55

9.8K 456 37
                                    

SETELAH lama mereka berborak dan macam-macam topik dibuka. Akhirnya, kelibat Elyssa keluar dari lift kelihatan. Elyssa memerhati dari jauh perempuan yang sedang bercakap dengan suaminya itu. Dia pasti itu kakaknya, Dahlia Rose. Dia mengambil nafas sebelum bertemu muka dengan Rose.

"Ian..." panggil Rose dengan nada manja. Perut yang kempis itu diusap.

Ian menjongketkan kening.

"You dah makan?" tanya Rose.

"Belum. Kenapa?"

"I teringin sangat nak makan..." belum sempat Rose menghabiskan ayatnya.

"Makan penampar? Jangan jadi perempuan bodoh sibuk goda suami orang. Diri tu dah tak laku sangat ke?" cantas Elyssa laju.

Dia perhati aje perangai gedik Rose tu bila dengan suaminya. Ian pula sibuk melayan. Tak kena tempat betul. Ada juga nanti dua-dua peluru atas dahi. Geram!

"Kau kenapa kurang ajar sangat dengan aku, Elyssa? Aku ni kakak kau." Dia berpura-pura sedih dihadapan Ian. Biar Ian hanya nampak sisi baiknya sahaja.

Elyssa senyum sinis. Ian hanya memerhati sahaja dua beradik itu bertekak. Langsung dia tak mencelah. Walaupun dia tak pernah nampak sisi jahat Rose. Tapi dia percayakan isteri dia. Arshad sudah ceritakan segalanya mengenai keluarga mereka terhadap dia.

"Aku? Kurang ajar? Kau tu dah buang tabiat ke cakap lemah lembut macam tu dengan aku? Biasanya suara kau lantang kalau bercakap dengan aku. Ini bukan Rose yang aku kenal."

Rose mengetap rahang. Berani betul Elyssa merendahkan diri dia dihadapan Ian. Air mata palsu diseka dengan hujung jari.

"Kau kenapa Elyssa? Memang aku selalu cakap macam ni dengan kau kan?" lembut suara itu bercakap.

Elyssa menggulingkan matanya. Menyampah betul bila tengok perempuan bertopengkan syaitan ni. Depan Ian Darren bukan main lagi, pijak semut tak mati.

Tangan Rose ditarik untuk keluar dari hotel itu. Kalau dia bertekak di dalam ni, apa pula pandangan pekerja terhadap dia.

"Aku tak kisah tau, kalau kau datang sini sebab kerja. Tapi, perangai gedik kau tu tolong simpan sikit. Perempuan bertudung tapi sibuk goda suami aku," ujar Elyssa keras.

"Kau jangan kurang ajar dengan aku, Elyssa! Lelaki yang kau kahwin tu, boyfriend aku!" bentak Rose. Kaki dihentak dan bunyi kasut tumit tinggi itu kedengaran bingit.

"Yakin aje kau Ian tu boyfriend kau. Entah dia pun tak mengaku kau tu girlfriend dia," bidas Elyssa. Macam dia tak tahu yang Rose bertepuk sebelah tangan.

Dia melihat Rose dari atas sampai ke bawah. Dia rasa ada perubahan dengan Rose. Perut Rose yang kempis itu dipandang. Tapi dengan cepat Rose menutup perutnya dengan beg yang berada di tangannya.

"Kau mengandung ke Rose?" tanya Elyssa dengan kedua-dua matanya dikecilkan.

"Apa maksud kau?"

"Kau jangan macam-macam Rose! Kalau daddy tahu, kau rasa dia akan duduk diam diri ke?"

"Aku tak mengandung lah! Kau ingat aku macam kau ke Elyssa? Pergi kelab malam keluar dengan jantan! Maruah pun tak terjaga. Entah entah suami kau dapat yang secondhand."

Penumbuk kecilnya digenggam erat, tunggu masa saja penumbuk itu melayang ke wajah Rose. Rahang Elyssa bergerak-gerak menandakan tahap kesabarannya makin menipis.

"Kau jangan cari pasal dengan aku, Rose! Aku ni kalau dah hilang sabar, aku tak kiralah. Arshad ke mummy ke daddy ke? Dengan kau, aku boleh cincang-cincang sampai mati! Kau jangan buat aku hilang sabar, Dahlia Rose!" keras suara itu.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now