AKHIRNYA misi mereka selasai selepas 5 jam mereka bertarung. Mereka hanya cedera ringan sahaja dan kembali ke markas masing-masing.
Semasa perjalanan pulang, Elyssa banyak termemenung.
"Did we know each other?" tanya Ian Darren terhadap Elyssa. Elyssa melihatnya seperti ingin menelannya.
"Huh? Pardon?" persoalan dibalas dengan soalan.
"You look at me, like we used to know each other. So I asked, do we know each other?"
"No. Sorry." Elyssa menggelengkan kepalanya. Tapi dia yakin lelaki ini lelaki yang hantar dia balik pada petang itu. Pelanduk dua serupakah?
Tapi melihat dari gaya lelaki itu, membuatkan hatinya tertanya. Lelaki itu berpura tidak kenalnya, atau lelaki itu betul-betul tidak kenal dia. Tapi perwatakan mereka sangat berbeza dengan lelaki yang tidak tahu namanya itu.
Lelaki itu seorang yang periang. Murah dengan senyuman. Suka mengenakan dia. Tapi lelaki dihadapannya ini seorang lelaki yang dingin. Beku seperti ais. Tegas. Matanya tajam menikam orang.
Ian hanya mengangguk. "If you say so. Alright."
Anne melihat Elyssa termenung seperti mempunyai masalah. Beratkah masalah yang dihadapi ileh Elyssa? Kebiasaannya apabila dia bergaduh dengan keluarganya, tiada pulak Elyssa termenung seperti ini.
"Elyssa!" tegur Anne.
"Hah? Kenapa?" Elyssa menggelabah dan melihat kiri kanan sekiranya ada musuh mengikuti dia.
"Banyak kali aku panggil kau, kau tak dengar ke? Kau fikir apa?" Anne melihat Elyssa. Dia sangat mengambil berat terhadap Elyssa hanya kerana Elyssa tiada siapa selain dia. Dia berharap persahabatan mereka berdua kekal.
"Kau okay ke El?" Midas perasan sejak balik dari misi tadi, Elyssa seperti hilang fokus. Banyak termenung. Mata Elyssa bukan seperti mata yang kedinginan dan pandangan kosong. Tapi seperti ingin mengatakan sesuatu.
"Aku okay. Jangan risau. Cepat sikit bawak kereta. Aku penat. Aku nak rehat," Elyssa cuba meyakinkan kawan mereka.
Mereka hanya mengangguk mempercayai kata-kata Elyssa sebentar tadi.
Elyssa membuang pandangan ketepi tingkap. Sampai bila dia perlu rahsiakan dirinya sedang terlibat dengan Virtuosos dari ahli keluarga. Sampai bila keluarga mereka akan memaafkan dirinya kerana insiden yang lalu.
☘☘☘
"Kau tak balik ke Elyssa?" tanya Alex. Dia melihat Elyssa hanya diam dia bilik mesyuarat mereka sedangkan kawan mereka yang lain sedang bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing.
"Nope. I stay here. Lagipun, aku ada kelas pagi nanti. Nanti aku pergi terus je," balas Elyssa.
"Kalau macam tu, aku pergi dulu. Take care of yourself," Alex memandang Elyssa dengan penuh perhatian.
Elyssa sekadar mengangguk.
Dia sebenarnya bukan tanak balik, kalau boleh dia nak balik. Tapi bila difikirkan, lebih baik dia duduk sini sementara tunggu kelas pagi nanti. Kalau balik sekarang lepastu dalam dua tiga jam dia keluar rumah lagi, mesti bising mummy daddy nanti. Lepastu jatuh lah fitnah-fitnah ke atas dia. Daripada dia tambah dosa lawan cakap mummy daddy lebih baik dia stay kat sini je.
"Aku nak buat apa je ni? Bosan pulak sorang diri kat sini," Elyssa bercakap dengan diri sendir. Dia melihat kiri kanannya, mana tahu dia dapat idea untuk buat sesuatu daripada dia mati kebosanan.
"Keluar jelah. Ambil angin kat luar lagi bagus daripada aku terperuk dalam bilik meeting sorang diri. Mana tahu ada coklat bungkus takpun penanggal," Elyssa melihat sekeliling. Tetiba dia rasa seram pulak lepas dia mengatakan itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...
