RAYYAN dan Ian berjalan menuju ke bilik Tuan Remington. Pintu dibuka dan mereka masuk tanpa keizinan Tuan Remington. Lelaki itu sedang meratah tubuh seorang gadis di dalam biliknya. Rayyan dan Ian menundukkan pandangan kerana perempuan itu tidak mengenakan apa-apa walaupun seurat benang di tubuh.
"Bumi kata pergi, kubur kata datang. Dah tua pun masih bernafsu kuda," sindir Ian Darren lalu duduk di sofa yang tersedia di situ. Manakala Rayyan pula duduk di kerusi di meja kerja Tuan Remington.
Mendengar suara asing yang berada di biliknya, terus dia berhenti meratah tubuh gadis itu dan membaling kain untuk gadis itu menutup tubuhnya. Bajunya dipakai dan seluar dizipkan.
"Macam mana kau boleh masuk bilik aku?" soal Tuan Remington. Dua lelaki yang tidak asing itu dengan mudah ceroboh masuk ke dalam biliknya.
"Kacang..." bagitahu Rayyan lalu menunjukkan arah ke pintu bilik. Sebaik sahaja jari telunjuk Rayyan menunjuk ke arah pintu, bunyi das tembakan dilepaskan. Dia tahu itu kerja Blackrose dan Alex.
"Easy, right?" tanya Ian. Kaki disilangkan seraya kedua tangan memeluk tubuh.
"Kau?" Rayyan memandang tajam perempuan yang menutup tubuhnya dengan kain itu. Perempuan itu pandang Rayyan dengan takut. Mata tajam yang menikan itu sangat menakutkan.
"Kau bagi tubuh kau dengan rela atau kau kena paksa?" dingin dan beku suara itu berbunyi. Dia tidaklah jahat untuk mengandaikan perempuan itu memberi tubuh secara rela.
Perempuan itu hanya diam. Langsung tidak mengeluarkan suara. Rayyan mengeluh. Seperti bercakap dengan patung.
"Anne kau masuk bilik Tuan Remington. Ambil budak yang ada dekat bilik aku. Yang lain handle mana yang patut. Kalau tak boleh nak cover, bagitahu aku." Rayyan bercakap melalui earpiece yang dipakai untuk mereka semua. Tapi dia percaya anak buahnya boleh handle semuanya.
"Red, zarif. Dah selesai bagitahu aku," ujar Rayyan lagi. Ian hanya diam disitu. Kejarnya hanya mengikuti Rayyan sahaja. Bersuara bila perlu.
"Noted," jawab Zarif dan Fahim serentak.
"Okay berbalik dengan kau, Tuan Remington. Aku datang saja nak melawat kau buat kali terakhir. Sebelum club kau kena take down." Sinis Rayyan dan tangannya sibuk bermain dengan pistol.
"A-apa maksud kau club aku kena take down?" soal Tuan Remington. Club ini dia usahakan selama 10 tahun dan tiada siapa yang berani menjatuhkan dia. Tapi, lelaki dihadapannya sangat berani jatuhkan dia dalam masa satu hari.
"Wolf dipersilakan," kata Rayyan memandang Ian yang sedang duduk di sofa.
"Business haram kau, bye bye." Ian melambaikan tangan ke arah Tuan Remington. Malas dia nak bercerita panjang. Pandai-pandai lah orang tua tu faham.
Rayyan menjeling tajam ke arah Ian. Tak membantu langsung penerangan Ian. Malas nak bercakap panjang dia bangun dari tempat duduknya dan pistol yang bermian di tangannya tadi membaling ke arah Ian.
Rayyan terus keluar dari bilik Tuan Remington. Dia tidak suka lama-lama di dalam bilik lelaki tua itu. Nampak muka lelaki itu pun dia rasa nak seksa lelaki itu hidup-hidup. Sudah tua tapi masih sibuk buat bisnes haram.
Kerajaan sudah banyak kali nak banteras tempat ini, tapi apakan daya lelaki tua itu bijak gunakan duit untuk tutup mulut orang awam. Rasuah dalam dunia ni memang tak berpisah.
Ian yang melihat Rayyan keluar dari bilik itu turut berdiri dan berjalan mengikut Rayyan. Tapi sempat dia berpaling melihat Tuan Remington yang diam terkaku di sofa itu. "Aku tak rasa kau nak tengok bisnes kau gagal kan?" tanya Ian.
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
RandomAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...