15

10.7K 466 21
                                    

ELYSSA dan Ian melangkah ke sudut café. Kerusi ditarik dan mereka melabuhkan punggung di atas kerusi. Kata Ian, ini café kegemarannya. Elyssa hanya mengikut sahaja. Janji dia dapat balik pistol yang di ambil oleh Ian pagi tadi.

"Order?" tanya seorang pelayan lelaki yang berkaca mata.

"Give me iced chocolate and spaghetti aglio olio. You?" tanya Ian kepada Elyssa.

"Just give me Americano with eight extra shots. That's it" jawab Elyssa.

Pelayan tadi mengangguk dan berlalu.

"Tak pahit sangat ke?"

"Kalau pahit? Masalah kau ke?" Persoalan dijawab dengan persoalan.

"I'm just asking, berry sayang" Perempuan di hadapannya ini mulut tak boleh nak dijaga betul. Tanya sikit dah kena marah.

"Can you stop call me berry and that word? I'm not your berry."

"What's word?" Ian mengangkat sebelah kening dan tersenyum senget. Saja nak suruh Elyssa sebut perkataan itu.

"That word laaa," jawab Elyssa lagi. Malas dia nak sebut, tahu Ian sengaja nak suruh dia sebut perkataan itu.

"Well, mulut aku. Ikut suka aku lah." Ian tersenyum. Perempuan di hadapan dia sangat cantik untuk menjadi tatapan matanya. Walaupun pakaian agak menarik perhatian lelaki. Tapi takpe, benda boleh dilentur.

"Jom kita kahwin," ajak Ian selamba. Tanpa cincin belah rotan, tanpa pantun lima enam kerat. Tak romantik langsung.

Elyssa terpinga-pinga. Apa kena dengan mamat ni?

"Kau sihat ke tak? Baru tunggu aku 2 jam kat kolej tadi takkan lah otak dah mereng." Kutlah lelaki ni gila. Sempatlah dia nak lari laju-laju nanti.

Ian ketawa lepas. Dia tahu pasti perempuan itu copnya lelaki gila. Tiba-tiba ajak kahwin. "Aku sihat dan normal. Kau nak kahwin dengan aku tak?" tanya Ian lagi. Kalini dia tak main-main. Serious. Lagipun keluarganya macam suka aje kat si Elyssa. Apa salahnya bagi mama menantu.

Dia bukan tak berduit. Walaupun dia seorang student tapi dia bekerja di bawah Rayyan. Jadi adalah sikit pendapatan untuk bagi perempuan itu makan, cukup je duit dia. Lagipun lagi seminggu dia dah final dan semestinya dia akan mengambil alih syarikat Tan Sri Isaac Adam.

"Kau memang suka ajak mana-mana perempuan kahwin ke?"

"Yang terpilih sahaja." Banyak soalan pula perempuan ni tanya. Jawab jelah.

Elyssa merenung tajam mata Ian. Ian hanya tersenyum manis.

Elyssa ingin membuka mulut tapi pesanan yang dipesan tadi sampai. Terbabntut niatnya ingin bertanya. Ian menikmati makanannya manakala Elyssa menikmati Americano.

Berkerut kening Ian melihat Elyssa menghirup Americano tanpa perasaan. Elyssa yang perasan akan pandangan Ian itu mengangkat sebelah keningnya.

"Tak pahit?" lembut Ian bertanya.

"Pahit."

"Kalau pahit, kenapa order jugak?"

"Aku tak suka benda manis. Tekak aku dah terbiasa dengan benda pahit. Lagipun kehidupan aku lagi pahit daripada air ni." Ayat terakhir diperlahankan sedikit. Namun Ian tetap dapat tangkap apa yang Elyssa sebut dihujung ayatnya.

'Pahit sangatkah kehidupan perempuan dihadapannya?' Ian terfikir sendiri. Kadang dia tidak rasa perempuan ini mempunyai beribu kelukaan kerana Elyssa pandai menutup kesedihan dengan muka dingin. She look intimidating.

