SEBAIK sahaja sampai di markas, Ian mengamuk sakan. Habis barang yang berada di hadapannya di baling. Mana tak bengang bila lelaki yang tak sepatutnya sesuka hati sentuh Irene macam adiknya tiada maruah. "Mati kau aku kerjakan, Daniel!"
Ayden, Adrian, Rayyan dan Fahim yang baru sampai melihat keadaan sekeliling markas itu. Bersepah macam kena serang daripada musuh. Mereka berpandangan antara satu sama lain dan keluhan dilepaskan. Tahulah mereka satu-satunya kawan mereka mengamuk. Siapalah yang kejutkan singa dari tidur.
Mereka berempat melangkah masuk dengan berhati-hati. Takut juga masuk-masuk kena tendangan khas dari Ian. Lelaki tu kalau mengamuk dah lupa kawan baik sendiri. Semua dia bantai.
"Kau main api dengan salah orang, Daniel," keras dan dingin.
Mereka menjongketkan kening bila mendengar nama yang keluar dari mulut Ian. "Kenapa ni, bro?" tanya Rayyan selaku ketua mereka.
"Ada orang tampar bini aku! Aku suami dia tak pernah naik tangan kat isteri aku. Tapi benda yang paling buat aku marah, bangsat tu cabul adik aku, Rayyan! Dia buat macam adik aku takde maruah." Ian menahan air mata lelakinya keluar.
"Aku jaga adik aku penuh dengan kasih sayang. Tapi lelaki tu buat adik aku macam takde keluarga! Aku tak kira, aku nak kau cari maklumat pasal budak tu. Aku nak sekarang juga," tegas Ian bersuara.
Fahim yang faham yang Ian sedang menyuruh dia untuk mencari maklumat budak lelaki itu. Dia selaku hacker di Fire Eagle membuka computer di sebuah bilik yang terdapat di markas itu.
"Nama?"
"Yang aku tahu nama dia, Daniel. Dia belajar kat tempat adik aku belajar. Tahun akhir."
"Mana aku nak tahu adik kau belajar kat mana," geram Fahim. Sempat lagi lelaki tu nak bermain teka-teki. Ingat dia ni ahli nujum nak tahu semua benda pasal keluarga dia.
"Taylor's University."
Fahim mengangguk lalu dia seperti biasa melakukan kerjanya sebagai hacker. Jarinya sibuk menekan papan kekunci yang berada di hadapan. Sekejap-sekejap dahinya berkerut. Mereka yang lain berdiri di belakang Fahim ingin menunggu identiti Daniel.
"Dapat!" Fahim menghembus nafas.
Rayyan tersenyum sinis. "Aku ingat lepas apa yang aku buat dekat bapak dia, anak dia insaf. Tapi perangai sama jahanam."
"By hook or by crook aku nak kau dapatkan budak tu malam ni juga! Kalau malam ni korang tak dapat dia. Malam ni juga aku pergi rumah keluarga dia bunuh mak bapak dia!" arah Ian terhadap Ayden dan Adrian.
"Kau Ayden, aku tak rasa kau takkan cederakan dia kalau kau dapat jantan tu. Kau jangan ingat aku tak tahu kau taruh perasaan dekat adik aku. Tapi benda tu kita bincang lain hari. Kalau kau sentuh lelaki tu tanpa aku, jangan harap kau dapat jadi adik ipar aku."
Ayden menelan air liur. Kelat. Dia memandang Rayyan meminta izin untuk keluar mencari Daniel. Rayyan hanya mengangguk.
Ayden dan Adrian melangkah keluar dari markas dan masuk ke dalam perut kereta milik Ayden. Kereta dipecut keluar dari markas dan mencari keberadaan Daniel. Sesungguhnya mereka tak tahu keberadaan Daniel sekarang. Ian hanya suruh keluar tanpa bagi sebarang petunjuk.
Adrian mengambil telefonnya dan menghubungi seseorang. "Im, tolong aku detect location Daniel. Mana aku nak tahu jantan tu kat mana kalau Ian tak bagi apa-apa petunjuk."
Fahim menggumam. Telefon diletakkan. Tidak sampai beberapa minit, telefon Adrian berbunyi lagi tanda ada pesanan masuk. Pesanan dari Fahim dibuka. Location yang keberadaan Daniel sudah dihantar oleh Fahim.
![](https://img.wattpad.com/cover/356100606-288-k879585.jpg)
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
LosoweAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...