SELEPAS dia melihat kegigihan Ian dan Elyssa menyelamatkan nyawa, dia berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian. Hatinya bersorak riang. Senyuman lebar terpacar di wajahnya.
"Aku dah cakap, kalau aku pun tak boleh dapatkan Ian. Tiada siapa boleh dapatkan dia termasuk kau, Elyssa. Aku sanggup bunuh dua-dua." Dia tergelak dan melangkah masuk ke dalam kereta yang sudah tersedia di hujung jalan.
"Kita nak pergi mana sekarang, bos?" tanya pemandu.
"Kita balik base. Ada banyak benda lagi aku nak rancang untuk hancurkan hidup dorang. Aku tak boleh tengok dorang bahagia. Hati aku sakit," balas dia. Kepala disandarkan di kerusi kereta. Matanya terpejam. Kenangan dia dengan Ian mula berlayar di memorinya. Dia bahagia dengan lelaki itu sebelum wujudnya Elyssa.
Setiap kali dia pejam mata, setiap kali tu dia wajah lelaki itu muncul di fikirannya. Dia berdecit perlahan. Lelaki itu bukan miliknya.
Air mineral yang berada di sebelahnya diteguk dengan laju. Otaknya sibuk memikirkan rancangan untuk menghapuskan Elyssa.
"Bos, dah sampai."
Dia mengangguk dan keluar dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam base. Komputer dibuka untuk menggondam sistem cctv di rumah Ian dan Elyssa. Dia tersenyum sinis. "Kosong. Nice."
Telefon diambil dan menelefon orang bawahannya. "Aku nak kau pergi rumah dia dan bagi warning. Aku tak nak tahu cara macam mana, tapi pastikan mereka tahu yang aku wujud."
"Arahan diterima, bos."
Dia bersiul penuh gembira. Kakinya disilang dan diletakkan di atas meja. "Kesian rumah mahal kau, Ian. Kalau kau dengan aku, mungkin benda ni takkan jadi."
IAN dan Elyssa melihat sekeliling jika orang itu masih ada di tempat kejadian. Namun hampa, tiada orang yang mencurigakan pun. Ada beberapa orang yang berhenti untuk membantu pasangan itu. Tapi Ian menolak, dia bukan sombong. Tapi dia takut jika salah seorang yang menolong mereka adalah musuh Elyssa.
Nasib mereka sempat menyelamatkan beberapa barang penting selain diri mereka. Telefon dikeluarkan dan mendail nombor Fahim. Hanya Fahim sahaja yang tahu benda ini terjadi.
"Bro! Tolong ambil aku dengan isteri aku." Ian bersuara selepas panggilan di angkat.
"Okay. Kau tunggu situ. Nanti hantar location," balas Fahim. Dia bergegs keluar dari rumah untuk mengambil pasangan itu.
Elyssa memandang suaminya yang sedang membuat panggilan. Matanya menjeling sedikit kereta kesayangannya yang agak teruk merempuhi pokok. Dia melepaskan keluhan. Kereta dia mungkin tak sesuai dengan Ian. Dimana ada Ian, disitulah keretanya akan rosak.
Dia duduk berlunjur di atas rumput. Telefon diambil dan mesej dihantar kepada seseorang.
Elyssa
- Tolong aku siasat siapa punca aku kemalangan. Lepastu, jangan lupa tengokkan Rose untuk aku.
Selepas mesej dihantar kepada seseorang yang betul dia percaya. Tiada siapa tahu orang itu wujud kecuali dirinya. Dia merenung semula mesej yang dihantar oleh orang itu. Kalau betul orang itu nak sangat Ian, kenapa nyawa dia yang terlibat. Kenapa dari dulu lagi dia tak pikat hati Ian Darren.
"Berry," panggil Ian.
"Ye. Kenapa?" Kepalanya didongak sedikit untuk melihat wajah Ian.
"Sayang memang takde apa nak bagitahu abang ke?"
Elyssa diam. Dia hanya merenung tepat ke dalam anak mata suaminya. "Takde." Elyssa menggelengkan kepalanya.
"Sayang yakin takde apa yang nak bagitahu abang?" tanya Ian sekali lagi.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
De TodoAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...