28

11.9K 592 28
                                    

SELESAI majlis akad nikah mereka berdua, tetamu beransur pulang. Elyssa dan Ian akan bermalam di rumah Elyssa sebelum mereka pindah masuk di kondo milik Ian. Terasa janggal apabila dia terpaksa kongsi bilik dengan lelaki.

"Kau taknak mandi ke?"

Ian memandang Elyssa. "Are you talking to me?" Ian menunjuk dirinya.

"Ye la kau. Ada orang lain ke kat sini?" Elyssa memandang sekeliling biliknya. Mana lah tahu ada orang lain selain mereka berdua.

Ian hanya diam.

"Aku tanya ni. Nak mandi ke tak?"

"Bahasa tu tak boleh baik sikit ke? Kita kan dah kahwin. Tukar lah panggilan. Tak elok kau aku dengan suami. Baru jadi isteri, dah dapat dosa," lembut Ian menegur. Dia taknak berkasar.

"Habistu nak panggil apa?" Banyak songeh pula mamat ni.

"Mana-mana yang buat sayang selesa. Abang okay. Janji bukan aku kau. Tak manis."

"Kalau macam tu..." Elyssa mengetuk pipi dengan jari telunjuk. Berfikir.

Ian mengangkat sebelah kening. Takkan benda tu pun nak kena fikir.

"Lu taknak mandi ke? Kalau tak wa nak ambilkan tuala."

Itu aje yang ada dalam fikiran dia. Boleh lah kan? Ian cakap tak manis kalau aku kau aje. Bukan yang lain. Jadi okay lah ni wa lu.

Ian menolak dinding pipi kanan dengan lidah menahan berang. "Ada juga aku bunuh orang hari ni. Sia-sia aje kahwin tak sampai 24 jam dah jadi duda," perlahan suara itu berbunyi.

"Aku dengar Darren!"

"Memang abang nak suruh sayang dengar pun. Elok-elok boleh?" pujuk Ian. Susah betul bila berkahwin dengan perempuan yang tak cintakan dia langsung. Haih.

"Yelah. Tuanku nak mandi? Patik nak sediakan tuala. Penat lah ulang ayat sama aje dari tadi. Cakap jelah nak mandi ke tak. Bukan susah pun."

Dia fikir bengang dia aje. Kita pun bengang asyik ulang ayat yang sama. Tak sampai 24 jam lagi jadi isteri dia dah stress macam ni. Malang betul orang yang berjodohan dengan dia.

"Elyssa Hayyes Dato Malek." Nada suara ditahan-tahan. Ya Allah, sakit pula hati dia. Orang betul-betul, dia main-main.

"Aku tahu nama aku lawa. Tapi, tak cukup ke sebut masa akad nikah tadi? Jangan risau, nama aku tak berubah. Susah pula kalau nak tukar nama lain. Penat kena turun naik mahkamah nanti," bebel Elyssa panjang lebar.

Tajam mata Ian menikam anak mata Elyssa. Sesekali dia meraut wajah dengan menggunakan kedua tapak tangan dan beristifar. Baru harini dia tahu perangai yang sebenar Elyssa. Ingatkan pendiam rupanya boleh membuatkan dia hilang sabar.

Elyssa tahu Ian tengah stress dengan dia. Nak sangat kahwin dengan dia kan. Hadap lah perangai dia yang satu ni. Perangai baru bila dengan Ian sahaja. "Haih yelah. Awak nak mandi tak? Kalau nak, El nak ambil tuala," tanya Elyssa untuk kali ke seratus. Cuma kalini panggilan di tukar.

"Haaa kan lembut bila dengar. Nak lagi manis panggil 'abang' pun boleh." Ian tersenyum lebar. Kan sedap telinga mendengar.

"Orang bagi betis nak peha," dengus Elyssa.

Ian gelak. "Nak mandi lah. Takkan nak pakai baju melayu ni sampai esok."

Elyssa membuka almari pakaiannya dan mengambil sehelai tuala. Ian mengambil huluran tuala yang diberikan oleh Elyssa. "Jom mandi sekali nak? Jimat sikit air."

"Jangan nak mengarut!" Pipinya sudah berona merah dengan perangai tak semenggah Ian. Tak tahu sebab marah atau malu.

"Jom lah. Mandi sama-sama dapat pahala," usik Ian lagi. Memang hobi dia mengusik perempuan itu.

"Ian Darren!" jerit Elyssa.

"Reverse card," Ian tersenyum sinis.

Apabila Ian menghilang ke dalam bilik air, dia menguraikan rambut yang tersanggul elok semasa majlis tadi. Dia kemudian menanggalkan pakaian pengantin. Terasa rimas. Tapi macam mana entah zip di belakang baju tersangkut.

"Biasanya elok aje kalau bukakan zip kat belakang. Harini dia nak buat tersangkut pula," dengus Elyssa. Tangan sibuk menggapai zip baju.

Dia tersentak apabila ada terasa benda yang sejuk menyentuh bahagian belakang badannya.

"Lain kali minta tolong abang." Ian cuba untuk membuka zip.

"Tak payah. El boleh buat sendiri." Elyssa menelan air liur. Badannya tadi dijauhkan daripada Ian.

"Apa gunanya ada suami kalau tak boleh tolong hmm," Ian menarik Elyssa supaya mendekati dia.

Saat tangan sejuk Ian tersentuh dengan bahagian kulit belakang, dada Elyssa berombak kencang. Bila zip sudah berfungsi, cepat-cepat dia berpaling. "El boleh buat sendiri."

"Okay."

Elyssa cepat-cepat ingin menapak masuk ke bilik air tapi dihalang oleh Ian. "Sekejap! Bagi abang ambil wuduk sekejap boleh?"

"Tadi kenapa tak ambil terus?" Elyssa mengerutkan kening.

"Dah ambil. Tapi dah batal sebab sentuh sayang tadi." Sempat tangannya mencuit pucuk hidung Elyssa. "Kita solat asar sama-sama ye?"

Elyssa terkedu. Dia malu dengan Ian sekarang ni, sudah lama dia tinggalkan solat. Sampai lupa macam mana cara nak mendirikan solat dan bacaan solat.

"Kenapa ni, berry?" Ian menggapai tangan Elyssa. Dia perasan Elyssa seakan gelisah.

Elyssa hanya menunduk. Takkan dia nak mengaku. Malunya. Kali terakhir dia solat sebelum kematian abang Eiyad. Selepas itu, tiada siapa ajar dia cara solat. Berdosakah dia.

"El dah lama tak solat. Last El solat masa 5 tahun dulu. El dah lupa cara solat dan bacaan solat." Jujur Elyssa.

Ian hanya tersenyum. Dia dah agak. "Abang bukan sesiapa untuk menilai baik dan buruk sayang. Abang cuma hamba Allah sama seperti sayang. Abang pun ada dosa abang tersendiri cumanya Allah jaga aib abang. Jadi sebagai seorang suami yang dihantar untuk sayang, tanggungjawab untuk melindungi dan mendidik."

Elyssa hanya diam. Riak wajahnya kosong. Telinga hanya mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suaminya.

"Tapi kalau sayang tak sedia lagi nak jadi makmum, abang tak paksa. Abang akan tunggu sampai sayang betul-betul sedia nak jadi makmum abang." Dahi Elyssa dikucup sekilas.

Cepat betul air matanya mengalir untuk hari ini. Jiwanya tersentuh dengan kata-kata Ian. Air mata mula mengalir di pipi Elyssa.

"No one is pefect sayang. Cukup sayang perfect kat mata abang sudah. Abang terima baik buruk sayang."

Makin lebat air mata Elyssa mengalir. Dia rasa disayangi selepas lama dia hilang kasih sayang daripada orang sekeliling.

Ian senyum tipis dan mengelap air mata isterinya yang makin lebat membasahi pipi. "Eeee ada orang tu tak malu nangis depan bilik air. Ingatkan hati kental sangat, rupanya cengeng." Saja dia mengusik Elyssa. Taknak melihat air mata itu mengalir. Cukup lah dimana malam dia hampir kehilangan perempuan itu.

"Ishhh... Diam lah. Mana ada menangis. Entah air mana jatuh tadi. Habis basah muka." Dia menapak masuk dalam bilik air untuk membersihkan diri. Dia dengar suara suaminya sedang gelakkan dia disebalik pintu.

"Diam Ian Darren! Kalau rasa nak makan selipar gelak lah lagi," marah Elyssa.


tbc...

Don't forget vote and comment for next chapter.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now