29

13.7K 608 24
                                        

SETELAH selesai berjemaah bersama, Ian berpusing menghadap Elyssa. Dia merenung muka bersih dan suci isterinya. Ian menghulur tangan, Elyssa hanya pandang tangan suaminya.

"Kenapa dengan tangan tu?" soal Elyssa blur. Dah kenapa hulur tangan, nak main osom ke? Elyssa membalas dengan gaya gunting.

Kepala isterinya ditunjal sedikit. "Lepas solat takkan taknak salam dengan suami sendiri?"

"Oh, tak cakap kena salam. Ni tak, tiba-tiba hulur tangan. Mana lah nak tahu kot-kot nak main osom ke," Tangan Ian disambut dan dikucup. Bibir Ian pula berlabuh di dahi Elyssa. Ini kali kedua Ian cium dahinya.

"Abang suka tengok sayang macam ni. Kekalkan macam ni tau." Kepala Elyssa diusap. Elyssa hanya mengangguk. Terasa janggal.

Matanya tak beralih memandang wajah isterinya. Lawa. Elyssa meneguk air liur. Kelat. Suami dia ni lain macam aje.

"Sayang..." panggil Ian.

"Ke..kenapa?" Ian takkan tuntut kan. Lagipun hari masih siang. Dia tak sedia lagi nak jadi isteri sepenuhnya untuk lelaki itu.

"Abang nak sayang..."

"Taknak! Taknak! Kau jangan macam-macam Darren. Kan aku dah cakap aku tak sedia lagi nak jadi isteri kau yang sepatutnya." Elyssa yang tadi duduk menghadap Ian, terus bangun dan menjauhi suaminya.

Ian yang melihat isterinya seperti melenting dan panggilan pun bertukar mengerut dahi. Dia tak cakap habis lagi Elyssa dah marah. Nak ajak keluar pun tak boleh ke.

"Berry, abang tak habis cakap lagi. Abang nak sayang bersiap. Kita keluar jom. Lagipun abang lapar ni. Takkan nak keluar dengan abang pun kena siap sedia jadi isteri sepenuhya juga? Sebelum kita kahwin elok je kita keluar berdua." Panjang Ian bersuara. Kalau taknak keluar sama-sama bagitahu jelah. Ni bagi alasan tak logik. Pening dia.

Elyssa terkedu. "Oh.. Lain kali cakaplah biar jelas," marah Elyssa ingin menutup malu. Otak dia terlampau berkerja keras sejak Ian menjadi suaminya.

"Sayang fikir apa?"

"Mana ada fikir apa-apa." Elyssa berpura-pura memandang ke arah lain.

Ian memandang muka merah Elyssa. Dia tersenyum sinis. "Faham."

"Diamlah!" marah Elyssa. Muka merah habis tahan malu.

"Otak tak suci rupanya budak ni," usik Ian. Saje nak tengok perempuan tu marah.

"Diam Darren. Nak keluar ke tak? Kan taknak bersiap kan. Keluar sorang-sorang," ugut Elyssa.

"Kalau sayang taknak keluar dengan abang. Abang ajak Rose. Lagipun dah satu rumah dengan dia sekarang ni. Senang lah ajak kawan keluar."

Elyssa membulatkan matanya. Saje kan suami dia sebut nama perempuan yang dia taknak dengar. Tangan sibuk membuka telekung lalu di baling ke arah Ian. Sempat Ian menyambut.

"Pergilah kalau nak rasa makan peluru."

"Cepat siap. Abang tunggu." Tangan Ian sibuk melipat telekung yang dibaling Elyssa tadi. Suami mithali.

Elyssa bersiap dengan mengenakan crop top berwarna putih dan dipadankan dengan jacket yang sepadan. Skirt paras peha dipakai. Rambut dibiar tidak terikat dan dicalitkan sedikit makeup di muka supaya tidak pucat.

"Jom!" ajak Elyssa.

Ian memandang Elyssa dari atas sampai bawah. "Nak keluar pakai macam ni?"

Elyssa mengangguk.

"Takde! Pergi tukar. Pakai baju lain. Atleast skirt bawah lutut. Nak tunjuk siapa pakai macam ni?"

"Selamani El pakai macam ni okay aje. Takde masalah pun," rungut Elyssa.

"Selama ni sayang tak kahwin lagi. Sekarang abang yang tanggung dosa sayang. Please sayang. Abang tak suruh sayang terus tutup aurat. Tapi perlahan-lahan. Sayang tukar baju. Abang tunggu kat bawah." pujuk Ian.

Elyssa menghela nafas. Tidak tahan dengan pujukan daripada Ian, dia kembali menukar pakaian yang sedikit sopan daripada pakaian yang tadi. Dia memakain seluar jeans dan hoodie. Mood nak berlawa tadi dah hilang.

Ian turun ke bawah untuk menunggu isterinya. Tiada satu pun kelibat keluarga Elyssa di ruang tamu. Rumah besar, tapi seakan kosong. DIa bermain telefon sementara menunggu Elyssa.

"Eh! You nak pergi mana?" Rose yang baru turun melihat adik iparnya berada di ruang tamu. Hatinya sedikit sakit. Jejaka yang dia idamkan akhirnya jadi adik ipar bukan suaminya. Macam drama, tapi ini kenyataan.

Ian yang mendengar suara Rose bertanya, mengangkat wajahnya. "I nak keluar. Makan." Tidak disangka kawan kolej jadi kakak ipar.

"Kenapa tak makan kat rumah? I boleh masakkan. You nak makan apa?" tanya Rose. Sebab dia tahu Elyssa takkan mampu jadi isteri yang baik. Adiknya mana pandai masak. Nak masuk dapur pun jarang sekali.

"Takpelah Rose. Takkan I nak susahkan you." Lembut sahja Ian menolak perlawaan Rose.

"Isteri you mana? Takkan suami lapar tak pandai masak."

Elyssa hanya memerhati dari jauh. Nak juga dia tahu apa yang diborakkan oleh Rose dan suaminya. Tapi setelah mendengar Rose seperti ingin memburuk dia,cepat-cepat dia melangkah ke arah Ian.

Lengan Ian dipaut sebelum kepalanya dilentokkan pada bahu suaminya itu. "Abang, jomlah keluar. Abang cakap nak belanja sayang tadi," suaranya sengaja di manjakan.

Ian yang mendengar suara manja Elyssa, tertelan air liur. Halkumnya bergerak-gerak. Dia menoleh memandang wajah putih isterinya. Elyssa tersenyum manis. Terkedu dia. Bukan senang nak tengok senyuman ikhlas isterinya.

Rose yang melihat Elyssa memaut tangan Ian, menahan rasa. Mukanya cuba tidak menampakkan reaksi yang dia sedang menahan marah. Dia tahu Elyssa sengaja.

"Abang, tadi cakap nak pergi. Jomlah. Tunggu apa lagi," rengek Elyssa sambil menggoncangkan lengan suaminya berkali-kali. Ian seakan tersedar.

"Kami pergi dulu ye Rose." Ian mempamitkan diri untuk keluar bersama isterinya.

Rose hanya sekadar mengangguk. Sempat dia melihat mulut Elyssa berkata sesuatu tanpa suara, "Get lost."

Rose hanya memandang kosong. Selepas hilangnya kelibat pasangan itu, dia mengeluarkan telefon dan menelefon seseorang.

"Hello..."

tbc...

Don't forget vote and comment for next chapter :)


HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang