Ian memberhentikan keretanya didepan rumah Elyssa. 'Ni macam rumah Rose? Tak pernah tahu pun Rose ada adik beradik yang lain'. Walaupun Ian pernah sekali hantar Rose balik rumah, dia percaya ini rumah yang sama dengan Rose. Tapi dia menggunakan kereta Proton x50 masa dia menghantar Rose balik.
"Em... Thank you. Aku harap lepasni kita takkan jumpa lagi dan kau tak kenal aku."
"Kenapa?"
"Takde sebab." Dia pergi berlalu masuk ke perkarangan rumah.
Tanpa sedar ada sepasang mata yang memerhati. Dia tak pernah nampak kereta itu. Nissan GT-R Nismo. Setahunya, Elyssa ke kelas dengan keretanya sendiri. Tapi lelaki yang hantar dia balik. Dia pasti itu lelaki.
Langkah kaki diatur masuk ke rumah.
"Siapa hantar kau?"
Belum sempat dia membuka kasut, ada suara bertanya.
"None of your business," balas Elyssa sinis.
"Jantan mana hantar kau balik rumah? Kereta kau mana? Kalau daddy tahu, masak kau," ujar Rose Dahlia.
"Kain sendiri koyak tak sedar sibuk nak jaga tepi kain orang," ujar Elyssa perlahan. Dia mengatur langkah.
"Kau nak cakap aku ni selalu sibuk pasal kau ke?" Suara nyaring Rose bergema.
"Ye. Memang!" Malas nak melayan, dia atur langkah kembali. Serentak itu Rose menarik tangannya.
"Aku sibuk pasal kau sebab aku tanak kau jadi anak derhaka! Balik lewat malam. Lepastu lawan cakap mummy daddy," kuat Dahlia bertempik.
"Sebelum ni aku balik lewat malam, takde pulak kau nak kisah. Kenapa harini aku balik awal, kau sibuk nak kisah? Kau takut kasih sayang mummy daddy bertukar arah ke?" Sinis Elyssa. Dia penat.
Mata saling menikam. Rahang bergerak-gerak.
"Kau tak layak la jadi anak mummy daddy. Kau elok mati je! Dari kecik sampai besar menyusahkan hidup mak bapak!"
Berdesing telinga Elyssa. Sepanjang dia hidup, dia tak pernah kisah pasal kakaknya. Tapi kalini Rose dah melampau.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Rose. Secara spontan.
"Elyssa Hayyes!" Suara Dato Malek naik seoktaf.
"Apa kau dah buat kat kakak kau sendiri?" wajah serius. Muka bengis.
"Dari luar mummy dengar suara korang berdua. Dah kenapa?" Tanya Datin Farida.
"Mummy daddy tanya anak kesayangan mummy daddy." Elyssa berpeluk tubuh dia berkira-kira mahu naik ke biliknya.
"Rose ke kamu yang buat hal El? Daddy nampak kamu yang tampar Rose."
Langkah Elyssa terhenti di anak tangga. Tangan menggengam kuat palang tangga. Rose dah menangis dia bahu mummy. Saat yang sama, adiknya Arshad Hayyan melangkah ke dalam rumah. Adiknya baru pulang dari kelas tuisyen.
"Do you love her that much?"
Dato Malek terkedu dengan pertanyaan anak keduanya.
"Apa bezanya Rose, El dan Arshad daddy? Kenapa daddy layan El macam bukan anak sendiri? El ni bukan anak mummy daddy ke?"
Tiada siapa mampu menjawab persoalan Elyssa. Arshad hanya mampu memandang. Dia kesian Elyssa, tapi dia tak mampu nak buat apa-apa. Pendapatnya selalu diketepikan oleh Dato Malek dan Datin Farida. Katanya, dia baru berumur 15 tahun, masih tidak faham dengan dunia.
"Kalau mummy daddy rasa itu salah El, takpelaa." Dia ketawa kecil. Dia mengantur langkah ke bilik. Lalu mengunci pintu bilik. Dia baring. Penat. Banyak benda terjadi harini. Otak tak dapat nak proses.
