LUNA yang nampak Elyssa keluar dari pejabat Tuan Rashid tersenyum sinis. Dia yang mengadu dekat orang atasan mengenai Elyssa. Kebetulan dia ingin menyimpan pistol di bilik simpanan senjata api tapi pistol berlabel nama Blackrose tiada. Setahunya, misi Visionaries dah berjaya semalam dan sepatutnya pistol itu perlu kembali ke tempat asal. Harapannya untuk mengeluarkan Elyssa dari Virtuosos.
Dia melangkah ke arah Elyssa. "Sopan pulak pakaian kau harini."
Elyssa hanya mengendah. Dia kenal suara itu. Tak lain tak bukan, si langau Luna. Dia terus berjalan menuju ke bilik Visionaries.
Luna mendengus. Dia tahu Elyssa mendengar suaranya. "Kau pekak ke?!"
"Lah, kau cakap dengan aku ke? Aku ingat suara langau mana tadi bercakap," sinis Elyssa.
Alex, Anne, Zarif, Shawn dan Midas mendegar jeritan Luna terus keluar dari bilik mereka. Macam biasa, Luna kalau tak cari fasal dengan Elyssa tak sah.
Sekali Elyssa buka mulut, memang berdas-das tepat kena di jantung Luna. "Aku dengar kau kena gantung seminggu. Kesian kan? Baru nak join balik team, eh eh kena gantung. Melepas misi." Mereka yang mendengar ayat yang meluncur keluar daripada Luna tadi terkejut.
"Jadi kau yang mengadu dekat dorang fasal aku ye?" Elyysa serkap jarang. Dia tak sempat buka mulut lagi bagitahu yang dia kena gantung.
"Manade." Luna menggelabah. Dia berpura-pura melihat kukunya.
"Nampak macam kau interested sangat dengan life aku. Kenapa? Life kau tak seronok ke? Kesian kan, suka sibuk pasal kehidupan orang. Nampak lah kehidupan aku terlampau famous sampai orang macam kau pun cemburu dengan kehidupan aku," ujar Elyssa lalu melangkah masuk ke dalam bilik Visionaries.
Pintu dihempas.
Kus semangat!
Luna cepat-cepat berlalu meninggalkan mereka semua. Nanti makin lama dia berada disitu, makin banyak pulak pertanyaan daripada mereka. 'Jaga kau Elyssa. Aku akan buat kau menyesal.'
Mereka berlima yang tadi hanya memerhati, masuk ke bilik untuk bertanya Elyssa. "Betul ke apa yang Luna bagitahu tadi?" tanya Alex.
"Kau kena gantung?"
"Kau buat hal apa?"
"Kenapa?"
"Luna ke yang kerjakan kau kalini?"
"Kau..."
"Diam!!!" jerit Elyssa. Mereka berlima terkejut dengan jeritan Elyssa, terus diam. Sakit kepalanya diasak pelbagai soalan daripada mereka berlima. Sudah lah dia tengah berserabut nak fikir pistol yang ada kat tangan Ian.
Iphone 13 pro max Elyssa berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nombor tidak dikenali terpampang di skrin telefon. Dia memicit batang hidung. Panggilan dijawab. Tanpa sempat dia bersuara, orang di dalam panggilan bersuara dulu.
"Knock.. knock.. Who's there?"
"Kau nak apa syaitan?"keras suara Elyssa bersuara. Dia tahu itu suara Ian Darren. Mereka berlima hanya memandang Elyssa menjawab panggilan.
"Garang. Aku suka," gelak Ian.
"Mana kau dapat number aku, Darren?" Rasanya dia tak pernah bagi nombor kepada Ian. Macam mana lelaki ini tahu nombornya.
'Darren? Ian Darren? Wolf ke?' tanya Anne kepada mereka berempat tanpa mengeluarkan suara. Nanti kena marah di Elyssa lagi. Mereka berempat hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Kalau betul Darren yang Elyssa maksudkan itu Ian Darren, tapi kenapa Elyssa memanggil Ian sebagai Darren? Ian sangat tidak suka orang memanggilnya dengan panggilan Darren kecuali keluarganya sahaja. Lagipun mereka semua memanggil Ian hanya wolf sahaja.
"Darren hm? Aku suka. So, should I call you Mrs. Darren?" tanya Ian. Niatnya menelefon Elyssa untuk mengetahui keberadaan perempuan itu. Penat dia tunggu selepas kelas tadi, tapi tak muncul-muncul. Tahu lah dia, Elyssa balik naik grab.
"In your dreams!" marah Elyssa. Punggung dihenyakkan ke atas kerusi di sebelahnya. Penat dia berdiri.
"Ofcourse in my dreams. Because one day you will be mine," kata Ian. Suka betul dengar Elyssa marah. Rasa macam tak lengkap hidup dia kalau tak kenakan Elyssa. Perempuan itu pula, cepat je melatah kalau usik sikit.
"Teruskan dengan angan-angan kau. Sebab benda tu takkan terjadi."
"Well, we'll see," kata Ian dengan nada bongkak.
Mereka berlima yang mendengar perbualan Ian dan Elyssa hanya mengerling antara satu sama lain. Tidak tahu topik apa yang menjadi perbualan mereka berdua, tapi tahu lah bahawa Ian mengatakan sesuatu yang boleh membuat Elyssa marah.
"Aku nak pistol aku. Sebab kau, aku kena gantung kerja seminggu." Mereka yang mendengar tadi terkejut. Membulat mata masing-masing. Macam mana pistol Elyssa berada di tangan Ian? Tidak sepatutnya benda ini berlaku.
"Boleh. Tapi, kau kena teman aku makan." Ian mengambil kesempatan dalam kesempitan.
"Tanak! Aku nak pistol aku sekarang." Ian selalu mencabar kesabarannya. Sudah lah kesabaran dia hanya senipis kulit bawang.
"Takde makan. Takde pistol. Biar kau kena gantung lagi seminggu," ugut Ian. Cara macam ni sahaja dapat dia keluar dengan Elyssa. Dia kena bijak manipulasi otak Elyssa.
"Fine! Nanti aku share location." Elyssa mendengus dan mematikan panggilan tersebut.
Alex baru ingin membuka mulut menanya sesuatu. "Jangan tanya." Terus dipotong oleh Elyssa. Tangannya sibuk menghantar lokasi keberadaanya kepada Ian.
"Aku nak keluar. Jumpa lagi seminggu. Nanti aku hantar pistol aku. Aku tersalah ambil pistol syarikat. Aku ingat tu pistol aku tersendiri. Kalau kau nak tanya aku, mana kereta aku. Aku accident. Jangan tanya macam mana aku kena langgar. Kau kena tanya Ian Darren. Dia yang menyebabkan aku kena langgar. Kalau kau fikir Ian Darren yang aku maksudkan tu wolf. Haaa betul lah tu," kata Elyssa sepintas lalu.
Dia malas nak bercerita panjang. "Semua persoalan korang aku dah jawabkan? Ada lagi persoalan?" Dia bangun dari kerusi tadi.
"Kalau ada pun, jangan tanya. Aku balik dulu." Elyssa berlalu meninggalkan team dalam keadaan terpinga-pinga.
"Aku tak sempat nak tanya banyak, dia terus blahh," rajuk Anne. Mulutnya dah muncung sedepa. Dah macam itik.
"Haaa! Mulut tu tak boleh panjang lagi? Aku kiss kang!," seloroh Shawn.
Anne menghentak kaki. "Aku bagitahu El nanti. Biar kau kena pukul oleh Elyssa. El sayang aku tau!" jawab Anne. Tak jadi lah nak merajuk dengan Elyssa. Dia nak mengadu perangai tak senonoh Shawn.
"Tadi macam nak merajuk sangat dengan El. Tahu-tahu dah nak mengadu," usik Shawn lagi. Mereka yang lain hanya ketawa.
Saja Shawn ingin memeriahkan suasana lepas dapat berita Elyssa kena gantung daripada misi selama seminggu. Susah lah team mereka nanti tanpa Elyssa. Haih!
tbc...
Thankyou yang sudi vote. So vote dan comment untuk next chapter :)
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
LosoweAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...