45

12.1K 537 35
                                        

SELESAI sahaja dia menggantikan pakaian yang lebih sopan, dia turun ke bawah menuju ke dapur. Makanan sudah terhidang di atas meja. Sarapan makan kek red velvet adalah satu benda yang tak pernah dibuat oleh dia. Ian Darren seorang yang sukar untuk di jangka.

Ian yang perasan kehadiran isterinya di dapur, menoleh ke arah Elyssa. Dia tersenyum nipis. "You know what?" tanya Ian.

Elyssa memandang Ian sambil menjongketkan sebelah keningnya. "What?"

"You're more than beautiful if you wear like this. The world 'beautiful' doesn't enough to describe how beautiful are you. You deserve word than beautiful." Ian melihat penampilan isterinya berbaju kurung moden berwarna putih. Sangat sesuai dengan Elyssa. Dia suka cara pemakaian Elyssa sekarang.

Wajah Elyssa terutama pada bahagian pipi berona merah saat pujian itu keluar dari bibir suaminya, Ian Darren. Perutnya dipegang seolah ada rama-rama berterbangan di perutnya. Macam ini ke rasa bila suami sendiri puji?

"Are you blushing, besitos?" Ian menjongket sebelah kening dan senyuman nakal terlorek di bibirnya.

"I'm not." Mukanya ditayang selamba. Kedua-dua tangannya menutup pipi yang merah itu. Malu.

"Okay then. Have a sit, baby. Abang nak pergi tukar baju dulu." Ian menarik tangan isterinya dan kerusi ditarik untuk Elyssa duduk. Tanpa banyak bicara, Elyssa terus melabuhkan punggung di kerusi itu.

Bibir Elyssa dicium sekilas. "Proper breakfast for me." Dia mengenyitkan mata dan berlalu menuju ke bilik untuk menukar pakaian.

Elyssa hanya menjeling suaminya. Suaminya sekarang dah pandai ambil kesempatan. Sebelum ni setakat dicubit sahaja pipinya. Sekarang dah pandai cium-cium anak orang.

Kek red velvet di atas meja itu hanya dipandang dengan tidak berminat. Americano disebelah kek itu ditarik dan diminum. Bibirnya melakar senyuman apabila aroma Americano menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. "Nice."

Disisip perlahan Americano itu apabila bibirnya bertemu dengan cawan, matanya sedikit terpejam untuk menikmati rasa itu. Hampir separuh diminum, cawan itu kembali bertemu dengan piring.

"What a great taste to start a day," ujar Elyssa perlahan. Sudah lama dia tidak menikmati Americano kerana Ian sangat menjaga pemakanan seorang Elyssa Hayyes. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kadang terpaksa diam-diam beli Americano tanpa pengetahuan suaminya.

Ting!

Telefon berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Pantas dia mengambil telefonnya dan mesej itu dibuka.

Unknown Number

- Aku ingat lepas kau terjun tasik, kau dah mati. Tapi aku silap. Kau lagi bijak dari aku, Elyssa Hayyes. Kalau aku tak boleh dapatkan Ian Darren, takde siapa boleh dapatkan dia. Termasuk kau, Elyssa Hayyes Dato Malek!

Dia membaca mesej itu dengan serius. Keningnya bertaut rapat. Matanya merah seolah sedang menahan marah. Siapa manusia disebalik nombor ini? Elyssa pernah cuba untuk detect location nombor itu.

Pegangan telefon makin kemas di genggam oleh Elyssa. Dia mengeluh dengan kuat. Baru sahaja dia ingin mendail nombor seseorang, suaminya menegur. "Are you okay, besitos?"

Telefon yang dipegang tadi, terus ditutup. Riak mukanya dikawal supaya suaminya tidak nampak. "I'm okay."

Ian hanya memandang Elyssa dengan penuh tanda tanya. Dia nampak dan dia perasan reaksi muka Elyssa ketika melihat telefon tadi sangat tegang. Apa yang dibaca oleh isterinya?

"Betul? Berry tak tipu abang kan?" tanya Ian sekali lagi inginkan kepastian walaupun dia tahu Elyssa akan menipu dirinya.

"Betul. Jom, nanti lambat nak pergi majlis kahwin abang Hayder." Cepat-cepat dia bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari rumah.

HAYYES DARREN ©️Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang