20

13.1K 543 13
                                        

HAYDER dan Hana menunggu ketibaan Elyssa. Mereka berada di shopping complex One Utama untuk membeli barang persiapan perkahwinan. Sepatutnya dia yang mengambil Elyssa, tetapi disebabkan Elyssa bukan berada di syarikatnya. Maka, Elyssa datang sendiri.

"Abang! Kak Hana!" Elyssa melambai tangan ke arah Hayder dan Hana.

"Baby lambat! Dah berjanggut abang tunggu," rungut Hayder.

"Tengok sikit janggut abang. Cakap dah berjanggut, takde pun janggut abang." Elyssa menilik dagu Hayder. Sesekali dagu Hayder di sentuh.

"Eh baby ni!" Kepala Elyssa ditarik dan diletakkan di bawah ketiaknya. Ingin menyekeh kepala Elyssa.

Elyssa cuba melepaskan diri daripada Hayder. "Abang, lemas El. Lepaslah." Dia memukul badan Hayder.

Hayder meringis kesakitan. Hayder melepaskan kepala Elyssa. "Sakit lah abang, baby. Tahu lah baby kuat." Dia mengusap badannya yang dipukul oleh Elyssa.

"Habis rosak rambut El. Tanak kawan dengan abang. Jom kak Hana tinggal abang." Elyssa memeluk lengan Hana dan meninggalkan Hayder keseorangan di belakang.

Hana tergelak. Dia sudah sedia maklum bahawa Elyssa dan Hayder memang rapat sebelum perkenalan mereka lagi. Sedikit pun dia tidak cemburu.

Dia fikir Elyssa seorang yang sombong tapi dia salah. Betul lah kata orang, pemakaian seseorang tidak melambangkan sifat dan keperibadian seseorang. Walaupun Elyssa seksi, tapi hatinya sangat baik. Dia suka bergaul dengan Elyssa. Dia dah anggap Elyssa seperti adiknya juga.

Elyssa dan Hana melangkah masuk ke kedai bunga yang menjadi pilihan Hana Medina.

"Banyak sangat sample bunga sampai berpinar mata El, tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya cantik-cantik!" Elyssa memandang ke arah deretan bunga di hadapannya.

"Kak Hana suka warna apa untuk bunga telur?" Elyssa tersengih.

"Itulah yang kak Hana tak tahu. Semuanya cantik. Warna purple pun nampak cantik bila jadi bunga telur macam ni." Hana angkat satu cucuk contoh bunga telur berwarna purple.

"So, kak Hana nak warna purple ke?"

"Itulah. Akak tak tahu lah." Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Apa kata kita tanya abang? Jap El panggil abang Hayder." Elyssa berpusing untuk mencari kelibat Hayder."Abang! Sini." Panggil Elyssa.

"Baru ingat abang ke? Tadi cakap taknak kawan."

"Memang taknak kawan pun, tapi sebab kak Hana perlukan bantuan abang. Terpaksalah El panggil abang," ujar Elyssa bersahaja.

"Hayder, awak rasa warna apa cantik?" Hana yang memerhati tadi, bersuara. Lagi lama dia berdiam, nanti bergaduh pula mereka berdua dalam kedai bunga.

Hayder mengambil satu cucuk bunga telur dan dihulur kepada Hana. "Warna baby blue ni macam cantik juga. Sesuailah dengan sayang yang soft."

Hana tergelak kecil dengan pujian tunangnya.

"Mulut abang manis sangat!" Elyssa menggulingkan biji mata ke atas.

"Aik? Dah pernah rasa ke mulut abang yang baby cakap mulut abang manis? Tapi, tak boleh. Kak Hana je boleh rasa mulut abang. Baby kalau nak rasa, pergi cari suami sendiri."

Elyssa yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Hayder, buat-buat muntah. Menyampah betul dengan Hayder. Fikir sweet lah tu.

"Kesitu pula awak ni. Kesian Elyssa." Hana membela Elyssa. Hayder suka mengusik Elyssa.

HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang