IAN Darren meletakkan superbike ke garaj dirumahnya. Elyssa turun dan melihat sekeliling. Ini bukan kawasan rumahnya. Kawasan perumahan ini terlihat ganjil di matanya. Dia tak pernah datang ke kawasan rumah elit ini.
"Ini rumah siapa?" matanya meliar melihat kawasan itu. Rumah yang jauh daripada jiran. Kalau jerit ni, belum tentu jiran dengar.
"Rumah aku," jawab Ian senada.
"Apa?! Aku nak balik." Jerit Elyssa selepas mendengar pertuturan Ian. Gila ke pergi rumah lelaki ni. Kenal pun tidak. Malang betul nasib.
Ian mengeluh. Perempuan depan dia ni suka betul menjerit. Boleh pekak telinga kalau hari-hari macam ni. "Tadi kau cakap, kau tanak balik. Hantar kau kat mana-mana. Aku hantar kau kat rumah aku, kau nak balik pulak. Banyak songeh betul."
"Hantar lah aku kat hotel benak ubi! Rumah kau buat apa?" Jangan cakap dia nak buat benda bukan-bukan. Mintak simpang.
"Otak kau tu, takleh fikir benda yang elok ke?"
"Hah? Aku tanya lain, kenapa jawapan kau lain. Ahhh takde! Aku nak balik," bentak Elyssa. Tak betah dia nak duduk satu rumah dengan jantan ni.
"Nak balik? Pergi balik sendiri." Malas dilayan Elyssa. Makin melayan, makin sakit kepala dia. Sepatutnya dia balik ke kondo dia. Tapi disebabkan perkara yang tak sepatutnya berlaku, terpaksalah dia balik ke rumah mama papa.
"Okay fine! Aku balik sendiri," Elyssa melangkah keluar halaman rumah Ian.
"Selangkah kaki kau keluar dari pagar rumah aku. Aku tembak," Ian mengeluarkan pistol yang sentiasa berada di pinggangnya dan menarik picu. Elyssa egil, jadi terpaksa dia menggunakan cara ini.
Elyssa hanya mengendahkan kata-kata Ian. Dia terus berjalan keluar dan melepas pagar rumah Ian.
Bang!
Ian Darren melepaskan tembakan dan tepat peluru itu lalu di atas kepala Elyssa. Jika Ian Darren tersalah target, terus headshot lah jawabnya.
Elyssa terkaku. Kakinya terpaku. Tangannya menikam tajam melihat Ian.
"Aku cakap, kau degil," marah Ian. Penat betul nak hadap perempuan ni. Nanti jadi isteri aku nanti, aku ikat kemas-kemas supaya senang dengar kata.
"Ya Allah Ian Darren! Apani? Siapa yang lepaskan tembakan tadi?" Puan Sri Ilyana dan suaminya Tan Sri Isaac Adam terus bergegas keluar rumah selepas mendengar bunyi tembakan yang dekat dengan kawasan rumahnya.
"Apa jadi ni Along?" tanya Tan Sri Isaac Adam.
Ian terkejut mendengar suara mama dan papanya di muka pintu. Dia cepat-cepat simpan pistolnya tadi. "Tak tahu mama. Along baru nak pergi tengok lah ni, tapi kawan Along dah pergi tengok dulu." Dia menunding jari kearah Elyssa yang berada dia depan pagar rumahnya.
Puan Sri Ilyana melihat Elyssa yang kaku didepan pintu pagar rumahnya. "Ada ke patut suruh perempuan yang tengok. Kamu tu lelaki. Sepatutnya kamu lah yang pergi tengok."
"Along dah bagitahu dah kat dia jangan pergi. Tapi degil jugak nak pergi." Ian menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Elyssa hanya terpinga-pinga. Dia tak faham akan situasi sekarang ini.
"Sudah, ajak kawan kamu masuk," selepas lama Tan Sri Isaac Adam diam akhirnya bersuara. Kesian pulak dia melihat perempuan itu seolah terpinga-pinga.
Ini semua salah anak lelakinya. Isterinya dah cerita semuanya kepada dia macam mana Elyssa boleh ke rumahnya pada waktu pagi ini. Kalau anak dia tak buat hal langgar kereta orang, takdenya perempuan tu terpacak didepan rumahnya.
"Elyssa, mari masuk. Dah lewat pagi ni. Bahaya kamu kat luar sorang-sorang lelagi kamu perempuan," ujar Puan Sri Ilyana kepada Elyssa. Elyssa memandang Ian seperti ingin penjelasan. Ian hanya mengangkat bahu.
"Pergilah masuk. Mama aku dah panggil tu. Kalau kau rasa nak kena sekali lagi, cuba lah buat," dingin Ian bersuara.
"Along! Apa cakap macam tu dengan perempuan. Mama tak pernah ajar," marah Puan Sri Ilyana. Rasa nak ketuk kepala anaknya guna senduk. Dimarahnya budak perempuan tu.
Elyssa berjalan melepasi Ian, sempat dia menangkap kata-kata Ian. "Apa nak risau perempuan macam ni, letak dia dalam hutan pun boleh survive." Elyssa hanya menjeling.
"Jeling-jeling! Aku korek biji mata kau kan, sia-sia je takleh tengok kehenseman aku," Ian bersuara lagi tapi kalini kuat sampai ke pendengaran mama papanya.
"Ian Darren!" seru Puan Sri Ilyana. Anak lelakinya ini tak habis dengan perangai dia. Selamani elok je behave, kalini tak behave pulak anak terunanya.
Tan Sri Isaac Adam hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah anak terunanya itu.
Elyssa melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Matanya meliar melihat dekorasi rumah itu. Cantik. Simple. Dia suka, pandai mereka dekorasi rumah. Terlampau jauh perbezaan rumahnya yang sedikit crowded dengan perabot. Hatinya tenang bila melangkah masuk rumah ini.
Puan Sri Ilyana melangkah kearah dan mengusap bahu Elyssa "Elyssa pergilah masuk bilik tetamu. Nanti adik Ian hantarkan baju kat Elyssa ye? Lagipun Elyssa tak bawak baju kan." Dia perasan muka Elyssa sedikit keruh semasa dia mengusap bahu perempuan itu.
Elyssa terkejut apabila Puan Sri Ilyana mengusap bahunya. Dia tidak pernah rasa diusap oleh seorang yang bergelar ibu. Beruntungnya Ian mempunyai ibu yang menyayangi dia. Jauh sekali dengan dirinya. Ibu sendiri tidak suka akan dirinya. Matanya berkaca.
"Elyssa okay? Auntie ada buat salah ke?" Puan Sri Ilyana bertanya, takut juga kalau kata-katanya tadi mungkin tergores hati anak perempuan itu.
Mendengar suara mamanya yang bertanya Elyssa, terus dia berpaling melihat gadis itu. Ye, perempuan itu sedang menahan sebak. Dia perasan, perempuan nampak rapuh harini. Ada sesuatu yang berlaku ke?
"Takde auntie. Elyssa okay. Cuma terharu yang auntie tak marah Elyssa datang rumah lelaki waktu macam ni," tipu Elyssa. Ian memandang mata Elyssa. Dia tahu perempuan itu tipu.
"Lah. Auntie ingat ada tersalah cakap tadi. Kenapa pulak auntie nak marah. Anak auntie dah cerita semuanya dah masa call tadi," balas Puan Sri Ilyana. Dia memandang Ian yang beransur ingin masuk ke biliknya.
"Terima kasih sudi terima Elyssa sebagai tetamu waktu macam ni," ujar Elyssa.
"Takde apalah. Pergi naik atas. Bilik tetamu sebelah bilik Ian. Nanti anak perempuan auntie hantar baju ye." dia menolak lembut Elyssa supaya pergi naik ke atas untuk bersihkan dan rehatkan diri.
tbc..
Thankyou yang sudi baca dan support story pertama sayaaa. Maaf kalau part ni tak best. Saya berusa keras untuk perah idea sebelum tengok concert jk ahaks.
Jangan lupa comment dan vote untuk next chapter tauuu >_<
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
AcakAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...