ELYSSA memandang dirinya dalam busana pengantin. Hampir menitis air matanya dia akan berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cinta. Baju pengantin dipandang, tak ada warna hitam yang Ian inginkan. Hanya warna putih seperti yang diinginkan oleh Elyssa. Tak tahu masa bila Ian pergi tukar warna baju.
Ian... Kau memang sukar dijangka.
Majlis ini hanya dibuat kecil-kecilan sahaja. Hanya keluarga dia, keluarga Ian dan juga kawan-kawan Ian. Dia langsung tak memberitahu kepada kawannya yang dia bakal berkahwin. Belum tiba masanya lagi.
Satu pesanan baru masuk daripada nombor private. Dengan perasaan malas, dia buka dan baca pesanan itu.
Uknown Number
- Ian hanya milik aku.
Hanya satu ayat sahaja. Elyssa hanya merenung kosong. Bagi dia, pesanan itu tidak penting.
Kedatangan seseorang ke dalam biliknya membuatkan dia cepat cepat menutup telefonnya. Rose melangkah ke arah Elyssa. "Aku tak tahu apa motif kau kahwin dengan Ian."
"Motif aku? Sebab nak buat kau merana," sinis Elyssa.
"Apa maksud kau?"
"Lah! Ingat bijak sangat. Aku cakap macam tu pun tak paham. Kalau kau boleh tambahkan kebencian mummy dan daddy terhadap aku. Jadi aku ambil orang yang kau sayang. Adil kan?" bidas Elyssa. Dia tertawa kecil. Suka.
"Kau..."
Elyssa mengerut kening. "Ye? Kenapa dengan aku? Kau selalu cakap tak habis," perli Elyssa lagi. "Kau nak jadi madu aku ke? Tapi aku taknak madu talam dua muka."
"Kau makin lama makin biadap kan?" suara Rose seperti di tahan. Takut jika orang di luar dengar yang mereka berdua tengah bergaduh.
"Aku dah lama biadap. Cuma kau aje tak nampak," jawab Elyssa bersahaja. Dia menilik wajahnya di cermin, tak sangka wajah dia berlainan bila di makeup. Sesekali dia mengerling Rose yang sedang tahan marah.
"Taknak keluar ke Dahlia Rose? Kau menyemak bilik aku. Nanti busuk kau sampai kat aku, kesian suami aku nanti nak peluk cium aku bau busuk." Berdas-das lontaran yang menyakitkan keluar daripada mulut Elyssa.
Kalau selama ini dia hanya menerima dan telan, semestinya kali ini tidak. Kalau selama ini dia hanya seorang Elyssa Hayyes yang lemah, tapi sekarang sisi lain yang akan keluar.
Rose yang mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut adiknya terus berlalu keluar. Sempat dia berkata, "Ian hanya milik aku."
Elyssa yang mendengar ayat itu terkedu. Sama dengan ayat yang dia dapat daripada pesanan tadi.
Kemunculan Puan Sri Ilyana membawa sejambak bunga menambah debar di dada. Bersiapkah dia untuk menjadi seorang isteri? "Elyssa, maaf ye mama masuk. Mama yang nak jemput Elyssa turun. Kita turun ye? Ian dah tunggu kat bawah."
Elyssa berdiri.
Tiada pengapit yang menemani dia seperti pengantin yang lain. Dia hanya keseorangan. Syukur Puan Sri Ilyana sudi menolongnya.
Bungan yang di hulur oleh mama di sambut. Dia hanya tunduk memandang ke bawah. Sesungguhnya, dia tidak bersedia. Kalau dia lari ni, kena marah tak? Pelahan-lahan kaki melangkah turun dan duduk di belakang pengantin lelaki.
Elyssa mengangkat kepala saat mendengar suara Ian, tapi hanya nampak sekujur tubuh lelaki itu daripada belakang. Ian segak mengenakan baju melayu putih .
"Aku terima nikahnya Elyssa Hayyes binti Malek dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai."
