35

11.4K 559 16
                                    

TERKEJUT dia bila Irene keluar dari kereta Ayden dan bukan dari keretanya yang dibawa oleh Irene sebentar tadi. Tapi isterinya tidak kelihatan. Ian berlari ke arah kereta Ayden yang berada di dalam perkarangan rumahnya.

"Kenapa Irene naik dengan kau? Isteri aku mana?" tanya Ian selepas nampak kelibat Ayden yang baru keluar dari kereta.

Muka Irene cemas dan gelisah. Takut jika Ian akan memarahinya.

"Maaf bro. Isteri kau pengsan, sebabtu aku bawa dorang balik." Ayden menepuk bahu Ian dan menunding jari ke arah pintu belakang kereta.

Ian cepat-cepat membuka pintu belakang kereta. Terkejut dia melihat sekujur tubuh isterinya yang lemah tak bermaya. Muka pucat dan pipi merah seakan di tampar oleh seseorang. Elyssa di angkat ala bridal style.

"I need an explanation!" keras suara Ian.

Irene gelisah. Ayden melepaskan keluhan. "Aku juga yang kena."

Terus dia berlalu menuju ke bilik mereka untuk meletakkan Elyssa. Telefon di ambil untuk menelofon doktor peribadi mereka. Sementara menunggu doktor, Ian kembali turun ke bawah untuk mendengar penjelasan dari Ayden dan Irene.

"Any explanation?" tanya Ian dingin. Matanya tajam menikam dua orang di hadapannya.

"Kau jangan nak salahkan aku. Aku tahu-tahu bini kau pengsan depan aku. Terus aku bawa dia datang sini." Ayden memberi penjelasan yang menyatakan dia tak bersalah.

Manakala Irene diam tidak berkutik. Dia hanya memandang lantai, tidak berani ingin memandang panahan tajam abangnya.

"Irene Danisha!"

Irene yang mendengar suara abangnya memanggil nama penuhnya dipandang. Air liur ditelan kesat. Dia tidak berani untuk bersuara.

Baru Irene ingin membuka mulutnya, loceng rumah berbunyi.

"I'm not done yet with you." Ian berlalu ke pintu rumah untuk menyambut kedatangan doktor Haris.

Irene menghembus nafas lega. 'Cepatlah mama balik," bisik hati kecilnya. Sekurangnya kalau ada mama, mama boleh tenangkan Ian yang marah.

Ayden juga bangun untuk pulang. Nanti apa pula kata mak dia lambat sangat beli barang dapur. "Aku balik dulu Ian. Mak aku dah tunggu tu."

Ian hanya mengangguk.

Mereka berdua berjalan menuju ke atas untuk merawat Elyssa yang pengsan tidak sedarkan diri. Haris memandang perempuan yang berada di atas katil Ian dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Isteri kau?" tanya Haris.

"Haah. Aku baru kahwin petang semalam dengan dia."

"Baru kahwin semalam, harini dia dah pengsan? Kau buat apa dengan dia bro?" Haris mengangkat sebelah kening. Senyuman nakal terukir di bibir lelaki itu.

"Kau jangan fikir macam-macam. Ada juga aku sepak orang kat sini kan," marah Ian. Dia punya risau dengan isteri dia. Sempat lagi Haris bergurau dengannya.

Melihat muka kerisauan Ian, tak jadi dia nak gurau lebih-lebih. Doktor Haris terus merawat Elyssa dan Ian pula setia melihat Haris merawat isterinya.

Selesai sahaja merawat Elyssa, tak sempat nak kemas barang. Ian terus menyerangnya dengan soalan. "Macam mana? Isteri aku okay? Dia tak apa-apa kan? Macam mana boleh jadi macam ni?"

Doktor Haris terus menghamburkan tawa melihat Ian Darren. "Bro, satu-satu boleh? First time aku tengok kau macam orang hilang bini. Selama ni muka ketat dingin je."

Ian menggosok belakang lehernya. Malu. Tak pernah sisi dia yang ini keluar dari dirinya. Sumpah dia terlampau risaukan Elyssa.

"Isteri kau okay. Dia pengsan disebabkan gula rendah dalam badan. Semua ni boleh terjadi kalau seseorang not taking any foods. Kau tak bagi bini kau mana ke, Ian?" Jelas doktor Haris ringkas sekaligus menyoal Ian.

HAYYES DARREN ©️Where stories live. Discover now