46

11.8K 564 45
                                        

HAYDER dan Hana berjalan seiringan masuk ke dalam dewan. Mereka berdua berpegangan tangan dan tersenyum manis. Para tetamu dan juga photographer tak lupa mengambil gambar dan video untuk moments sebegini.

Elyssa tersenyum dengan penuh gembira bila melihat Hayder dan Hana bagai pinang dibelah dua di hari perkahwinan mereka. Teringat pula dia semasa perkenalannya dengan Hayder di London. Kalau bukan disebabkan Hayder pernah meminta bantuan dengan Virtuosos, mungkin dia takkan jumpa keluarga yang boleh memahami dirinya.

Setelah selesainya majlis perkahwinan Hayder dan Hana, Ian dan Elyssa berjalan melangkah ke arah pasangan itu. "Congratulations abang Hayder dan kak Hana!" ujar Elyssa dan memeluk Hana dan Hayder.

"Terima kasih, El. Terima kasih juga sudi datang majlis kami," balas Hana tersenyum manis.

"Of course El datang. Kakak dan abang El yang kahwin kan."

"Thank you, baby! Ini ke suami baby? Mana baby kutip?" gurau Hayder. Dia memandang Ian seimbas. Macam pernah lihat muka suami Elyssa.

"Haah. El kutip tepi jalan haritu. Sebab dia suka langgar kereta El," balas El dengan gurauan.

Ian menjeling manja melihat isterinya. Hayder menghulur tangan untuk bersalam. Ian menyambut salam. "Congrats, bro!"

Hayder mengangguk. "Thank you. If I'm not mistaken, are you Ian? Yang kita jumpa dekat mall dua minggu lepas?"

Ian tersenyum dan mengangguk. "I am."

"Aku minta maaf haritu Elyssa mengaku yang aku suami dia," ujar Hayder. Nampak wajah kecewa Ian bila Elyssa mengaku yang dia suami Elyssa.

"Takpe. Aku tak ambil hati. Lagipun sekarang dia dah jadi milik aku."

"Tolong jaga Elyssa macam nyawa kau. Aku dah kahwin sekarang. Aku dah tak boleh selalu ada dengan dia. Aku tahu korang kahwin pun bersebab kan? Elyssa ada cerita kat aku. Tapi aku boleh nampak kat mata kau, yang kau betul-betul sayangkan Elyssa. Bahagiakan dia. Jangan bagi dia sakit lagi. Aku dah tak sanggup nak tengok dia menangis disebabkan keluarga dia," panjang Hayder meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai Elyssa.

Mereka berdua memandang Elyssa yang sedang bergelak ketawa dengan Hana. "Kalau kau tak suruh pun, aku akan jaga dia macam nyawa aku. Dia je satu-satunya perempuan yang mampu buka pintu hati aku. Jangan risau. Kau boleh percayakan aku," balas Ian dan menepuk bahu Hayder dengan perlahan.

"Aku yakin Elyssa sebenarnya dah buka pintu hati dia untuk kau. Mungkin belum masanya lagi dia untuk luahkan perasaan. Aku kenal dia. Dia takkan semudah itu terima kau untuk jadi suami dia."

Mendengarkan kata-kata Hayder, riak wajah Ian berubah tenang dan lega. Mereka berdua melangkah menuju ke meja khas bagi pihak keluarga Hayder.

"Sayang, jom balik. Dah lewat ni. Nanti nak pergi rumah papa." Ian mengajak isterinya yang sedang rancak berbual dengan Hana dan Puan Emma.

"Alaaa nanti sikit lah kita balik. El tak puas lagi nak borak dengan bonda dan kak Hana," balas El dengan muka yang tak puas hati.

Ian sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengerling sekilas ke arah jam di tangannya. Dia melabuhkan punggung di sebelah Elyssa sambil menikmati dessert yang terhidang di atas meja itu.

Ian menyeluk tangan di dalam poket seluar sebaik sahaja telefonnya berbunyi menandakan notification masuk. Telefon dibuka dan notification ditekan.

Fahim

-Aku dah hack telefon bini kau. Aku tak tahu aku patut bagitahu kau ke tak. Dia selalu dapat mesej dari unknown number. Semua mesej tu berbaur ugutan.

HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang