31

11.2K 546 16
                                    

PENAT juga lah Elyssa bergaduh dengan Ian masa di kedai haiwan tadi. Ada ke patut dia cari cicak untuk dibela. Dah tahu benda tu haram untuk kita bela, nak juga bela. Saja dia nak sakitkan hati isterinya itu. Nasib pakcik kedai tu cakap, tak jual cicak. Selamat Elyssa untuk kalini.

Tapi selamat masa tu sahaja. Dia ingat Ian nak bela kucing sebab cicak memang tak boleh dibela. Eh, suaminya pergi beli hamster pula. Katanya, hamster tu comel dan dia kesian pula tengok hamster tu duduk dalam sangkar dia. Baik dia beli dan bela binatang tu.

Yang jadi masalahnya, Elyssa pun geli dengan hamster. Sekarang, Ian dah tahu dia takut hamster juga. Macam tiada benda lain nak di buat jadi haiwan kesayangan dia. Kalau lah dia tak buat muka masa Ian pegang hamster tu. Haih. Dah terlambat.

Selepas sahaja solat isyak baru mereka pulang ke rumah kedua ibu bapa Elyssa. Elyssa langsung tidak menegur Ian selepas kejadian mereka bergaduh tadi. Dia geram sebenarnya dengan perangai Ian. Masa sebelum kahwin dah annoying, lepas kahwin makin annoying.

"Baru nampak jalan balik? Tahu lah dah kahwin tapi ingat sikit kau masih duduk dalam rumah ni," tegur Dato Malek selepas melihat kelibat Elyssa masuk ke dalam rumah.

Elyssa mengeluh. "Bukan sekarang daddy. Kalau daddy nak marah El, tunggu suami El naik bilik dulu." Elyssa mengerling suaminya yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Dia harap suaminya tidak mendengar kata daddy tadi.

"Ada masalah ke kalau suami kau pun dengar? Biar dia tahu sikit orang yang dia kahwin tu bukan baik sangat." Dato Malek seperti benci melihat kebahagian anaknya ini. Setiap senyuman yang melakar di bibir gadis itu, hatinya bagai di siat-siat bila teringat kepedihan hatinya semasa kematian anak sulungnya.

Ian yang mendengar kata-kata Dato Malek tidak jadi melangkah. Dia hanya senyum memandang bapa mertuanya. Dia cuba untuk bersuara, tapi dihalang oleh Elyssa.

"Daddy please..." rayu Elyssa.

Dato Malek hanya menjeling.

"Awak pergi lah naik dulu. Saya nak borak dengan daddy sekejap," ujar Elyssa kepada suaminya. Ian hanya mengangguk. Niat di hati ingin menemani isterinya, tapi Elyssa seolah ingin menghalaunya.

Hilang sahaja kelibat Ian, Elyssa melangkah ke arah daddy. Punggungnya dilabuhkan berhadapan Dato Malek. "Daddy kenapa? Takde ribut, takde angin. Tiba-tiba nak marah El? Benci sangat ke daddy terhadap El?"

Dato Malek merengus. "Ye. Aku benci sangat. Setiap kali aku nampak kau, hati aku bagai disiat-siat. Sepatutnya kau yang mati, bukan anak sulung aku. Kau kena terima kenyataan Elyssa kau bukan anak kandung aku!"

Elyssa terkejut. Dia cuba mencari anak mata daddy, betulkah apa yang dia dengar tadi? Dia bukan anak kandung Dato Malek? Siapakah ayah kandung dia yang sebenar. Kenyataan apakah yang dia harus terima malam ni.

"Abang!" jerit Datin Farida. Rahsia ini dia pegang selama 24 tahun, tapi terbongkar disebabkan mulut suaminya. Mereka berjanji tidak akan mengungkit lagi hal ini.

Arshad dan Rose yang kebetulan berada di dapur dengar dengan jelas semua yang keluar dari mulut daddy. Mereka tidak pernah tahu bahawa Elyssa bukan anak kandung daddy. Mereka hanya tahu mummy dan daddy sangat membenci Elyssa disebabkan kematian Eiyad Hijaz. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Daddy saja nak sakitkan hati El kan? Kalau betul El bukan anak kandung daddy kenapa El berbinti kan nama daddy?" tanya Elyssa perlahan.

"Sebab mummy kau taknak orang tahu yang kau anak luar nikah! Kalau ikut undang-undang semua ni salah. Tapi aku terpaksa bayar orang untuk berbinti kan nama aku."

Elyssa menggelengkan kepalanya. Daddy tipu. Hatinya bebetul retak, berkecai. Air mata yang ditahan tadi, pecah membasahi pipi.

"Mummy kena rogol masa aku keluar pergi outstation dan orang yang rogol dia kawan baik aku sendiri. Masa mummy mengandungkan kau, aku nak di gugurkan kau. Tapi nenek kau haling. Dia cakap bayi dalam kandungan tak bersalah. Tapi aku dan mummy tak pernah terdetik pun nak bela kau. Tapi disebabkan nenek, mummy simpan kandungan dia. Kalau kau tanya mana bapak kau, dia dah lama mati."

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now