MEREKA semua termasuk Puan Sri Ilyana bersiap sedia untuk ke hotel I's Legacy milik Tan Sri Isaac Adam. Hari ini merupakan hari perletakkan jawatan papa sebagai CEO dan pertabalan Ian Darren sebagai CEO baru di I's Legacy.
"Mama papa. El nak naik kereta dengan mama papa boleh?"
Ian yang mendengar suara isterinya mengerutkan dahi.
"Dah kenapa sayang nak naik dengan mama papa? Abang kan ada, naik dengan abang."
"Saya merajuk lagi dengan awak, Darren." Elyssa memuncung. Masam sahaja wajahnya.
Tan Sri Isaac dan Puan Sri Ilyana gelak melihat tingkah menantunya.
"Boleh lah mama, papa. El nak naik dengan mama. Tak nak naik dengan Darren." Lengan mama digoyang-goyang seperti budak kecil inginkan mainan.
Puan Sri Ilyana memandang suaminya dengan riak wajah meminta izin. Tan Sri Isaac seolah faham, hanya mengangguk dan tersenyum.
"Boleh sayang. Naiklah," ujar mama kepada Elyssa yang daripada tadi memujuk dirinya untuk naik kereta bersama.
Muka Ian menunjukkan riak yang tidak puas hati dengan keizinan mama. "Mama! Itu kan isteri along. Mana boleh mama ambil macam tu je."
Elyssa senyum dan menjelir lidah kepada suaminya.
"Biarlah El nak naik dengan mama. Lagipun nanti kamu berdua dah nak balik kondo."
Ian mengeluh. Tiada kawan untuk dia berborak sepanjang perjalanan dia ke hotel nanti. Kakinya melangkah masuk ke dalam perut kereta dengan riak wajah yang kosong. Isteri dia betul-betul nekad merajuk dengan dia. Macam mana nak pujuk.
Sepanjang perjalanan ke hotel I's Legacy, tak berhenti mulut Elyssa berceloteh menceritakan perkenalan dia dengan Ian. Sesekali dia mengusik mama dan papa. Bising dengan gelak tawa mereka di dalam kereta itu.
"Ya Allah, penat papa mama ketawa," ujar mama. Pandai betul menantu dia buat lawak. Tak sangka pilihan Ian memang tepat di matanya. Dia tak mendabakan seorang menantu yang sempurna. Tapi cukup yang boleh menjaga nama baik keluarga.
"Itulah. Tak sangka papa, El pandai buat lawak. Semalam jumpa papa muka macam ayam berak kapur."
Elyssa tersengih. "El ingat papa garang. Tengok muka macam garang. Mana lah El nak tahu papa sebenarnya baik." Sungguh muka Tan Sri Isaac dua kali dingin daripada muka Ian.
"Takkan lah papa tiba-tiba nak marah awak, Elyssa." Dia menggelengkan kepala berkali-kali.
Masuk sahaja di perkarangan hotel I's Legacy, Elyssa memandang dengan penuh tanda tanya.
"Ini ke hotel papa?" soal Elyssa.
"Iye. Kenapa?"
"Semalam El dan Darren datang sini sebab abang El kahwin. Tapi, Darren tak bagitahu pun ni hotel papa," muncung mulutnya mengadu. Nak kena suaminya ni.
"El ada abang? Mama tak tahu pun."
"Abang angkat aje mama. El kenal dia masa misi."
Puan Sri Ilyana mengangguk.
Mereka bertiga keluar dari perut kereta dan menunggu ketibaan Ian Darren yang masih berada di dalam kereta. Apa yang di buat oleh dia pun tak tahu.
"El, pergi tengok suami kamu tu. Apa yang lama sangat dalam kereta tu," arah mama selepas puas menunggu Ian yang tak keluar dari kereta.
Elyssa melangkah dengan malas ke arah suaminya. Dia masih merajuk dengan Ian, tapi mama pula suruh dia pegi tengok Ian. Terpaksa lah dia.
Cermin tingkap Proton x50 milik Ian Darren diketuk dengan penuh malas. Ian membuka cermin kereta dan menaikkan sebelah keningnya.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
DiversosAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...