Fikiran kosong selepas mendengar perkataan 'sah' yang keluar daripada mulut saksi. Dia Elyssa Hayyes sudah bergelar isteri dan menjadi milik Ian Darren sepenuhnya.
Arshad mengucap kesyukuran, akhirnya ada seseorang yang sanggup membahagiakan dan menjaga kakaknya. 'Semoga kak El bahagia di sisi abang Ian. Arshad sentiasa ada di belakang kak El' bisik hati kecilnya.
Rose yang melihat bagaimana Ian melafazkan akad, terus berlari naik ke bilik. Hatinya hancur dan retak. Dia akan pastikan Ian hanya milik dia seorang.
Seketika itu lafaz taklik di baca oleh Ian. "Adalah saya Ian Darren bin Isaac Adam, tinggalkan isteri saya Elyssa Hayyes binti Malek selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya..."
"Kemudian a mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya RM 1.00 maka ketika itu tertalaklah dengan satu 'talak khulu', atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih..."
"Jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya dan jika saya Ian Darren suami yang sah kepada Elyssa Hayyes menyatakan bahawa mempunyai apa-apa hubungan istimewa dan ingin berkahwin dengan mana-mana wanita, saat lafaz di akad. Maka jatuhlah talak ke atas isteri saya Elyssa Hayyes binti Malek, demikian lafaz taklik saya."
Air mata Elyssa gugur jua selepas mendengar taklik yang dilafazkan oleh Ian. Walaupun, pernikahan ini bukanlah seperti yang di rancang olehnya.
Ian melangkah mendekati Elyssa yang berada di belakangnya sejak tadi. Wajah kacak itu tidak putus-putus dengan senyuman. "Assalamualaikum, my berry sayang."
"Waalaikumussalam, Ian Darren."
Ian menyarung cincin ke jari manis Elyssa. Saat bibir Ian mendarat di dahinya, Elyssa terkedu. Lama. Ciuman di dahi dilepaskan dan matanya ralit melihat bibir Elyssa.
"Ehem! Pengantin! Kalau yang tu jangan kat sini. Masuk bilik nanti," usik Adrian.
"Pengantin gelojoh!" tambah Ayden. Yang lain hanya tergelak.
Selepas usai pembatalan air sembahyang, Elyssa dan Ian bersalam dengan ahli keluarga mereka. Ketika Elyssa ingin mencium tangan Datin Farida, cepat-cepat dia mengalihkan tangannya. Belum sempat bibir itu mengena di kura-kura tangan dia. Elyssa tersenyum nipis.
Sampai sahaja giliran adiknya, Arshad memeluk kemas Elyssa. "Arshad doakan semoga kak El dan abang Ian berbahagia sehingga akhir hayat. Saling mencintai sampai hujung nyawa."
"Abang Ian, tolong jaga kak El seperti permata. Kalau keluarga Arshad tak mampu nak bahagiakan kak El, Arshad mohon dan rayu jaga kak El seperti abang Ian jada diri sendiri. Sayang dia seperti abang Ian sayang diri abang Ian. Tolong bahagiakan dia. Jangan buat dia menangis lagi."
Ian menepuk lembut bahu Arshad. Dia faham maksud Arshad. "Abang Ian akan jaga dia seperti permata yang bersinar."
Perkahwinan dia hanya ringkas berbanding dengan orang lain. Cukup hanya dua buah keluarga sahaja dan kawan-kawan Ian yang memeriahkan majlis ini.
"Tahniah bro! Semoga perkahwinan kau bahagia," ucap Rayyan selaku ketua mereka.
"Tahniah Elyssa. Saya harap awak bahagia dengan Ian. Jangan risau, kalau Ian buat masalah. Awak cari saya. Tahu lah saya ajar dia," ujar Rania, isteri kepada Rayyan.
Elyssa tergelak.
tbc...
Part taklik tu kalau ada salah, mohon bagitahu ye. btw jangan lupa comment and vote :)
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
AcakAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...