2

15.8K 638 17
                                    

Banyak mata-mata memandang dirinya. "Nak cakap aku alien, aku manusia. Nak cakap aku pakai tak cukup kain. Memang laa. Tapi sebelum ini tak pun. Aku pelik ke harini? Ada apa-apa ke kat muka aku?" Elyssa meraba-raba mukanya dan mengeluarkan cermin.

"Takde pape pun. Lantak dorang laa. Kisah apa aku." Dia sambung makan.

Elyssa hanya duduk seorang diri di kafeteria. Tiada siapa sudi nak berkawan dengan dia disini. Jadi dia dah terbiasa sendiri dari mula semester sampai dah final year. Lagipun dia tak lapar lagi nak berkawan dengan orang. Dia boleh hidup bersendirian. Setakat di university yang hanya 4 tahun sahaja. Lain dengan Rose, dia ramai kawan. Semua orang nak berkawan dengan dia dan tiada siapa tahu Elyssa dan Rose sebenarnya adik beradik. Mukanya dan Rose tidak sama. Rose banyak ikut Dato Malek, manakala Elyssa banyak ikut Datin Farida. Tidak dinafikan Rose cantik dan sopan orangnya jika dibandingkan dengan dirinya.

Elyssa berlalu ke kelasnya. Kalau lambat nanti kena potong markah, takpun tak boleh masuk terus. Dia pernah lambat ke kelas Prof Sahira. Terus tak boleh masuk. Apa lagi, dia melencong ke lain daripada tunggu depan pintu kelas macam tunggul.

Dia mengambil tempat paling belakang. Dia bukan suka sangat belajar. Cuma bernasib baik kerana resultnya setiap semester selalu dekan. Gifted kata orang.

"Aku salah masuk kelas ke? Tak pernah nampak pun muka dorang dalam kelas aku? Sejak bila aku satu kelas dengan Rose?" Dia memandang Rose berjalan ke tempat duduk. Dia dan Rose mengambil course yang sama dan mereka juga masuk tahun yang sama.

"Weh! Tu minah yang langgar kau kan? Dia satu kelas dengan kita ke?" bisik Firash.

Ian memandang 'minah' yang Firash maksudkan itu. Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Rose, u tau ke kenapa ramai muka tak kenal dalam kelas kita?" tanya Firash.

"U tak baca group ea? Kelas kita bergabung dengan kelas sebelah laaa," kata Rose sambil mata memandang Elyssa.

Dia tahu Elyssa memandang dia. Tapi dia bukan rapat pun dengan adiknya. Nak bertegur, jauh sekali. Maka dia buat buat tidak kenal.

Mereka bertiga mengambil tempat di depan. Mereka berkawan sejak dari awal semester. Itu pun Rose yang mulakan perkenalan, barula mereka berkawan sampai sekarang. Tak nafikan Rose mempunyai perasaan terhadap Ian. Tapi dia taknak merosakkan hubungan persahabatan dorang, Rose mampu pendam. Dia tidak tahu samada Ian mempunyai perasaan yang sama terhadap dia atau tidak.

Elyssa hanya mendengar ajaran Prof Sahira. Sungguh dia malas nak mendengar. Dia hanya mengscroll Instagram twitter. Sedikit pun dia tak buat catatan tentang subjek tersebut.

"Itu ke lelaki yang si Rose duk puji depan mummy tu? Tapi yang mana satu? Kanan ke kiri?"

"Biasa je aku tengok. Takde apa yang menarik pun."

"Eh? Baju dia tu macam aku kenal. Dia ni lelaki yang aku langgar tadi ke?"

"Lantaklah! Buat apa nak fikir. Tak penting. Selagi takde kena mengena dengan aku, tak payah susah nak fikir."

Dia termenung sampai la habisnya kelas Prof Sahira. Belum sempat Prof Sahira keluar dari dewan kuliah, terus Elyssa memecut keluar ke keretanya.

Dia nak pergi ke satu tempat, tempat yang aman bagi dia. Tempat yang tiada siapa boleh ganggu dia. Kalau boleh dia nak bermalam di situ. Dia selalu balik lewat malam pun sebab ke tempat itu. Tapi bagi family Elyssa, dia kaki club. Kaki tukar jantan. Walaupun dia liar, pakaian tak cukup kain. Dia masih tahu mana baik mana buruk.

Sampai ke tempat tersebut, Elyssa mendirikan khemah. Dia mengeluarkan novel. Yes, walaupun dia macam tu, tapi dia suka membaca. Bagi Elyssa hanya novel yang dapat tenangkan fikirannya.

"Weh, kau perasan tak? Perempuan tu selalu datang sini seorang diri. Hari-hari tau," kata seorang lelaki.

"Aku dah lama tak usya orang. Jom aaa. Apa lagi." Mereka berdua mendekati tempat Elyssa.

"Hai! Nak berkenalan boleh?" Mereka memandang Elyssa atas bawah seperti kucing melihat mangsanya.

Elyssa hanya memekakkan telinga. Entah malaun mana datang ganggu dia. Sebelum ini, takde pulak malaun yang menganggu dia. Kenapa harini?

"Dia buat sombong la Bob. Tapi aku lagi suka."

Mereka berdua cuba untuk menyentuh Elyssa. "Sayang! Sorry i lambat." Termengah-mengah dia berlari kearah Elyssa.

Dua lelaki tadi yang cuba untuk menyentuh Elyssa, terus menjauhkan diri.

Elyssa membulatkan mata. 'What the? Sayang? Sejak bila aku ada boyfriend?' Elyssa cuba neutralkan mukanya supaya tidak terlalu obvious.

"Awek aku ni bro. Tak main laa sentuh hak orang. Kalau kau nak, tu perempuan sebelah sana" sambil menunjuk kearah disebalik pokok yang besar itu. "Kau pilih je mana yang kau nak. Dia aku punya." Sambil menunjuk kearah Elyssa yang terpinga-pinga. Dia tak dapat proses apa yang jadi didepan dia dan lelaki yang menolongnya sekarang.

"Maaf bro. Blahhh Bob." Dia bukan takut, cuma lelaki dihadapannya sangat bahaya untuk menganggu. Lelagi 'barang' milik lelaki itu.

"Kau siapa? Tetiba je mengaku aku ni awek kau. Kenal pun tak." Dia kenal lelaki ni sebagai lelaki yang berjalan dengan kakaknya semasa masuk kelas tadi.

"Seriously? Kau tak tahu aku?" Ian terkejut. Minah ni la langgar dia pagi tadi.

"Do I need to know you? I don't think so," tanya Elyssa dengan jengkel. Dia tak kenal lelaki ini. Dia datang sini nak bertenang bukan berteman.

"Gosh! I'm the one you bumped in front of cafeteria."

"Oh. So? I don't think we should know about each other." Elyssa berkata lagi sambil mengemas barangnya. Dia dah takde mood nak duk kat sini lepas apa yang terjadi.

"Don't you think you should say thank you to me?" Ian menyoal.

"I didn't ask you to help me. Then admit that I'm your girlfriend." Elyssa mendengus. Dia dah la single. Nanti kalau ada orang dengar apa lelaki tu cakap tadi. Mesti orang ingat dia dah berpunya. Haih.

Ian gelak. Comel. "Alaaa takpe. Kau jadi girlfriend aku."

"Tanak aku! Kenal pun tak. Gila!" Selesai mengemas barangnya dia berlalu ke kereta meninggalkan lelaki itu sendirian.

Elyssa meletakkan barangnya tadi ke dalam kereta. Tetapi malangnya kereta dia tak hidup. Dia cuba lagi, lagi dan lagi. "Kenapa masa ni jugak kau nak rosak? Tunggu la aku balik rumah dulu baru nak rosak." Elyssa membebel seorang diri.

"Kereta rosak ke girl? Mari aku tumpangkan." Kebetulan Ian ada disitu melihat semuanya. Dia bukan kaki perempuan. Untuk jatuh cinta jauh sekali. Tapi dia suka tengok perempuan yang tak tahu namanya itu.

"Terima kasih je. Aku boleh balik naik grab." Elyssa menolak. Dia tak kenal lelaki itu. Tetiba ajak tumpang.

"Kau tak tahu ke?" tanya Ian. Elyssa mengangkat keningnya seolah menanya balik apa yang Ian ingin sampaikan.

"Dua hari lepas ada sorang perempuan ni cuba balik dengan grab. Tapi family dorang kata, anak dia tak balik. Semalam baru dapat tahu anak dia kena rogol dengan pakcik grab." Dia cuba menakutkan perempuan itu. Ian mengeluarkan semua auta yang dibuat sendiri.

"Tapi kalau kau nak balik sendiri jugak. Takpela. Aku takde hak nak halang kau." Ian berpura-pura ingin berlalu pergi. Niatnya hanya menolong dalam masa yang sama dia suka tengok perempuan tu. Dia tak jatuh cinta.

"Errr. Kalau aku balik dengan kau, apa jaminan yang kau takkan sentuh aku."

"Girl, if I wanted touch you, I wouldn't have stopped the two men from touching you. If I really wanted to touch you, I would done it before. No need to wait for you get in my car. Lagipun kat sini takde orang. Takde siapa tahu kalau aku apa-apakan kau." Elyssa melihat disekeliling. Dia tak nafikan, tempat sebelah ini memang takde orang.

tbc...

Jangan lupa vote :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now