambat. Lelaki itu akan bakal berkahwin dengan tunangnya," tenang Elyssa bersuara. Dia dah terbiasa.
"Dia juga yang jaga El sejak mummy daddy buang El. Hanya keluarga dia yang sayang El macam anak sendiri. Dorang bela El seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit pun dia tak pernah naik tangan kat El. Jentik pun tak pernah. Tapi keluarga El sendiri buat lebih daripada itu."
"Kalau ikutkan hati El, boleh aje El pergi buat laporan polis dengan apa yang mummy dan daddy buat kat El selama ni. Tapi di sebabkan El masih ada rasa sayang lagi kat mummy dan daddy, El biarkan aje. Kalau El ikutkan emosi, dah lama mummy dan daddy meringkup dalam penjara."
Usai dia berkata, kakinya terus melangkah ke bilik. Dibiarkan mummy dan dday diam tak berkata. Puas hatinya!
tbc...
Don't forget to comment and vote for next chapter :)
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...