32

11.8K 588 12
                                    

IAN terjaga dari tidur apabila terdengar laungan azan subuh. Dia terasa ada beban yang berat berada di atas dadanya. Rupanya Elyssa sedang tidur berlapikkan dada Ian. Rambut yang menutupi muka Elyssa dialihkan ke tepi lalu sebuah kucupan hinggap di kelopak mata Elyssa.

Ian mengeluh. Pipi Elyssa dibelai. Kenapa isterinya diuji sampai di tahap ini. Dia jatuh kasihan terhadap isterinya. Fikirnya, Elyssa memang sejenis yang sombong dan dingin dengan orang sepanjang masa. Rupanya semua itu bersebab.

Ian mengukir senyum apabila wajah isterinya mengerut seperti ada yang mengganggu lenanya. Cepat-cepat Ian mengalihkan tangannya dari wajah Elyssa dan berpura-pura tidur.

Elyssa membuka mata dan terasa bantal alas kepala begitu keras. Dia memandang ke sebelah, rupa-rupanya dia tidur di atas dada bidang milik suaminya. Elyssa cuba bangun tapi tangan Ian laju memeluk pinggang dan memperkemaskan pelukan.

Elyssa merenung muka suaminya. "Terima kasih sudi jadi suami saya walaupun awak tahu saya benci awak. Saya tak sempurna macam wanita kat luar sana. Saya hanya seorang Elyssa Hayyes yang tiada apa-apa. Yang kekurangan kasih sayang dari orang sekeliling. Yang tiada hala tuju. Saya minta maaf sebab tak dapat lakukan tanggungjawab saya sebagai isteri. Saya cuba buka hati saya untuk awak sejak lafaz di akad. Tapi hati saya masih tak boleh nak terima kewujudan awak sebagai suami saya. I hate you, Ian Darren."

"But I love you."

Elyssa yang mendengar suara serak basah Ian sudahpun membulatkan matanya. Air liur ditelan.

"A... Awak dengar?" tanya Elyssa.

Ian mengangguk.

"Abang kahwin dengan sayang sebab abang memang ikhlas cintakan sayang. Abang tak kisah langsung asal-usul sayang. Abang kahwin dengan sayang bukan sebab nak tuntut tanggungjawab abang sebagai suami. Abang tak pernah kisah pun. Kalau sayang tak sedia, takpe. Take your time. Sikit pun abang tak terasa. Kalau sayang taknak ada anak, abang tak kisah. Tapi satu aje abang mintak. Jangan suruh abang ceraikan sayang."

"Saya banyak menyusahkan awak kan? Tak sampai satu hari lagi kita kahwin dah banyak saya menyusahkan awak." Elyssa bermain dengan jarinya.

"Kalau bukan sayang selalu nak menyusahkan abang, siapa lagi nak menyusahkan abang lepasni? Jadi teruskan menyusahkan abang. Abang suka." Ian tersenyum. Tak susah pun nak cairkan hati isterinya. Kalau kena dengan caranya, lembut lah Elyssa. Kalau tak, keluar lah singa.

Elyssa menjongket kening.

"Jom solat. Kita dah lambat. Lepas sarapan kita balik rumah mama dulu ye?" Ian bangun lalu melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

☘☘☘

ELYSSA meletakkan kepalanya di atas meja yang tersedia di dalam biliknya sambil memegang perut. Lapar. Mungkin sebab kepenatan menangis semalam, pagi ni perutnya meminta makanan.

"Lapar?" tanya Ian Darren.

Elyssa mengangguk. Dia jarang makan pagi. Kalau dia lapar, dia akan bersarapan di luar. Tapi sekarang, takkan nak ajak suami dia breakfast kat luar macam dia selalu buat. Nak masak, dia tak pandai.

Ian Darren terus menarik tangan Elyssa untuk mengekorinya ke dapur. Elyssa hanya ikut tanpa membantah. Sampai sahaja di dapur, Ian mengeluarkan beberapa barang masakan.

"Ada yang ini saja." Dia menunjukkan barang-barang yang ada di dapur rumah Elyssa. "Pancake boleh?" tanya Ian. Mana tahu Elyssa sejenis tak makan pancake.

"Awak pandai masak?" tanya Elyssa ragu-ragu.

"Berry rasa?" Ian menoleh ke arah isterinya.

Elyssa melihat Ian dari atas sampai bawah dan menggelengkan kepalanya. "Takkan lah. Awak pandai bunuh orang aje."

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now