18

10.7K 498 7
                                    

HANA melihat Elyssa yang bergelak sakan. Habis membazir air mata menangis tadi. Mati-mati dia ingat Hayder tipu. Rupanya Elyssa saja nak mengenakan dia. Dia pun lupa Hayder pernah cerita yang dia ada adik angkat. Tapi tak sangka harini dia terserempak dengan Elyssa. Niatnya datang ke sini sebab Puan Emma ada bagitahu yang Hayder balik dari London hari ini.

"El minta maaf akak. Kesian akak menangis sebab El. Takpe, nanti suruh abang Hayder pujuk. El tak pandai pujuk." Elyssa menayang sengih.

"Takpe. Kak hana tak ambil hati pun. Masatu juga akak lupa kewujudan El. Padahal Hayder pernah cerita yang dia ada adik angkat." Hana berkata sambil mengusap tangan Elyssa. Sungguh dia tak ambil hati.

"Nanti kalau jumpa boyfriend baby, abang nak buat juga macam tadi," ugut Hayder. Nak pecah jantungnya tadi melihat air mata tunangnya mengalir. Tak pernah Hayder membuat tunangnya mengalir air mata walaupun setitis.

"Buatlah. El takde boyfriend. El tanak kahwin," riak wajar Elyssa bertukar mendung. Tapi dia cuba kawal sebaik mungkin.

Hana memandang Hayder selepas melihat air muka Elyssa berubah. Hayder hanya mengangkat bahu tanda dia pun tak tahu.

"Boleh akak tanya kenapa El taknak kahwin?" Berhati-hati Hana menutur soalan itu, takut jika soalannya membuatkan Elyssa tidak selesa.

"Takde apa. Bila majlis? Elyssa nak pergi ikut beli barang juga!" Elyssa cuba mengubah topik. Taknak lah dia menceritakan kisah dia. Dia datang sini, nak gembira bukan sedih.

Puan Emma dan Tuan Robert yang memerhati tingkah mereka tadi memandang antara satu sama lain. Mereka faham kenapa Elyssa taknak berkahwin. "Bonda dan ayah naik dulu lah. Ada benda kami nak bereskan. Kamu bertiga borak lah ye. Jangan bergaduh sudah." Mereka berdua berlalu meninggalkan tiga orang itu.

"Lagi dua bulan. Banyak lagi persiapan tak beli. Nanti Elyssa ikut kak Hana tau. Akak tak tahu sangat taste Hayder," kata Hana selepas berlalunya Puan Emma dan Tuan Robert.

Elyssa mengangguk. Telefon yang berada di handbag berbunyi menandakan ada panggilan masuk. "Sekejap. El nak angkat call."

Dia mengambil telefon tadi dan icon hijau ditekan. "Kan aku dah cakap jangan ganggu hari cuti aku," dengus Elyssa.

"Yela. Yela. Aku datang sekarang."

Hayder dan Hana yang hanya mendengar perbualan Elyssa tadi bertanya, "kenapa?"

"El kena pergi company. Dorang cakap ada meeting," kata Elyssa kepada Hayder. Dia yakin Hayder faham.

"Pergi lah. Hati-hati. Nanti abang bagitahu kat bonda dan ayah." Hayder bangun dan memeluk Elyssa. Sempat dia berbisik sesuatu "Jangan cederakan diri sendiri. Abang ada baby sorang aje tau. Jaga diri. Jangan terlampau ikut emosi."

Elyssa beralih ke Hana. "El pergi dulu tau kak. Kalau abang buli akak. Bagitahu je El, tahu lah El nak buat macam mana." Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Tangannya melambai ke arah Hayder dan Hana. Kakinya menuju ke kereta yang di parking oleh Hayder tadi. Kunci ditekan dan dia membolos masuk ke dalam kereta. Setelah itu, keretanya laju meninggalkan perkarangan rumah Hayder.

Kereta di bawa selaju yang mungkin. Kata mereka misi kali ini penting, jadi dia kena cepat untuk bertindak. Perjalanan mengambil masa yang agak lama dari rumah Hayder.

Sampai sahaja di Virtuosos, Elyssa laju berjalan menuju ke bilik mereka. Buka sahaja pintu terpancul muka Fire Eagle. Dia cuba melihat papan nama yang tertera di pintu 'Visionaries'. Tapi kenapa muka Fire Eagle yang ada dalam bilik mereka?

"Tak payah tengok sangat. Masuk!" dingin Ian bersuara.

Elyssa melangkah masuk. Tapi kenapa semua Fire Eagle. Mana kawan dia.

"Cari kawan kau ke?" Rayyan bersuara selepas melihat Elyssa seperti cari seseorang.

Elyssa mengangguk. "Takde. Dorang pergi berlatih," jawab Rayyan sepatah.

"Berlatih? Dorang cakap ada misi." Bukan ke tadi Alex call dia kata ada misi. Sebabtu dia terpacak kat sini walaupun harini hari dia cuti.

"Kau Adrian dan Ayden? Tak pandai pandai ke nak blah dari bilik ni? Bukan ke aku suruh korang ajar diorang ke tadi?" Rayyan bersuara. Nampak macam takde kerja sangat dua ketul tu. Sibuk nak dengar perbualan orang.

"Alahh Rayyan. Kami berdua pun Fire Eagle juga. Apa salahnya nak dengar perbualan korang." Ayden memuncungkan mulutnya.

"Betul. Sampai hati dia nak buang kita. Sakitnya hati ini." Jari telunjuk Adrian dituju ke dada.

"Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku, sakitnya tuh di sini pas kena hatiku." Lagu dari Cita Citata dinyanyikan oleh Ayden.

"Salah lirik bodoh! Tak tahu lirik jangan nyanyi. Rosak lagu." Adrian menunjal kepala Ayden. "Macam ni laaa. Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku, sakitnya tuh di sini kau menduakan aku."

"Kau pun salah babi sial anak hutan!"

Bermula perang mulut antara Ayden dan Adrian. Siapa yang betul siapa yang salah. Ian dan Rayyan meraut wajah dengan kedua tapak tangan. Macam mana dua beruk ni terlepas masuk dalam Fire Eagle.

"Diam!!! Sebelum aku tembak dua dua baik kau blah!" jerit Rayyan yang cuba bersabar dengan perangai dua beruk ini.

"Sikit sikit marah, sikit sikit marah." Ayden berkata perlahan takut didengari oleh Rayyan.

"Aku dengar Ayden Farid!" jerkah Rayyan. Terus mereka berdua pecut lari keluar dari bilik.

Elyssa yang dari tadi memerhati terhibur dengan telatah Ayden dan Adrian. Kalau ada seorang yang berperangai macam dua orang ni. Mesti bahagia hidup dia. Tiada lah kehidupan dia terlampau pahit mengalahkan kopi.

Tapi cukup dengan kehadiran Hayder sekeluarga dapat membuatkan hati dia berbunga bahagia. Hayder melayan dia tak ubah seperti adik kandung. Manakala Tuan Robert dan Puan Emma selalu melayan karenah dia. Dapat dia merasa kehidupan keluarga bahagia.

"Kau tak payah nak senyum sangat!" marah Ian.

"Ian Darren! Budak tu senyum salah. Budak tu tak buat apa salah." Bela Rayyan. Kesian pula melihat Elyssa yang asyik kena marah.

Ian menjeling. Suka lah tu ada orang backup dia.

"Balik dengan persoalan aku tadi. Team aku berlatih apa? Dorang cakap ada misi." Elyssa bersuara.

"Memang ada misi, tapi bukan harini."

"Habistu? Buat apa aku datang kalau bukan harini?" sudah lah dia tengah meluang masa dengan keluarga angkatnya tadi. Tahu ada misi, terus dia pecut datang sini. Sekali takde misi pula.

"Boleh tolong tutup mulut kau dulu? Bagi Rayyan jelaskan semua. Aku kiss nanti sia-sia aje tak boleh nak bercakap nanti."

Elyssa mengetap gigi. Ian suka cari pasal dengan dia. Mulut lelaki itu rasa nak di cili-cili.

"Misi ni akan bermula dua minggu lagi. Tapi misi ni sepatutnya hanya team aku sahaja. Tapi disebabkan team aku tak cukup orang, aku nak team kau join juga. Jangan risau, aku dah bincang dengan Tuan Rashid. Untuk berlatih tu, kita kena perkuatkan lagi ketahanan diri. Tapi aku tahu kau dah cukup kuat. But no excuse, kau tetap kena berlatih juga. Ian ajar kau," terang Rayyan panjang lebar.

" Aku paham dan yang terkahir tu aku tanak! Aku nak Fahim ajar aku. Bukan dia." Elyssa menunjuk tepat ke muka Ian Darren.

"Itu kau kena bincang dengan Ian. Aku keluar dulu nak ajar yang lain." Rayyan berlalu meninggalkan mereka berdua. 'Bergaduh lah korang. Aku tanak masuk campur.' Rayyan berkata dalam hati.

Rayyan tahu penemuan pasangan itu sangat strategik dan sejak itu mereka bergaduh tak habis. Kahwin juga nanti baru tahu langit tu tinggi ke rendah.  


tbc...

Don't forget to vote and comment for next chapter :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now