5

12.3K 508 3
                                    

Mereka siap sedia diri mereka dan membawa beberapa senjata api yang perlu digunakan. Tepat jam 12 mereka ke destinasi untuk menyelamatkan tebusan. Kalini mereka mesti berjaya kerana adanya Elyssa the brain of Visionaries.

"Midas dan Zafir dah intip musuh dan jumlah musuh didalam hutan dalam 10 orang, mereka semua menggunakan senjata Glock 17," terang Shawn.

"Mereka hanya berada di markas. Tujuh orang diluar dan tiga orang didalam," jawab Anne.

"Alex, Anne, Zafir dan Shawn korang urus bahagian luar. Aku dan Midas urus bahagian dalam." Elyssa mula membahagikan mereka ke dua kumpulan.

6 lawan 10. Benda biasa bagi mereka. Mereka dah pernah lawan jumlah yang lagi besar daripada itu. Seramai mana pun pihak musuh, hanya satu team sahaja yang akan dihantar oleh Virtuosos.

"Pastikan tebusan dalam keadaan selamat." Elyssa dan Midas bersembunyi di sebalik pokok untuk memastikan mereka dapat masuk tanpa disedari oleh orang diluar. Isyarat mata diberikan oleh kepada Alex untuk menyerang musuh.

Elyssa dan Midas menyelinap di balik siling bilik itu. Ada 5 tebusan iaitu budak dalam usia 6 hingga 8 tahun. Midas meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Memberi isyarat supaya budak itu jangan bising.

Mereka hanya angguk dan ketakutan. Midas pandang pintu bilik yang masih tertutup. Haraplah mereka tidak masuk di bilik ini. Midas sedang berusaha untuk turun dari tempatnya dengan penuh hati-hati. Tanpa mengeluarkan bunyi. Seterusnya giliran Elyssa mendarat dengan selamat.

"Kau hati-hati, kau selamatkan budak-budak. Aku kedepan untuk alih perhatian mereka." Midas mengganguk tanda faham.

Elyssa ke pintu bilik yang meletakkan tebusan itu. Dia keluar daripada pintu itu untuk mengalih perhatian penculik itu. Mereka menculik budak kerana 5 orang kanak-kanak itu telah melihat mereka ketika mereka sedang menyeludup senjata api.

"Kau siapa?" tanya salah seorang penjahat itu.

"Errr...Hai?" Elyssa garu kepalanya. Terkantoi pulak.

Senjata dihalakan oleh Elyssa.

Bang!

Tembakan dilepaskan oleh Shawn apabila lelaki itu mahu menembak Elyssa.

"Kau tembak dia, kau mati," kata ketua mereka sambil menghala pistol ke arah Shawn.

Elyssa hanya mengangkat bahu.

"Kau tak boleh bunuh kitorang! Selagi budak- budak itu dalam tangan aku," bentak lelaki itu.

Elyssa mengerling matanya tanda menyampah, dia tergelak sinis.

"Poor you. Tinggal kau sorang je belum mati. Budak-budak tu dah diselamatkan." Tanpa menunggu lama Elyssa mengeluarkan pistolnya dan menembak tepat dibahagian jantung lelaki itu.

"We're done here! Let's go home!" ujar Shawn melalui alat pendengar.


☘☘☘


"Subuh macam ni kau baru pandai balik Elyssa," marah Dato Malek.

Elyssa hanya memekakkan telinga dan ingin berlalu ke atas.

"Aku tak pernah ajar kau kurang ajar macam ni kat bapak kau sendiri Elyssa!"

"Apa lagi daddy? Tak penat ke hari-hari nak marah El? El yang dengar ni penat tau," balas Elyssa.

Mata daddy dia pandang dan langsung tidak mengalihkan pandangan. Sumpah dia penat dengan kelakuan daddy. 

Dia tak tipu... Dia penat. Salah dirinya kerana tidak pernah bagitahu pada keluarga yang dia menyertai Virtuosos. Tapi sedikit pun tidak pernah terdetik pada hatinya untuk memberi tahu pekerjaan yang dia lakukan selama 7 tahun itu.

"Daddy nak apa lagi? Apa salah El kalini pula sampai daddy nak marah El?" Tolonglah, daddy. 

"Aku tanya, kau dari mana waktu subuh macam ni baru pandai balik?" sergah daddy lagi.

Daddy merenung tajam matanya. El juga tak kalah. Dia bukan anak tiri yang selalu diketepikan oleh keluarga.

"Kenapa Daddy sibuk nak tahu? Selama ni El balik lewat daddy mana pernah nak kisah. El balik lambat salah, El balik awal salah. Tak fahamlah!"

"Sebab kau makin lama makin biadap dengan aku, Elyssa. Aku diam-diam, tapi makin naik kepala kau," jawab Dato Malek berang.

"Kenapa El? Kenapa bukan Rose atau Arshad?" Elyssa pejam matanya. Dia tak tahu apa salah dia dilayan begini setiap hari.

"El ni anak daddy dan mummy. Bukan anak orang lain."

"Sebab kamu anak daddy lah, daddy kenal perangai kamu. Keluar rumah sesuka hati. Balik rumah lewat pagi. Pergi keluar dengan jantan. Kau takde maruah ke Elyssa?!"

Dia terus berlalu ke atas. Sampai hati daddy tuduh dia macam tu. Kemanakah pengertian dan kasih sayang seorang ayah terhadap dirinya.

Butakah mereka bahawa anaknya ini memerlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Butakah mereka bahawa anaknya ini terseksa dengan sikap mereka. Butakah mereka bahawa dia juga merupakan anak kandung mummy dan daddy. Salahkah dia dilahirkan didunia ini. 

"Abang kenapa pagi-pagi macam ni dah marah?" tegur Datin Farida terhadap suaminya. Dia dengar suara suaminya menengking anaknya. Tidak lain tidak bukan. Elyssa Hayyes. Hanya Elyssa Hayyes sahaja yang berani melawan mereka, yang mampu membangkitkan kemarahan mereka.

"Anak awak tu, subuh baru jumpa jalan balik. Selagi tak subuh, tak nampak jalan balik. Keluar dengan jantan mana entah dengan baju yang menjolok mata. Tak paham saya." Keluh Dato Malek.

Kebetulan Arshad Hayyan baru keluar dari biliknya mendengar keluhan daddy. Dia tahu kak El tak bersalah. Dari dia kecik sampai dah besar, dia selalu nampak mummy dan daddy marah kak El. Tapi itu bukan salah kakaknya. Dia menapak ke arah daddy dan mummy.

"Betul ke kak El keluar dengan jantan? Daddy ada tanya dia ke?" tanya Arshad. Dia tak betah asyik melihat dan mendengar daddy berkata perkara buruk terhadap kakaknya. Dia tidak rapat dengan Elyssa, tapi dia faham perasaan Elyssa bila ibu bapa sendiri menghina dan mencaci anak.

"Apa yang tak betulnya. Semalam Rose nampak jantan mana entah hantar Elyssa balik," jawab Rose yang baru turun itu.

Inilah Arshad tidak suka dengan Rose. Suka mengadu dekat daddy dan mummy. Muka nampak suci habis. Tapi, pakaian tidak kena dengan keperibadian. Jauh sekali dengan kak El. Walaupun kak El pakaiannya selalu menjolok mata, tapi hatinya baik.

"Entah-entah kawan kak El. Tak baik tau kak Rose tuduh macam tu. Nanti mendatangkan fitnah," jawab Arshad seolah membela Elyssa.

"Kakak kamu memang macam tu dari dulu Arshad. Tak payah nak membela sangat si Elyssa tu. Makin besar makin liar," ujar Datin Farida dan dia terus berlalu ke dapur untuk membuat sarapan.

Arshad diam. Tiga lawan satu. Memang kalah dia. 

tbc...

Jangan lupa vote :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now