12

10.9K 513 36
                                    

PERJALANAN mereka ke kolej mengambil masa 45 minit dari rumah Ian. Keadaan di dalam kereta seperti cengkerik, sepatah suara pun tidak berbunyi. Ian memasang radio untuk memecahkan kesunyian. Radio berputar lagu, Ian pun menyanyi mengikut rentak.

This ain't another love song, baby

It's my way of putting feelers out

All the traffic in my head's going crazy

I'm gonna trust my heart right now

And if it's better to bet onus, thenI'll double down

Andif we endup in bed and I put the covers out

And if I'm wrong, I'll just bury my head deep underground

I gotta know

Are you feeling the rush?

If so, then I think I know what's going on

And are we falling in love?

Say yes or no, yes or no, yes or no

Are you thinking 'bout us?

If so, then I think I know what's going on

And are we falling in love?

Lagu ini selalu dipasang oleh Irene, dah jadi melekat pula dikepalanya bila terdengar.

Elyssa menjeling sedikit untuk melihat Ian menyanyi. Suara Ian merdu berlemak. Sesuai suaranya dengan lagu itu. Tapi, Elyssa berasa sedikit tidak selesa dengan lirik yang dinyanyikan oleh Ian. Ian asyik menyanyi sambil mata melirik ke arahnya.

Elyssa menutup radio. Ian menjeling Elyssa.

"Siapa suruh kau tutup radio?"

"Suara kau tak sedap, so aku tutup lah," kata Elyssa bersahaja.

"Ini kereta kau ke aku? Duduk diam diam. Duduk dalam kereta orang buat cara macam duduk dalam kereta orang," lantang Ian bersuara. Dia baru nak feeling nyanyi.

Suasana kembali sepi. Tetiba, seekor cicak betul betul mendarat di atas dashboard kereta milik Ian. Elyssa yang melihat cicak itu terus menjerit seperti dirasuk. Ian yang memandu tadi terkejut lalu berhenti secara emergency di bahu jalan.

Elyssa pula mengeluarkan pistolnya untuk menembak cicak tadi. Terkejut Ian bila Elyssa menarik picu untuk tembak cicak. Tak pernah dibuat orang tembak cicak guna pistol.

"Weh! Beragak lah kau tembak cicak guna pistol. Habis berlubang kereta aku nanti," gelabah Ian.

Elyssa seakan tak sedar diri. Dia takut cicak. Apa yang dia tahu cicak tu mati.

"Berry!" Ian mengoncang tubuh bada Elyssa. Nampak sangat ketakutan Elyssa ni.

"Jangan halang aku. Aku nak bunuh cicak ni," kata Elyssa.

"Aku tahu lah bunuh cicak dapat pahala. Tapi manade orang bunuh guna pistol, berry sayang." Ian merampas pistol yang berada di tangan Elyssa. Elyssa pula merangkak ke bahagian seat belakang. Janji dia jauh daripada cicak.

Ian mengambil cicak tadi dan buang ke luar. Tak sangka perempuan yang dingin, suka bergaduh mulut dengan dia rupanya penakut cicak. Dia tergelak.

"Apa gelak-gelak? Tembak kang!" marah Elyssa. Dia punya takut bagai nak mati dengan cicak tadi, lelaki tu sesuka hati je gelakkan dia.

"Tembak lah. Pistol kau kat aku." Ian tersenyum sinis menyangkan pistol Elyssa yang baru dirampasnya tadi.

Elyssa cuba merampas pistolnya itu, tapi Ian cekap menghalang Elyssa dan menyelit pistol tu dibahagian pinggang. Elyssa mendengus.

"Berapa lama kau tak bersihkan kereta kau? Sampai semua segala mak nenek keluar."

Ian pun tak tahu macam mana cicak boleh ada dalam keretanya. Tak pernah pulak makhluk nabi sulaiman bertapa dalam keretanya. Tetiba dia teringat Irene yang bertanya pagi tadi. Ni mesti helah adiknya. Surprise sangat, bukan aku yang surprise tapi minah sebelah dia yang terlebih surprise.

"Nak mengata kereta aku lah tu. Tapi takpe, sekurangnya aku tahu satu kelemahan kau. Lepasni senang aku nak buli kau." Dia dah rancang pelbagai strategi dalam kepalanya kalau Elyssa tak dengar cakap dia.

"Cuba lah kalau berani. Mati aku kejarkan kau nanti." Habis jatuh sahamnya. Ini semua salah cicak. Tak semena Ian dapat tahu dia takut cicak. Bukan main dia selalu sembunyikan ketakutan dia pada orang lain.

Dia takut dengan semua binatang, tapi cicak lah paling dia takut. Sebab pernah sekali tu, cicak tu merayap atas pahanya masa dia sibuk buat kerja. Itu pertama kalinya. Yang kedua masa cicak tu jatuh atas kepalanya. Memang cicak ni musuh sejati dia betul. Nasib bunuh cicak dapat pahala.

"Duduk depan! Kau ingat kau anak raja nak duduk belakang," sindir Ian.

"Tanak! Kau bawak jelah kereta. Dah lambat ni nak masuk kelas." Matanya mengerling jam ditangannya. Lagi 15 minit kelas nak bermula.

"Kau datang depan sekarang!" marah Ian.

"Tanak!!!" jerit Elyssa.

Ian menutup telinganya. Fuh! Boleh pekak kalau macam ni.

"Kau duduk depan sekarang. Kalau tak, aku ambik balik cicak tadi letak kat kau," ugut Ian.

"Fine!" Elyssa merangkak ke bahagian depan. Dia nampak Ian tersenyum bangga seolah cicak tu dapat menundukkan dia untuk Ian. Benci!

"Kalau senang macam ni nak buat kau akur cakap aku. Hari-hari aku bawak cicak jumpa kau," gelak Ian. Puas hatinya. Senang kerja dia nanti.

☘☘☘

IAN meletakkan keretanya dia kotak parking yang berada di kolej. Elyssa melihat kiri kanan takut juga kalau orang nampak dia keluar daripada kereta Ian lelagi Rose. Dah lah Ian rapat dengan Rose.

Kalau boleh dia nk jauhkan diri daripada Ian. Tapi ada je benda yang buatkan dia dengan Ian berjumpa. Susah betul.

"Balik nanti tunggu aku kat kereta aku."

"Tanak. Aku boleh balik sendiri naik grab," ujar Elyssa. Dia taknak masuk campur dan ada kena mengena dengan Ian dah. Cukup sampai harini sahaja.

"Pistol kau, aku simpan. Kalau kau nak, balik dengan aku." Terus dia keluar daripada kereta dan tinggal Elyssa dalam kereta.

"Menyampah aku! Malang betul siapa jodoh dia," bebel Elyssa seorang diri. Terus dia keluar dari kereta Ian dan berlalu ke kelasnya. Dia sudah lambat 15 minit. Ini semua salah Ian Darren! Kalau dengan dia je, mesti hidup Elyssa bernasib tak baik.

Tanpa sedar Rose nampak Elyssa keluar dari kereta Ian. Niatnya ingin ke kereta Ian untuk menyapa lelaki itu kerana dah dua hari tak nampak lelaki itu. Tapi, lain pula yang dia nampak. Dia tahu Elyssa tak balik rumah semalam.

Sangkaannya Elyssa keluar bermalam dengan jantan lain tapi sangkaannya meleset bila dia nampak Elyssa keluar dari kereta Ian. Pakaian yang Elyssa pakai pun, bukan pakaian Elyssa. Dia kenal pakaian Elyssa. Adiknya suka memakai pakaian yang terdedah tapi pakaian yang dipakai Elyssa sekarang ni sangat bertutup. Sopan.

'Kalau kau rasa kau dah menang, kau silap El. Kau tunggu apa aku buat nanti," gumam Dahlia Rose.

tbc...

Harini saya rajin, so saya update 2 chapter. Jangan lupa vote dan comment :)

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now