"Dah habis makan ke? Aku nak balik." Semalam dia tak balik, sekarang dah masuk waktu lunch pun dia tak balik lagi. Takut orang tuanya memfitnah yang bukan-bukan. Jari telunjuknya dipusingkan mengikut penutup cawan Americano.

"Dah. Aku pergi bayar jap. Tapi, pistol kau esok aku bagi."

"Aku nak sekarang Ian Darren." Elyssa mengetap gigi. Dia rela ikut lelaki ini semata-mata inginkan senjatanya. Tapi ini pula si Ian buat.

"Esok aku ada misi. Kau join team aku. Lagipun kau kena gantung dari misi bawah syarikat kau je. Bukan aku." Jawab Ian bersahaja. Saje dia nak berkepit dengan Elyssa Hayyes.

☘☘☘

DATO Malek mundar-mandir menunggu Elyssa pulang dari rumah. Tak betah dia nak buat kerja. Mendengar aduan anak perempuan Rose tentang Elyssa lagi menaikkan marah dia. Keluar dengan jantan satu hari lepastu harini tak balik lagi. Entah tidur rumah jantan mana. Sudah hilang maruahkah anaknya itu.

"Daddy kenapa? Tak boleh duduk ke?" tanya Arshad. Sakit kepalanya melihat daddy mundar-mandir macam tiada punggung untuk duduk.

Daddy terlampau percayakan Rose sampai lupa Elyssa pun boleh memberi penjelasan tentang dirinya. Kenapa perlu percayakan Rose sedangkan ini mengenai Elyssa bukan Rose. 

"Mummy dah tak sabar nak tunggu kakak kamu tu balik."

"Dah kalau dia muncul, mummy daddy nak buat apa? Nak maki dia macam mummy dan daddy selalu buat? Macam tu? Kak El pun anak mummy dan daddy. Kenapa mummy daddy percaya cakap kak Rose je? Kenapa bukan kak El?" tanya Arshad geram.

"Kau diam Arshad. Kau tak berhak masuk campur," marah Dahlia Rose. Arshad selalu menyebelahi Elyssa sedangkan mereka berdua tidak rapat.

"Bagitahu kat Arshad kenapa Arshad tak boleh masuk campur? Kak El tu kakak Arshad juga. Kalau mummy daddy boleh menyebelahi kak Rose kenapa Arshad tak boleh menyebelahi kak El?" Mata Arshad terjegil. Giginya diketap menahan sabar.

"Arshad tak tahu apa-apa baik diam. Benda tu berlaku sebelum kamu wujud lagi Arshad!" marah Datin Farida. Tiada siapa akan faham perasaan dia yang sudah kehilangan anak sulung lelaki disebabkan kesilapan Elyssa pada masa lalu.

"Mummy dan daddy nak pukul dia? Agak-agak kalau abang Eiyad tahu ini sebenar perangai mummy dan daddy. Abang Eiyad akan bahagia ke kat sana?" tanya Arshad sekali lagi. 

"Arshad rasa tak."

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku juga Arshad. Cukup kakak kau aje perangai macam haram minta maki aku. Kalau ikut hati aku, dah lama aku hantar dia rumah anak yatim," ujar Dato Malek dalam keadaan marah. Rose tersenyum sinis. Berjaya dia menghasut fikiran kedua ibu bapanya.

Dia yang mengadu kepada mummy daddy yang Elyssa tak balik rumah semalam kerana bermalam dengan jantan di luar sana. Hatinya sakit melihat Elyssa yang keluar dari kereta Ian pada pagi tadi di kolej. Kalau dia tak boleh sakitkan hati Elyssa dengan cara dia. Jadi dia gunakan mummy daddy untuk menyeksa Elyssa.


tbc...

Comment and vote for next chapter :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now