ARSHAD yang memerhati dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia tak berani membuka mulut kalau ada Elyssa. Aura kakak nombor dua sangat dingin, sampai dia terasa sejuk. Suasana di ruang tamu itu dia rasa sangat tegang. Rasa janggal dan sangat tidak selesa.
Rose menahan sakit kerana pegangan Elyssa ditangannya. "Lepaskan tangan aku, Elyssa," ujar Rose dengan suara celah gigi.
"Aku tahu kau nak larikan diri. Aku tak bodoh lah nak baca fikiran kau. Kalau kau rasa, kau dah melangkah satu tapak. Aku dah banyak tapak melangkah."
Datin Farida dan Dato Malek hanya diam sahaja. Mereka pun tak tahu nak buat apa dengan situasi sekarang. Ingin percayakan anak kesayangan mereka, Rose atau menunggu seseorang yang akan datang di rumah mereka.
Seketika kemudian, derapan tapak kaki jelas kedengaran. Elyssa senyum sinis, orang yang dia nantikan sudah sampai.
"Masuk je! Pintu tak kunci!" laung Elyssa.
Firash melangkah masuk bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Muka lelaki itu penuh dengan lebam dan berdarah.
"Suprise!!!" ujar Elyssa dengan gembira.
Terkejut Ian dan Rose apabila lelaki yang datang itu merupakan kawan kolej mereka berdua, Firash!
"Firash? Kau buat apa kat sini?"
"Firash, you buat apa kat sini?"
Serentak persoalan itu keluar dari mulut Ian dan Rose.
Elyssa bangun dan melangkah mendekati Firash. "Perkenalkan penyiasat peribadi aku, Firash atau dikenali sebagai shadow?"
"Shadow?" Perlahan saja suara Ian.
Ian bersilih ganti melihat muka Firash dan isterinya, Elyssa. Muka terkejut tak boleh nak disembunyikan, dia betul-betul terkejut. Rupanya banyak dia tak tahu mengenai isteri sendiri.
"Mesti kau terfikirkan, macam mana aku kenal Firash." Elyssa meletakkan jari di dagu, seperti gaya berfikir.
"Kau nak tahu? Kalau kau tak nak tahu, aku nak cerita juga."
"Aku kenal dia sebelum persahabatan kau dan dia terjalin. Untuk pengetahuan kau, aku upah dia untuk jadi penyiasat kau. Tak sangka aku pandai Firash buat kerja. Dia pura-pura jadi kawan kau. Bangga aku," gelak Elyssa.
"Dan, lelaki itu..." Elyssa menunjuk ke arah lelaki yang berlutut disebelah Firash. "Bapak kepada budak dalam perut kau."
Rose rasa dirinya tertipu oleh Firash. Dia fikir persahabatan mereka ikhlas, tapi rupanya ada dalang disebalik yang berlaku.
"Mesti kau fikir, kau dah bijak kan? Tapi salah. Aku lagi bijak dari kau." Elyssa memeluk tubuh sambil memandang lelaki yang disebelah Firash itu.
Ian lebih suka berdiam diri. Biarlah isterinya yang bersuara kerana Elyssa lebih kenal keluarga sendiri berbanding dirinya.
"Kau kenal tak jantan ni?" Rambut lelaki itu ditarik untuk mendongak supaya Rose boleh nampak muka lelaki itu dengan jelas.
Rose mengelengkan kepalanya. "A-aku tak kenal! Anak dalam perut ni anak Ian! Bukan anak lelaki tu!" jerit Rose. Dia takkan mengaku itu anak lelaki itu.
Firash berdecit mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Rose. Bukti dah ada depan mata masih tak mengaku.
"Apa ni Elyssa? Siapa lelaki ni?" tanya Dato Malek.
"Huh, kenapa tanya El? Daddy tanya lah anak kesayangan daddy tu. El rasa dia lebih kenal siapa lelaki tu." Penat betul dia harini. Lepas satu-satu masalah.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...