33

12.6K 556 2
                                        

SEMASA perjalanan ke rumah Tan Sri Isaac, Elyssa banyak mendiamkan diri. Sesekali bunyi juga suara kalau Ian mengusik. Tapi hanya diam. Hanya bunyi enjin kereta yang menemani mereka berdua ke rumah mama. Perut yang lapar tadi seolah faham dengan situasi sekarang.

Ian mengerling ke arah Elyssa, muka isterinya hanya menemani air mata. Dia gagal lagi untuk membuat Elyssa bahagia. Tangannya memegang tangan Elyssa untuk memberi kekuatan.

Sampainya di rumah Tan Sri Isaac, Ian memakirkan kereta di perkarangan rumah. Puan Sri Ilyana sudah menunggu kepulangan anak dan menantu. Elyssa menyapu air mata yang membasahi muka dan wajahnya cuba meneutralkan supaya tidak kelihatan ketara.

"Assalamualaikum mama." Elyssa menghulurkan tangan untuk menyalam Puan Sri Ilyana.

Puan Sri Ilyana menyambut huluran Elyssa. "Waalaikumussalam. Cakap nak datang tengah hari sikit. Kenapa balik awal sangat ni. Dah makan?"

Elyssa hanya tersenyum. Tapi senyuman itu kelihatan tawar dan tidak bermaya. "Saja nak datang awal. Mama sihat?"

"Sihat. Kenapa muram saja muka menantu mama ni? Pergilah naik bilik along. Nanti mama hantarkan makanan ye. Macam tak sihat aje mama tengok Elyssa." Puan Sri Ilyana menilik setiap inci tubuh Elyssa. Takut juga kalau anak sulungnya dera Elyssa.

Puan Sri Ilyana memandang tajam ke arah Ian yang datang mendekati mereka berdua dengan membawa luggage. Telinga Ian ditarik. "Aduhhh! Mama sakit. Balik-balik along kena tarik telinga. Bukan nak peluk ke apa."

Elyssa yang terkejut dengan jeritan suaminya berpaling.

"Kamu buat apa dengan Elyssa? Kamu tak jaga dia ke? Baru sehari kahwin dengan kamu, muka dia dah muram macam tu," marah Puan Sri Ilyana. Telingan Ian dilepaskan. Elyssa yang terkejut dengan adegan tadi tergelak. Tak sangka mama sayangkan dia sampai sanggup marah anak sendiri.

Ian menggosok telinganya. "Yelaa. Along minta maaf. Along usik dia tadi sebab tu muka dia muram macam tu." Bantai jelah. Takkan dia nak bagitahu mama yang Elyssa kena halau pula. Nanti bergaduh besar.

"Along memang macam tu akak. Dia suka usik orang, lepastu kalau kita nangis dia cakap kita cengeng pula. Padahal dia yang over usik orang," kata Irene yang baru turun dari biliknya. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan kakak iparnya.

Tangan Irene disambut dan Elyssa hanya tergelak. Sekurang-kurangnya hati dia terhibur dengan telatah keluarga mertuanya. Kalau lah keluarga dia macam ni, dia orang yang paling bahagia.

"Dah sudah. Along bawa menantu mama naik bilik. Suruh dia rehat. Nanti mama hantarkan makanan naik atas."

"Mama sekarang sayangkan menantu aje. Menantu di peluk cium, anak di tarik telinga. Jom sayang, kita masuk bilik." Ian berpura-pura merajuk. Tangan Elyssa ditarik untuk mengikut dia ke bilik.

"Eh! Tak payah mama. Nanti El turun dengan Darren kalau nak makan."

"Yela. Mama nak kemas halaman rumah sekejap. Kamu berdua naik lah dulu." Puan Sri Ilyana terus berlalu ke halaman rumah untuk mengemas apa yang patut.

Tibanya di bilik Ian, Elyssa hanya memerhati sekeliling bilik itu. Ini pertama kali dia menjejak kaki ke bilik lelaki itu. Warna campuran putih dan dark brown sangat sesuai dengan keperibadian Ian. Elyssa menghenyak punggung di katil. Dia mengeluh.

"What's wrong, Berry?" Ian mendekati isterinya. Pipi Elyssa diusap.

Terkejut Elyssa apabila ada tangan yang mengusap pipinya. Tidak sedar bila Ian duduk di sebelahnya. Dekat sahaja muka suaminya dengan dia.

