"KAU rasa diri kau hebat lawan mummy dan daddy?" Rose yang dari tadi memerhati melangkah masuk ke bilik Elyssa tanpa sempat Elyssa menutup pintu.
"Aku tak cakap. Kau yang cakap," selamba Elyssa membalas.
"Kau..."
"Apa? Dah takde ayat nak balas kata-kata aku?" sinis Elyssa berkata. "Kalau dulu aku tak kisah kau nak campur dalam hal peribadi aku. Tapi makin lama aku diam, makin naik kepala kau. Jangan kau ingat aku diam, aku tak tahu semua ni berpunca pada kau." Elyssa menolak dada Rose berkali-kali.
"Jangan fikir kau kakak aku, aku akan hormat kau. Kau tak layak dapat penghormatan daripada aku. Kau layak duduk bawah tapak kaki aku. Kalau setakat muka ayu, pakai tudung tutup sana sini, tapi kalau hati busuk. Takde guna," sambung Elyssa lagi.
"Cukup daddy dan mummy benci aku disebabkan peristiwa abang Eiyad. Tapi kau tambah lagi kebencian daddy dan mummy dengan fitnah kau. Kau cemburu dengan aku kan? Sebab mummy dan daddy kawal hidup kau. Sedangkan turn aku, mummy dan daddy lepas tangan. Kau silap Rose, kau patut bersyukur daddy dan mummy ambil tahu pasal kau. Sekurangnya kau dapat kasih sayang dari mereka. Tapi aku tak. Sedikit pun mummy dan daddy tak sayang aku. Aku ni ibarat anak buangan yang dahagakan kesayangan daripada mereka."
"Atau kau cemburu disebabkan aku keluar dengan jantan sesuka hati? Kau tak payah nak cemburu, sebab aku tahu. Kau pun tak ubah sama macam aku. Bezanya, Allah masih tutup aib kau dan orang takkan tahu perangai kau disebabkan semuanya terlindung dengan cara pemakaian kau." Berdas-das Elyssa berkata-kata. Muka Rose sudah berubah pucat. Takut jika perbuatannya dibongkarkan.
"Atau kau cemburu sebab Ian rapat dengan aku juga? Kau ada hati dengan Ian kan? Aku perasan kau suka cari pasal dengan aku start aku kenal Ian. Am I wrong? Tapi jangan risau, rahsia kau aku pegang kemas kemas. Dan sekarang, tolong keluar dari bilik aku." Elyssa menghalau dan menolak Rose untuk keluar dari biliknya.
Rose berlari masuk ke dalam biliknya, meja dihentak dengan kuat. "Arrghhh!!!" Nyaring suaranya menjerit. Kerana geram, dia menolak semua barang yang berada di atas meja hingga berterabur semua barangnya.
"Kau jangan ingat kau dah menang Elyssa. Aku akan pastikan hidup kau tak tenang. Aku akan pastikan mummy dan daddy akan buang kau terus dari hidup dia!" Dia akan pastikan semua itu berlaku.
☘☘☘
IAN melangkah masuk ke dalam markas Rayyan dengan keadaan yang marah, berserabut dan kecewa. Dia melepaskan keluhan. Dia terbaring di atas sofa yang berada di tengah markas itu. Mata dipejam, sebelah tangannya diletakkan di atas dahi.
Rayyan yang melihat tingkah Ian memandang pelik. Takkan pagi-pagi dah takde mood. Semalam elok aje mood lelaki itu mengusik Elyssa, hari ini kelaut pula mood dia.
"Kau okay tak Ian?" Rayyan menepuk lembut bahu Ian.
Ian membuka mata melihat gerangan yang menepuknya. "Aku okay," jawab Ian sepatah. Dia bangun dari baringnya dan memberi ruang untuk Rayyan duduk.
"Aku bukan kenal kau semalam tau."
"Tahu."
Kau ada masalah?" Dia cuba bertanya lagi. Kalau Ian tetap tak buka mulut. Anggap sahaja dia sudah malas nak ambil tahu. Mungkin Ian tak sedia nak berkongsi lagi.Keluhan berat dilepaskan. Ian meraut wajahnya dengan kedua tapak tangan. "Aku suka kat seorang perempuan ni."
"Go on. Aku dengar."
"Tapi, dia dah kahwin. Patutlah selama ni aku ajak dia kahwin, dia selalu mengelak. Dia tak pernah bagitahu pun aku yang dia dah kahwin," lemah Ian bersuara. Fikirannya kusut.
"Kau pernah tanya tak dia bujang atau dah berkahwin?" tanya Rayyan yang setia mendengar luahan Ian.
"Tak."
"Salah kau juga. Kau tak patut letak hati kau sepenuhnya kat perempuan tu. Sepatutnya kau ambil tahu background dia dulu sebelum kau bagi semua hati kau kat dia."
"Aku dah suruh Fahim siasat. Tapi, dalam file yang Fahim bagi tu takde yang mengatakan dia dah kahwin."
Rayyan mengerut kening. Complicated. Perempuan tu kahwin kat siam ke apa? Banyak kes kahwin kat siam sekarang ni.
"Kau biar betul dia dah kahwin?"
"Ye. Aku siap jumpa dengan suami dia lagi dengan bakal madu."
"What?! Bakal madu?! Lelaki tu nak kahwin lagi ke apa?" jerit Rayyan. Terkejut. Kalau dia kahwin dua ni, mungkin hilang kepalanya di tetak oleh isterinya.
"Kalau iye pun jangan lah jerit bangang! Pekak telinga aku. Iye, nampaknya begitu lah."
Rayyan mengusap belakang lehernya. "Aku ni bukan pandai sangat nak nasihat orang. Tapi, aku harap kau jumpa pasangan yang tepat untuk kau. Wa annahuu khalaqaz zawjainiz zakara wal unsaa. Dan bahwasanya Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Aku harap pasangan kau akan menerima baik buruk kau."
Rayyan menepuk bahu Ian yang kelihatan seperti kehilangan bini. 'Mungkin cinta pertama kau tak bertuah Ian. Tapi aku yakin, kau akan jumpa orang yang tepat,' bisik hati kecil Rayyan.
Fahim, Ayden dan Adrian yang baru sampai ke markas melangkah masuk. Mereka bertiga memandang Ian seperti orang yang tidak terurus. Ini bukan Ian Darren yang mereka kenal. Sebesar mana pun masalah lelaki itu, dia takkan bawa masalah peribadi ke tempat kerja.
Selang beberapa minit team Visionaries juga muncul untuk latihan next mission. Mereka dilatih tegas oleh team Fire Eagle. Mereka semua hanya memerhati Ian dari jauh. Untuk masuk campur mereka tidak lah serapat kawan Ian yang lain.
"Kau ajar Elyssa, biar aku ajar Anne dan Alex," kata Ian setelah lama diam.
"Kenapa?" tanya Fahim.
Ian diam tidak menjawab. Terus dia melangkah ke arah dimana tempat Anne dan Alex berlatih. Tapi, mereka berdua tidak kelihatan kerana sibuk berborak dengan Elyssa.
"Kau datang sini nak berborak ke nak berlatih sial?! Kalau team kita kalah, aku bunuh sorang-sorang!" jerkah Ian.
Semua yang berada di sana terkejut mendengar jerkahan Ian.
"Kau kenapa Ian?" tanya Ayden.
"Kau diam. Kau buat je kerja kau," dingin Ian bersuara.
"Kau buat apa lagi kat siti Anne Alex?! Aku ajar kau hari ni."
Anne dan Alex berpusu-pusu berlari ke tempat latihan. Takut mereka melihat perubahan mendadak Ian.
"Jom Elyssa, hari ni aku ajar kau." Fahim bersuara. Dia faham Elyssa seperti keliru dengan keadaan yang berlaku. Tapi dia lagi tak faham.
"Kenapa?"
Fahim hanya mengangkat kedua belah bahunya. Dia pun tak tahu.
"Sepanjang kau berlatih kat sini takkan secekap ni je? Kau tak berlatih ke apa sial? Fahim tak ajar kau ke?!" marah Ian. Dia membaling pisau yang berada di tangannya. Berdeting bunyi pisau yang dibaling.
Fahim yang mendengar suaranya di sebut, berpaling.
Rayyan yang memerhati tindakan Ian itu terus ke arah lelaki itu. "Aku tak suka kau lepaskan kemarahan kau dekat dorang. Kau balik, kau tenangkan fikiran kau. Lepas kau rasa diri kau tenang, kau datang balik. Aku bagi kau cuti. Pergi!" tegas Rayyan bersuara. Dia sebagai ketua perlu memastikan keselamatan orangnya terjamin. Lelagi sekarang ni ada team lain bersama dia. Kalau berlaku kesilapan dari pihak mereka, susah juga nak di uruskan nanti.
tbc...
Don't forget vote and comment for next chapter :)
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
AcakAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...