Di mata semua orang, dia yang salah. Dia yang jahat.
Hilangnya kelibat Elyssa. Mummy membelek wajah Rose.
"Anak mummy okay?" Pipi Rose disentuh dan usap.
"Okay."
Tanpa sedar, Rose masih tidak berpuas hati. Arshad nampak semuanya.
☘☘☘
Harini Elyssa mengambil keputusan ke university menaiki grab. Keretanya entah la, lupa pulak semalam keretanya rosak. Nak tumpang Rose, memang tidak akan. Dia rela naik grab daripada menumpang Rose.
Elyssa mengambil tempat di tepi tasik. Kebiasaan tasik di universitinya itu ramai orang. Tapi harini tiada orang. Macam tengah faham pulak yang Elyssa memerlukan masa untuk sendiri.
Dia merenung jauh sambil mengenang nasibnya.
"Jauh merenung. Teringat aku ke?" Ian mengambil tempat disebelah Elyssa.
Elyssa hanya memerhati lelaki itu, dari rambut yang berwarna dark brown, bulu mata yang lentik mengalahkan perempuan, matanya berwarna bluish grey. Cukup untuk buat perempuan jatuh cinta terhadap lelaki itu hanya melihat dari mata. Hidung mancung. Bibirnya merah seperti tidak merokok. Mukanya langsung tiada calar. Semuanya perfect.
"Done checking me?" Tanya Ian lagi.
"Jangan perasan boleh? Aku tengok pokok belakang kau." Elyssa kembali melihat tasik didepannya. Mukanya dah kemerahan kerana menahan malu. Macam mana entah boleh termenung melihat lelaki itu.
"Tak tahu pulak kau tengok pokok sampai boleh blushing macam tu." Dia perasan. Dia tahu Elyssa blushing selepas dia menegur.
"Diamlah! Kan aku dah cakap, aku tanak tengok muka kau lagi. Kau dan aku tak kenal."
Ian melabuhkan punggungnya ditepi Elyssa. Kisah pulak aku.
Dia tak suka lelaki itu. Sebab lelaki itu kawan Rose. Jadi dia yakin, lelaki itu rapat dengan Rose. Kalau boleh dia tanak ada kena mengena dengan manusia yang rapat dengan Rose. Dia takut lelaki itu hanya ingin mengumpannya.
"Kau ada masalah ke?" Tanya Ian selepas melihat muka mendung perempuan itu. Kosong. Seolah tengah memikirkan sesuatu. Dia pasti perempuan itu menyimpan 1001 kesedihan.
"Nampak muka aku macam ada masalah ke?" Elyssa menjeling Ian.
"Kau ni jeling-jeling. Aku korek biji mata kau kan, baru tahu. Sia-sia je tak boleh tengok kehenseman aku nanti."
"Mata aku. Ikut suka hati aku la and excuse me? Aku lagi rela buta daripada tengok kau. Dah blahh sana. Kau menganggu ketenteraman aku," kata Elyssa. Dia datang sini nak tenang fikiran bukan beban fikiran. Mamat tak tahu nama ni suka kacau.
"Yela, yela aku pergi. By the way, blacky kau dah siap. Nanti ada orang hantarkan depan pagar."
"Blacky?" Elyssa berkata perlahan. Apakah itu? Elyssa mengerut keningnya.
"Kereta kau la girl. Kau lupa ke yang kereta kau rosak semalam? Takkan nampak muka aku tadi terus hilang ingatan," kata Ian sinis.
Elyssa diam.
Ian sedar, kehadiran dia disitu hanya mengganggu ketenangan perempuan itu. "Remember girl, when problems comes into your life like a nonstop rain. Always remember that Allah will always be your umbrella." Terus dia bangun dan berlalu pergi meninggalkan perempuan itu sendirian.
tbc...
Jangan lupa vote :)
YOU ARE READING
HAYYES DARREN ©️
DiversosAkan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap...