ELYSSA menghenyakkan punggung di atas katil di bilik tetamu itu. Dia memandang sekeliling bilik itu. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil. Sesuai untuk dijadikan bilik tetamu. Dia pun berbaring menghadap siling rumah.
Seketika kemudian, pintu bilik diketuk. Dia mengalih pandangan ke arah pintu bilik yang diketuk. Dia bangkit dari katil dan menuju ke pintu. Pintu bilik dibuka.
Tersembur muka adik perempuan Ian. "Irene ganggu akak ke?" Irene nampak muka Elyssa seperti penat.
"Takdelah." Elyssa senyum dan menggelengkan kepalanya.
"Tadi mama suruh bagi baju kat akak. Ambiklah, tu baju Irene. Rasanya ukuran kita sama je kan?" lembut Irene berkata. Dia teringin nak ada kakak, tapi dia ada abang je.
"Okay. Terima kasih Irene. Maaf menyusahkan." Irene cantik macam puan Sri Ilyana, orangnya sopan. Muka manis dan murah dengan senyuman.
"Takpe. Lagipun ini semua salah along. Kalau dia tak langgar kereta akak, mesti takkan jadi macam ni kan? Takpe, nanti Irene balas dendam kat dia demi akak!" kata Irene bersungguh-sungguh. Dia nekad nak balas dendam kat abang dia demi perempuan yang berada dihadapannya.
Elyssa hanya tergelak. "Akak masuk dulu tau." Elyssa meminta izin untuk masuk ke bilik untuk rehat.
Irene mengangguk dan berlalu ke biliknya.
Setelah selesai membersihkan diri, dia merebahkan badannya ke tilam. Akhirnya, dia terlelap begitu sahaja.
Sementara itu Ian Darren dibiliknya terbaring di atas tilam. Fikirannya terganggu, sepatutnya dia dah melelapkan mata. Tapi, hatinya seakan tidak tenang. Fikirannya pula asyik bekerja walaupun tubuhnya dah keletihan. Puas dia cuba menghalang mindanya dari bekerja. Tapi, mindanya lagi bekerja keras.
"Haih! Aku dahlah ada kelas pagi esok. Mata pulak tak boleh nak lelap," rungut Ian Darren sendiri. Jarinya sibuk memicit batang hidungnya.
Bukan dia tidak nampak mata Elyssa berkaca semasa mamanya mengusap bahu Elyssa. Wajahnya pun keruh, mata dan muka Elyssa seakan menyimpan 1001 luka. Itulah yang berada difikirannya sejak dia masuk ke bilik.
Ian bangun dari katil dan bergerak ke meja kecil yang berada di sudut biliknya. Tangannya mengambil telefon yang terletak di meja tersebut dan mendail nombor seseorang.
"Hmm," jawab gerangan lelaki disebalik telefon.
"Aku nak mintak tolong. Tapi aku harap kau rahsiakan perkara ni. Ini antara aku dan kau sahaja," ujar Ian selepas lama dia berfikir perlu ke dia bertindak sejauh ini.
"Apa? Aku mengantuk ni," balas Fahim. Ye, Ian sedang menelefon Fahim.
"Tolong aku siasat semua berkaitan dengan Elyssa."
"Elyssa? Siapa tu?" Fahim bertanya. Dia tak pernah pula dengar nama perempuan tu.
"Maksud aku, Blackrose," kata Ian Darren lagi.
"Okay. Nanti aku dapat, aku bagitahu kau." Fahim menutup telefon. Ian pula lalu berlalu ke katilnya dan memejamkan mata.
☘☘☘
PAGI menjelang, silauan matahari terkena mata Elyssa. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Dia bangun membersihkan diri. Selesai dia bersihkan diri, dia gayakan baju yang diberi oleh Irene semalam. Terasa dirinya amat sopan. Skirt labuh dan blouse baggy. Bilik tetamu itu dia kemas dan turun kebawah.
Dia menolong apa yang patut. Tidak sedap pula kalau dia hanya turun untuk makan sahaja. Dah lah menumpang, lepastu buat macam diri tu raja pula tunggu orang hidang makanan. Walaupun banyak kali ditegas oleh Puan Sri Ilyana, tapi Elyssa tetap menolong.
Figura Ian turun daripada biliknya dan menuju ke dapur. Kelihatan dua orang perempuan sedang bertungkus-lumus membuat sarapan. Sangkaannya itu mama dan Irena, tapi rupanya Elyssa. Lain betul penampilan Elyssa bila pemakaian harini agak sopan berbanding pakaian yang dia pakai sebelum ini.
"Eh, sopan pulak pakaian kau harini. Sekali pakaian macam tak cukup duit nak beli," sinis Ian.
Elyssa menoleh, matanya memandang Ian seolah ingin membunuh lelaki itu. 'Sabar Elyssa sabar. Kau ada kat rumah dia. Jangan buat hal." Elyssa menarik nafas dan hembus.
"Apa kamu cakap macam tu along. Tak baik." Mulut anaknya tak boleh nak tapis. Kecik hati Elyssa nanti.
"Takpe auntie. Dah biasa," jawab Elyssa senada.
"Kadang pemakaian kita tak melambangkan sifat kita. Takpe Elyssa, auntie tak suka judge orang. Hati kita ni penting. InShaaAllah kalau hati kita baik, ramai orang sayang." Puan Sri Ilyana seolah memujuk Elyssa. Tipu lah kalau dia cakap dia tak marah anaknya berkawan dengan perempuan yang tak cukup kain. Tapi dia tahu Elyssa baik orangnya walaupun dia sendiri tidak pernah melihat cara pemakaian perempuan itu.
"Sudah. Jom kita makan. Papa Ian dah turun tu," Puan Sri Ilyana melihat figura suaminya yang sedang turun tangga itu. Mereka pun bersarapan sama-sama.
"Along, nanti kau pergi kolej naik kereta apa?" tanya Irene yang sedang menikmati nasi goreng yang dimasak oleh mamanya.
Ian yang sedang menikmati makanan mengerutkan dahi. Sebelum ni tak pernah tanya pun. Tiba-tiba je. "Kenapa?"
"Jawab jelah."
"X50 kot. Dah lama along tak naik," kata Ian selepas lama berfikir. Susah orang ada kereta banyak ni. Nak pergi kolej pun kena fikir dulu nak naik kereta apa.
Irene hanya mengangguk. Elyssa hanya sekadar mendengar. Takkan nak menyampuk pulak, soalan tu bukan dituju untuknya.
"Dah lah. Adik pergi kelas dulu. Bye!" Irene bangun dan salam mama, papa dan abangnya. Sempat dia berbisik dengan Ian "Adik ada surprise untuk along." Ian hanya mengerut dahi.
Dia pun berlalu ke arah Elyssa "Kak El, Irene harap kita boleh jadi kawan." Elyssa senyum dan angguk. Irene pun keluar dari rumah dan tinggal mereka berempat sahaja dia ruang makan itu.
"Nanti Elyssa pergi kelas dengan along ye?" kata Puan Sri Ilyana.
Elyssa melihat Ian dan Puan Sri Ilyana bersilih ganti. "Takpelah auntie, El naik grab je."
"Apa pulak naik grab. Anak uncle yang rosakkan kereta kamu, pandai lah dia nak bertanggungjawab hantar kamu ke kelas." Tan Sri Isaac bersuara.
"Tapi uncle..."
"Takyah nak tapi, setakat hantar kau tu tak habis pun minyak aku. Dah jom! Aku dah lambat." Ian bangun dan berlalu keluar ke keretanya.
Elyssa sempat bersalam dan berterima kasih untuk mama papa Ian. Dia pun mengekori langkah Ian Darren.
"Haa! Masuklah, nak tunggu aku buka pintu dulu baru nak masuk ke?" sindir Ian yang berada di dalam kereta.
"Kau cakap elok-elok tak boleh ke?" geram je Elyssa melihat Ian.
Ian menarik nafas "Intan payung sayang, my sweetie berry. Cepatlah naik kereta. Aku dah lambat ni. Nak suruh aku bukakkan pintu untuk kau ke?"
Elyssa menarik senyuman yang sinis, "Apa salahnya kalau Tuan Ian Darren nak tolong bukakan pintu untuk saya? Tetiba rasa tangan tak berfungsi pula untuk bukak pintu kereta."
"Kau masuk sekarang sebelum aku tembak kau!" marah Ian. Banyak pula songeh perempuan ni.
"Aku bagitahu auntie dan uncle kau layan aku macam ni," ujar Elyssa. Dia tahu Puan Sri Ilyana dan Tan Sri Isaac akan membela dia berbanding Ian.
Ian mengeluh. "Cepat masuk berry. Kau pun ada kelas kan?" lembut Ian bersuara. Kalau dengan Elyssa, nak pujuk dia kena guna Bahasa yang lembut baru termakan pujukan budak tu.
Elyssa melangkah masuk ke dalam kereta. Ini kali ketiga dia naik dengan lelaki ni. Dia hanya membuang pandangan ke luar tingkap.
tbc...
Jangan lupa comment dan vote untuk next chapter :)
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
