41

10.5K 489 16
                                    

MEREKA sampai di kelab malam yang terkemuka iaitu Rainbow Club yang mempunyai ramai mangsa untuk dijadikan mangsa violence sex. Seperti biasa mereka memakai earpiece untuk senang mereka berurusan antara satu sama lain kecuali Elyssa dan Alex. Elyssa memakai klip rambut yang membolehkan dia untuk berurusan manakala Alex memakai jam tangan.

Sementara mereka yang lain hanya menunggu di dalam kereta masing-masing untuk menunggu arahan daripada Rayyan. Ian yang melihat isterinya berpelukan bersama lelaki lain hanya menahan panas di hati.

"Kali ni aje aku bagi kau sentuh lelaki lain, Elyssa. Kalau bukan sebab orang kelab kenal aku, kau takkan macam tu dengan Alex," ujar Ian dalam nada kemarahan.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya. "Kau ni cemburu buta lah."

"Jangan cakap aku. Cermin diri sendiri dulu. Kau nampak isteri kau bercakap dengan lelaki pun kau dah bantai lelaki tu. Atleast aku bukan macam kau. Tsk... Redflag," selamba dia mengutuk sahabatnya.

Rayyan mengusap belakang lehernya. Dia mana pernah menang kalau lawan mulut dengan Ian Darren. Semua yang keluar dari mulut Ian, semuanya fakta. Lelaki itu walaupun diam, tapi dia memerhati semua yang berada disekelilingnya. Memang sesuai sangat berpasangan dengan Elyssa.

Fahim dan Zarif hanya menunggu di dalam kereta sahaja memandangkan mereka berdua hanya perlu berurusan dengan laptop dan juga sistem coding.

"Kau tahu tak Rayyan? Benda yang kau arah isteri aku adalah satu benda yang berdosa? Haram? Selamba badak kau aje suruh isteri aku duk peluk-peluk dengan jantan lain. Kau nak tanggung dosa bini aku ke? Kalau dosa boleh transfer dah lama aku bagi kat kau. Tak payah tanya, terus aku bagi." Ian masih tidak puas hati. Dia bukanlah sebaik yang di sangka, tapi itu terang-terangan benda yang berdosa.

"Lain lah kau, mana nak tahu halal haram. Nasib sekarang Rania dah ubah diri kau. Tapi huh tetap redflag," sambung Ian lagi.

"Aku rasa kesian dekat Rania dapat suami macam kau. Kalau dia yang tanggung dosa untuk kau, mesti banyakkan dosa dia perlu tanggung. Dosa dia banyak sebab kau." Lagi dikutuk Rayyan. Maklumlah dia mana takut dengan Rayyan. Setakat Rayyan Vicenzo apalah sangat nak dibandingkan dengan Elyssa.

Tak tahan dengan kutukan yang diterima oleh Ian Darren. Rayyan memberi arahan kepada Alex dan Elyssa. "Tukar plan. Blackrose kau buat tak kenal Alex. Kau berdua orang asing yang nak cuba langgan servis mereka."

Ian tersenyum sinis manakala mereka yang lain terkejut. Ini bukan yang dirancang oleh mereka. Sekarang Rayyan tukar plan tanpa berbincang dengan mereka semua dan terpaksalah Elyssa dan Alex membuat strategi sendiri supaya tidak kantoi.

"Puas hati kau?" Rayyan mengetap gigi dan menjeling Ian. Ian hanya menjongketkan kedua-dua bahunya.

"Sekarang kau boleh tutup mulut kau." Sumpah hampir hilang sabar dia. Kalau tak difikirkan mereka sekarang ni tengah ada misi, dah lama berlubang muka Ian dia buat.

Elyssa dan Alex yang mendengar arahan daripada Viper, terus menukar laluan masing-masing sebelum pekerja kelab malam itu nampak mereka datang berdua.

"Blackrose kau masuk dulu. Kau cakap nak bilik vvip. Lepastu Alex, kau cakap kat diorang yang kau nak satu bilik dengan Blackrose. Lepas korang dapat satu bilik, pastikan kau Blackrose buat sesuatu yang mendatangkan kemarahan daripada pihak mereka. Supaya senang yang lain nak serbu masuk." Elyssa dan Alex hanya mengangguk.

"Yang lain standby," arah Rayyan.

Elyssa melangkah masuk dengan penuh gaya di dalam Rainbow Club untuk menarik perhatian lelaki di dalam sana. Senyuman sinis terukir di bibirnya apabila lelaki di dalam club merenung tubuhnya seperti tubuhnya sesuatu yang menggiurkan.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now