"Nothing."

"Are you sure? Sayang masih fikir pasal tadi? Boleh abang tahu apa yang jadi? Tapi kalau sayang tak sedia lagi nak bercerita, it's okay," pujuk Ian lembut.

"Sorry. Bukan saya tak nak cerita. Bagi saya masa." Elyssa tidak bersedia lagi untuk menceritakan semua masalah dia kepada Ian. Cukuplah hanya Anne sahaja yang tahu buat masa sekarang.

Ian mengangguk. Dia faham. Bukan mudah untuk menceritakan masalah kepada orang baru. "Nanti kalau sayang rasa nak bercerita, nak share your problem. I'm all ears."

Elyssa terharu. Sedikit pun lelaki yang bergelar suaminya tidak memaksa dia untuk bercerita. Malah lelaki itu sanggup membela dia walaupun tidak tahu perkara yang menimpa dia.

"Kita makan nak? Tadi sayang kan lapar. Kita turun makan ye?"

Elyssa menggelengkan kepalanya. Tadi dia lapar, tapi lepas apa yang jadi tadi perut dia dah kenyang. Kenyang dengan kebencian daddy.

"Mana boleh macam ni. Isi perut sikit pun takpe. Nanti sayang gastrik," pujuk Ian. Dia tahu isterinya tiada selera selepas kejadian tadi. Tapi dia tak boleh biarkan perut isterinya kosong.

"Saya taknak. Tolong jangan paksa." Elyssa berlalu masuk ke dalam bilik air. Mungkin dia nampak kuat di mata orang lain. Tapi dia hanyalah seorang insan yang lemah.

Dia taknak nampak terlalu lemah dia hadapan suaminya. Ini bukan sisi yang sepatutnya Ian tengok. Dari dalam kereta tadi dia cuba tahan untuk menghamburkan tangisan walaupun air mata tidak henti turun. Dia menangis sekuat hati.

Ian yang mendengar tangisan Elyssa mengeluh. Dia tahu perempuan itu takkan menangis di depannya. Tapi dia seorang suami yang risau akan keadaan Elyssa jika dibiarkan.

Tokkk...

Tokkk...

Tokkk...

Bunyi dedaun pintu bilik Ian diketuk dari luar. Ian berjalan menuju ke arah pintu lalu dibuka. Kelihatan Irene yang tersenyum riang berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Kak El ada?" Matanya meliar mencari kelibat kakak ipar di dalam bilik abangnya.

"Kau nak buat apa dengan isteri along?" soal Ian. Bukan boleh kira adiknya ini. Kan dibuli isteri kesayangan dia nanti.

"Eleh! Over lah along ni. Irene nak ajak kak El keluar shopping! Dah lama Irene nak ada kakak pergi shopping sama-sama. Sekarang ada kak El, boleh Irene ajak kak El," ujar Irene dengan teruja.

"Harini tak boleh. Esok boleh?" tanya Ian.

Irene menjeling abangnya. "Esok Irene ada kelas lah along. Harini Irene free. Boleh lah along. Irene tak pernah spend time dengan kakak ipar." Irene mengedipkan matanya supaya abangnya terpujuk.

"Memang lah tak pernah. Aku baru kahwin dua hari dengan kakak ipar kau." Ian menolak kepala Irene.

"Along suka main kepala! Ilmu banyak ni dalam kepala. Boleh lah along," pujuk Irene lagi.

Elyssa yang baru melangkah keluar dari bilik air mendengar rayu pujukan daripada adik iparnya. "Boleh. Irene pergilah bersiap. Nanti kita keluar."

Ian dan Irene yang mendengar suara Elyssa berpaling serentak memandang Elyssa. "Tapi sayang..."

"Bagi saya keluar dengan Irene. Saya nak tenangkan fikiran saya." Perlahan Elyssa bersuara.

"Yelah. Tapi, ada syarat." Ian memandang Irene.

"Apa?" tanya Irene.

Ian membisikkan sesuatu terhadap Irene. Irene hanya mengangguk sahaja. Elyssa yang memerhati adik-beradik itu tidak mengambil peduli. Biarlah mereka berdua berbisik antara satu sama lain. Janji Ian tidak menghalangnya untuk keluar.


tbc...

Don't forget to vote and comment for unlock next chapter :)


HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang