16

10.3K 489 12
                                    

BARU sahaja kaki dia melangkah masuk ke dalam rumah, daddy dah menunggu dia di ruang tamu. Dia dah dapat agak benda ini akan terjadi.  Sesekali dia melihat Rose tersenyum sinis. Bila semua nampak sisi kebaikan Rose tapi malangnya dia nampak semua sisi kejahatan Rose.

Mesti ada fitnah baru yang Rose sampaikan oleh daddy. 

"Kau tidur rumah siapa semalam? Satu hari tak balik!" jerkah Dato Malek.

Elyssa mengangkat wajahnya apabila Dato Malek jerkah dia. Sudah dapat di agak dia akan dimarahi disebabkan fitnah yang ditaburkan oleh seorang yang bernama Dahlia Rose. Bijak perempuan itu boleh kaburi minda dan mata daddy dan mummy.

"Kau pergi mana, Elyssa Hayyes?!" tanya daddy lagi.

"Elyssa kerja daddy. El bukan sejenis yang mengharapkan duit mummy dan daddy. Apa yang daddy dengar daripada Rose tu, semua salah. Tak boleh ke daddy percayakan El untuk kali ini?" ujar Elyssa.

 "Nak cakap El tidur rumah jantan? Daddy yakin ke? Walaupun El macam ni, tapi El masih pandai jaga maruah diri El. Pernah ke El menconteng arang ke muka mummy dan daddy?" Ya memang betul dia tidur rumah lelaki tapi bukan berduaan. Keluarga Ian pun ada sekali. Dia tahu ini kerja Rose yang menghasut daddy. Tapi sampai bila? Sampai dia tiada di dunia inikah?

"Memang tak pernah tapi sekarang kau dah pandai tidur rumah jantan. Balik rumah tadi pun jantan yang hantar kan?" Tuduh daddy tanpa bertanya penjelasan dan kebenaran. Dato Malek nampak kelibat lelaki yang hantar Elyssa tadi walaupun cermin kereta lelaki itu gelap.

Liur ditelan. Kelat. Letih dah dia. 19 tahun dia hidup tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah hanya satu kesilapannya pada masa lalu. Tapi ketika itu dia hanya seorang budak yang berusia lima tahun. Rasa nak lari rumah. Dia penat nak hadap kebencian daddy mummy dan Rose yang suka memfitnah.

"Tak boleh ke daddy dengar penjelasan El baik-baik?"

"Kau tak payah nak tagih simpati Elyssa! Aku dah muak nak tengok muka kau," marah Datin Farida.

"Apa yang jadi? Hah? Cuba kau bagi penjelasan. Aku nak dengar." Terjegil mata Dato Malek melihat Elyssa. Sepatah perkataan keluar daripada mulut Elyssa dia takkan percaya. Kebencian terhadap Elyssa makin menebal di hati.

"Cuba daddy mummy bawak bersabar. Bagi kak El terangkan dulu. Tak salahkan kalau kita dengar dari dua pihak." Arshad mencelah. Kesian melihat Elyssa di serang dari tadi. Mendung muka kakaknya itu.

Dia faham kakaknya cukup letih hidup begini. Elyssa bersikap dingin dengan mereka pun disebabkan kebencian yang dicipta oleh mummy dan daddy.

"Kau jangan nak masuk campur Arshad! Jangan nak bela sangat kak El kau tu. Dari dulu hidup dia hanya menyusahkan keluarga!" jerkah Datin Farida. Dato Malek dan Rose mengangguk tanda setuju.

Elyssa tersenyum sinis. "Kalau betul El ni menyusahkan keluarga, kenapa mummy lahirkan El? El tak minta pun untuk dilahirkan atas dunia. Anak tak boleh pilih ibu bapa. Tapi seorang ibu mampu untuk gugurkan anaknya kalau dia taknak. Tapi kenapa mummy lahirkan El?! Kalau tahu El ni menyusahkan mummy daddy, sepatutnya dari dulu lagi mummy daddy bunuh El! El penat hidup dengan penuh kebencian!" Air mata yang ditahan tadi akhirnya turun membasahi pipi.

"Sepatutnya El je yang mati bukan abang Eiyad. Kalau El yang mati hari tu, mummy daddy akan benci abang Eiyad macam mummy daddy benci El ke?" tanya Elyssa. Hatinya benar-benar runtuh dikala ini.

"kau jangan kurang ajar Elyssa! Aku tak ajar kau tengking orang!," marah dato Malek. Dia dah cekak pinggang.

"El jadi macam ni pun disebabkan mummy daddy. El jadi kurang ajar sebab mummy daddy. Sedikit pun takkan takde rasa sayang kat El sebagai seorang anak?" Elyssa menangis tersedu-sedu. Dia penat.

"Sikit pun kat hati aku takde perasaan sayang kat kau. Kalau aku tahu bila kau besar jadi pembunuh. Dah lama aku gugurkan kau Elyssa! Aku menyesal bagi kau duduk dalam rahim aku!" Marah sungguh Datin Farida.

Tuhan... Dia meraup wajah menerima pernyataan yang keluar daripada mulut mummy. Jadi, itukah yang mummy rasa selama ni? Dia tak layak digelar seorang anak kalau mummy pun tak ingin dia berada di rahim.

Tubuh yang kaku tadi bergerak menuju ke tangga. Pernyataan itu teramat pedih di hati. Pahit untuk ditelan. Daripada menanti caci maki yang akan diterima, lebih baik dia beredar. Kalau Rose rasa dia dah menang untuk buat mummy dan daddy lagi benci terhadap dirinya, ye betul. Dia dah menang.

Langkah diatur. Lemah.

"Elyssa!" panggil Dato Malek lagi.

Malas Elyssa menoleh dia hanya berjalan terus.

"Jadi betul lah semalam kau tidur rumah jantan?" Suaranya makin berdentum.

Elyssa mendengus. Jika fitnah ini dapat membuat hati Rose bahagia. Takpe. Kalini dia terima.

"Kalau daddy rasa yang El memang tidur rumah lelaki semalam. Betul lah tu. Tetap kan lah fikiran daddy dengan perkara negatif terhadap El. Biar kebencian di hati daddy untuk El makin bertambah," jawab El senada.

Arshad hanya mampu Elyssa melangkah naik ke biliknya. Dia kecewa dengan sikap mummy dan daddy. Kalau dia di tempat Elyssa, belum tentu dia sekuat Elyssa.

☘☘☘

IAN tenang menapak masuk ke markas selepas menghantar Elyssa ke rumah. Dan, bila dia tiba masuk, wajah Fahim terpampang di hadapan pintu.

"Hmm lambat," tegur Fahim.

Ian hanya menayangkan muka dinginnya. "Aku ada kerja tadi."

"Ada kerja atau kau keluar dengan Elyssa?" soal Fahim.

Ian hanya mengangkat kedua bahu. "Kau dah dapat apa yang aku nak?" Kaki melangkah ke arah meja yang berdekatan di situ.

Faihm mengangguk. Dia mengeluarkan laptop dan sampul berwarna coklat. "Semua maklumat yang kau nak ada dalam tu. Tapi kenapa kau nak suruh aku siasat fasal dia?" Fahim mengerut kening. Pelik.

Huluran Fahim disambut. Sampul tadi dibuka dan di baca semua maklumat yang mengenai Elyssa. Tepat sangkaan bahawa Elyssa ada kena mengena dengan kawannya Rose. Tapi Elyssa atau Rose tak pernah membuka mulut bahawa mereka sebenarnya adik-beradik. Sedikit terkejut.

"Saje. Sebab aku nak kahwin," jawab Ian selamba.

"Hah? Rayyan dah tahu belum?" Terkejut Fahim. Sebelum ni kalau cakap pasal kahwin mesti mengelak. Sekarang tak payah cakap, diri sendiri dah mention dulu.

"Belum. Sebab tak tahu lagi bila nak kahwin. Aku kena pujuk dia dulu."

"Sejak bila kau suka kat dia? Sejak misi hari tu ke?" Fahim cuba mengorek rahsia Ian.

"Tak. Masa dia langgar aku kat kampus dulu. Aku dah kenal dia sebelum dia join misi dengan kita lagi." Dia tersenyum bila teringat balik macam mana dia kenal Elyssa. Mula tu agak menyampah sebab dia tak suka perempuan yang tak cukup kain. Alih-alih dia pula tersangkut.

Fahim dah naik hairan. "Habistu masa misi haritu kau buat tak kenal dia. Aku ingat aku memang tak kenal dia."

Ingat lagi Fahmi betapa dingin Ian terhadap Elyssa. Elyssa tersalah langkah di marah budak perempuan itu. Mereka dua juga hampir membunuh antara satu sama lain.

"Aku saje. Sebab dia suruh buat tak kenal dia. So, aku berperangai lah macam tu. Tak sangka dia pun buat-buat tak kenal aku." Gelak Ian. Kalau di ingat balik, dia hampir mata di tangan Elyssa dan Elyssa pun hampir mati di tangannya.

Syukur Rayyan cepat, kalau tidak. Dua dua dah sembah bumi. Tiada lah kisah Ian Darren dan Elyssa Hayyes.


tbc...

Comment and vote for next chapter :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now