48

11.4K 564 20
                                        

IAN tersenyum gembira apabila isterinya sudah mula menyatakan perasaannya terhadap dirinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dia dan menantikan saat ini. Sebenarnya Elyssa tidak mahu meluahkan perasaannya terhadap Ian. Tapi, dia takut jika dia pergi dulu sebelum dapat meluahkan perasaan.

Lebih baik dia meluahkan sebelum menyesal di kemudian hari. Dia perlu lahirkan zuriat Ian. Sekurangnya jika dia pergi dulu, Ian ada peneman yang akan bersama dengannya.

"Berry, jom mandi. Lepastu, kita buat pahala," bisik Ian di telinga isterinya. Dia tersenyum nakal lalu telinga isterinya di gigit. Tshirt yang dipakai tadi di tanggalkan dan diletakkan di tepi katil.

Elyssa yang masih di riba suaminya cuba bangun untuk melarikan diri daripada Ian. Cekap dan pantas Ian menghalang Elyssa dari bangun di ribanya. Membahan muka Elyssa dengan perangai tak senonoh suaminya itu.

"Awak siang lagi ni," ujar Elyssa. Tak pernah terlintas di akal dia dengan perangai tak senonoh Ian.

"Sekejap." Ian meletakkan tubuh Elyssa di atas katil. Dia bangun pergi ke arah balkoni lalu pintu balkoni dan langsir ditutup.

"Goodnight, besitos. Hari dah malam," ujar Ian dengan nada yang lembut dan sensual. Kakinya perlahan-lahan berjalan mendekati Elyssa yang berada di katil. Seraut wajahnya semakin nakal sambil mata menatap setiap inci tubuh Elyssa yang masih berpakaian.

Elyssa menelan air liur. Kelat. Matanya melihat bilik air yang jarak tidak jauh dari dirinya. Mungkin sempat kalau dia berlari masuk ke bilik air sebelum Ian datang dekat dengan dirinya.

Semakin dekat Ian, semakin gelabah dirinya. Tshirt Ian yang diletakkan di tepi katil tadi, Elyssa ambil dan baling ke arah Ian. Dia berlari menuju ke bilik air. Belum sempat dia tutup pintu, ada satu tangan yang menghalang.

"Awak, jangan lah!" jerit Elyssa.

Ian sudah gelak terbahak-bahak. Seronok dia menyakat isterinya. "Bagilah abang masuk sekali."

"Tak nak!!!"

"Jangan lah jerit kuat sangat sayang, nanti mama papa fikir kita buat yang bukan-bukan nanti. Tapi abang tak kisah pun." Terukir lagi senyuman nakal. Kali ini dengan lebih nakal. Pintu bilik air ditolak kasar oleh Ian Darren. Laju Ian melangkah masuk ke dalam bilik air dan pintu dikunci.

"Ian Darren!!! I hate you damn much!" jerit Elyssa sekuat hati.

Ian ketawa kuat. Suka betul dia mengusik isterinya.

Mencuka masam muka Elyssa bila keluar dari bilik air. Habis lehernya penuh dengan tanda yang dibuat oleh Ian Darren. Muka dingin, tapi perangai tak semenggah betul bila dengan isterinya.

Dia membelek-belek lehernya yang putih. "Darren! Look what you've done?" Tanda merah itu digosok berkali-kali di leher supaya hilang. Tapi makin menjadi pulak tanda itu.

"Itu tandanya berry milik abang," jawab Ian selamba. Sesekali bibirnya tersenyum sinis dengan perbuatan Elyssa yang tak habis-habis menggosok lehernya.

"Abang cakap nanti papa nak jumpa kita. Macam mana El nak turun kalau macam ini jadinya?" Muka tak puas hati ditayangkan.

"Takpe. Papa faham lah tu," jawab Ian.

"Eh sekejap! Sayang panggil abang apa tadi?" tanya Ian teruja. Dia tak salah dengar kan?

"Abang?"

Makin lebar senyuman dia hari ini. Peristiwa mereka hampir hilang nyawa tadi terus lenyap begitu sahaja di kepala Ian. Dia bahagia hari ini.

"Teruskan panggil macam tu. Abang suka dengar. Bila keluar dari mulut sayang, ya Allah sedapnya." Manis sungguh mulut Ian apabila berkata-kata.

"Darren, kalau macam ni perangai awak. Saya rasa baik saya tak payah bagitahu awak. Gatal tak kena tempat."

HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang