40

11.9K 509 23
                                    

HARI ini merupakan hari misi terbesar untuk Fire Eagle dan Visionaries. Mereka perlu take down satu kelab malam yang memaksa ramai wanita untuk menjadi makanan kepada pelanggan mereka. Kelab malam itu merupakan kelab yang menawarkan violance sex also known as bdsm.

Kebanyakkan mangsa terdiri daripada gadis yang berusia 21 tahun hingga 30 tahun yang masih bujang. Ada diantara mereka yang telah dipaksa untuk melakukan service ini kerana mereka merupakan mangsa daripada pemerdangan manusia. Mereka dipaksa untuk menjadi hamba seks kepada pelanggan mereka tidak mengira usia.

Selepas isyak, Elyssa dan Ian sudah bersiap dengan pakaian serba hitam. Elyssa memakai hoodie ubtuk menutup kepalanya manakala Ian memakai topi hitam. Pistol di ambil lalu disisip di belakang seluar. Selepas puas dengan penampilan masing-masing, mereka melangkah keluar ke arah kereta masing-masing.

Laju tangan Elyssa menekan punat pada kunci kereta, Ian terus berpaling. "Oii, naik kereta ini lah." Ian menunjukkan Mclaren nya. Kereta itu memang khas untuk misi.

Elyssa memadang Ian. "Taknak! Saya nak naik kereta saya," bentak Elyssa. Selepas kahwin dengan Ian, jarang sekali dia naik mini cooper nya. Rasa macam dah lama blacky dia tersadar di kondo milik Ian.

"My berry sayang abang, kita pergi tempat yang sama. Apa salahnya naik sekali?" Mereka perlu berkumpul di markas milik Fire Eagle dulu sebelum mereka ke destinasi yang dituju.

"My abang intan payung, kawan awak saja yang tahu kita dah kahwin. Team saya takde siapa yang tahu. Kalau kita pergi sama-sama nanti kantoi lah!" Dia tidak sedia lagi untuk memberitahu teamnya.

Ian tersenyum manis bila isterinya memanggil 'abang'. "Cuba sayang sebut balik," arah Ian.

"Yang mana?" tanya Elyssa. Banyak dia sebut tadi.

"Yang first sekali."

"My?"

"Bukan. Yang lepas tu."

"Intan?"

"Bukan. Sebelum yang itu."

Elyssa tersenyum sinis. Dia faham suaminya maksudkan yang mana. Tapi saja dia taknak sebut. Limited okay. "Takde ulangan. Kita dah lambat. Saya nak pergi dulu." Elyssa membuka pintu keretanya untuk masuk.

Ian daripada tersenyum manis tadi terus hilang senyuman dari wajahnya. Pintu kereta Elyssa di tahan." Naik kereta abang." Kunci kereta Elyssa dirampas dan tangan Elyssa ditarik untuk masuk ke dalam keretanya.

Elyssa mendengus kasar. "Awak ni kan, suka paksa-paksa saya tau. Kan saya dah cakap saya nak pergi sendiri." Elyssa menghentak kakinya. Badannya cuba dikeraskan supaya Ian tidak boleh menariknya.

"Tak boleh. Abang mana boleh berjauhan dengan sayang," ujar Ian. Badan Elyssa ditolak untuk masuk ke dalam perut keretanya.

"Mengada betul pakcik tua ni. Sebelum kahwin elok aje berjauhan. Tak mati pun," bebel Elyssa. Geram betul dengan perangai suaminya. Macam tak cukup kasih sayang.

"Ehem, mengata abang nampak."

"Baguslah kalau dengar," kata Elyssa selamba. Memang sengaja nak suruh suaminya dengar pun.

Ian yang mendengar, ketap gigi. Geram bila Elyssa suka menjawab, dia meletakkan tangan di pelipat lutut dan sebelah tangannya lagi diletakkan dia bahagian belakang ubuh isterinya lalu mengangkat Elyssa dan di hempas isterinya ke dalam kereta miliknya.

"Auch... You hurt me!"

"Padan muka. Menjawab lagi." Pintu kereta di tutup dengan kuat dan terus masuk ke sebelah pemandu.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now