BERLARI Arshad untuk mengambil laptop di bilik kerja Ian Darren. Dia tak faham dengan situasi sekarang, tapi dia yakin kakaknya kena culik.
"Nah!" Arshad menghulurkan laptop kepada Fahim.
Fahim menyambut huluran dan laptop itu dibuka. Tangannya sibuk menaip papan kekunci untuk detect location Anne. Mereka yang lain hanya menunggu dengan sabar sebelum mereka bertindak.
"Bagi aku nombor Anne," ujar Fahim.
"Aku takde," jawab Rayyan.
"Aku pun," jawab Ian.
"Nah!" Adrian menghulurkan telefonnya kepada Fahim. Nombor Anne tertera di skrin telefon Adrian.
Ayden mengerutkan dahi. "Macam mana kau ada nombor dia?" tanya Ayden hairan.
Semua berkalih arah memandang Adrian kehairanan. Adrian seperti faham dengan pandangan itu, terus mengeluh.
"Masa hari perkahwinan kau dan El, aku keluar sekejap nak merokok. Masa aku sibuk merokok sambil tunggu pengantin, aku ada nampak satu kelibat duk mengintai kat pagar rumah Elyssa. Tapi aku tak tahu siapa. Jadi aku menyorok lah aku nak tengok siapa, sebab sangat mencurigakan. Pendek cerita, orang itu Anne."
"Jadi, aku minta lah nombor Ane dengan Alex. Aku nak siasat dia tu sebenarnya baik atau tak. Jadi untuk pengetahuan kau, ugutan yang kau terima sebelum ni daripada dia. Tapi, hari rumah kau kena pecah masuk tu, itu bukan Anne." Panjang lebar Adrian bercerita.
Wajah Adrian dipandang dengan pandangan yang tidak puas hati. Dia bangun dan baju Adrian ditarik dengan kuat.
"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku, River?! Kau tahu tak nyawa isteri aku dalam bahaya?!" Ian mengetap gigi. Penumbuk dikepal menahan marah.
"Kau tak pernah tanya aku, Wolf! Kau selalu anggap perkataan yang keluar dari mulut aku tu sekadar gurauan! Sekarang kau nak salahkan aku?" tengking adrian dengan kuat di depan muka Ian.
Hampir sahaja penumbuk Ian melayang di muka Adrian, cepat Rayyan menghalang tindakan Ian.
"Ini bukan masa nak bergaduh! Nyawa isteri kau dalam bahaya, Wolf."
Ian meraut wajahnya dengan kasar. "Arghh!!!" Dinding di tepinya itu ditumbuk dengan kuat beberapa kali.
Arshad ketakutan melihat abang iparnya sudah diamuk marah. Ayden yang perasan itu, terus menarik Arshad pergi jauh dari ruang tamu.
Darah mula meritis di buku lima, tapi dihiraukan sahaja. Rayyan dan Fahim hanya menggelengkan kepalanya. Manakala Adrian pula hanya diam.
"A-aku minta maaf. Aku dah bagitahu isteri kau pasal Anne," perlahan sahaja suara Adrian.
"Kau diam! Aku taknak dengar pun sepatah keluar dari mulut kau!"
"Selagi kau tak jumpa isteri aku, kau jangan cakap dengan aku, River!" sambung Ian lagi.
Adrian mengeluh. Telefonnya di ambil dan menelefon Alex. Hanya Alex sahaja yang dapat membantunya sekarang ni.
"Aku tak dapat detect location dia. Aku rasa dia dah tukar nombor lain," ujar Fahim.
"Alex." Mereka semua memandang Adrian.
"Ya, kenapa?"
"Kau tahu macam mana nak detect location Anne selain daripada nombor dia?" tanya Adrian. Mereka semua berharap agar Alex tahu cara untuk tahu dimana Anne berada.
"Tadi Viper call aku, sekarang kau pula. Kenapa ni?" Bingung dia. Tadi tanya pasal Elyssa, sekarang Anne pula.
"Aku syak Anne culik El. Boleh tolong kami?"
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
AcakAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...