Part 1

5.8K 230 7
                                    

Sebaik saja mendapat keizinan, kaki dibawa masuk ke dalam bilik yang tidak asing lagi baginya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik saja mendapat keizinan, kaki dibawa masuk ke dalam bilik yang tidak asing lagi baginya. Segala urat saraf mula merasa dingin dengan pendingin hawa yang menyucuk-nyucuk hingga ke dasar kulit. Berpakaian serba hitam berdiri tidak jauh daripada lelaki yang lebih berusia daripadanya. Kepala didongak tegak, langsung tidak mengalihkan mata ke tempat lain melainkan ke hadapan.

"Datuk panggil saya?" Nada suara kedengaran serius dan mendatar. Tangan dibawa ke belakang, menampakkan dada tegapnya bahkan menonjolkan sisi maskulin.

Lelaki separuh usia itu memusingkan tubuh seraya menguntum senyum tipis. Langkah kaki dibawa ke meja tetamu.

"Duduk dulu, saya ada sesuatu nak bincang dengan kamu." Tangan diunjuk ke hadapan, menyuruh orang suruhannya untuk melabuhkan duduk.

Setelah mendapat arahan, punggung dihenyakkan di atas sofa empuk. Namun, belakang tubuh masih tegak. Tangan direhatkan di atas peha.

"Ni..." sampul surat bersaiz kertas A4 berwarna perang ditolak ke hadapan, merapati orang suruhannya.

"Dalam ni ada upah untuk kamu sepanjang kamu berkhidmat untuk saya."

Dahinya berkerut lebat melihat sampul yang kelihatan tebal. Dia pasti, ianya bukan sedikit. Mata kemudian naik membalas pandangan majikannya.

"Saya minta maaf, Datuk. Saya tak boleh terima upah ni. Lagipun, saya ikhlas berkhidmat untuk Datuk selama ni." Balasnya, yakin dan penuh tekad.

Datuk Jefri menguntum senyum tipis. Helaan nafas kedengaran tenang. Dia sudah dapat mengagak reaksi orang suruhannya. Disebabkan itu, dia hanya beriak biasa.

"Saya tahu kamu ikhlas bekerja dengan saya selama ni. Tapi anggaplah ini tanda penghargaan saya untuk kamu. Saya sangat berterima kasih atas jasa kamu yang setia bersama saya. Menjadi pengawal peribadi bukan sesuatu yang mudah."

"Tapi..."

"Kalau kamu rasa kamu ikhlas, begitu juga saya. Saya ikhlas bagi upah ni untuk kamu dan saya minta maaf kerana ianya tak setimpal dengan pengorbanan kamu." Wajah tertunduk sedikit. Selama orang suruhannya berkhidmat untuknya, pemuda itu tidak pernah mengeluh bahkan berputus asa biarpun pekerjaannya melibatkan nyawa. Terlalu tinggi harga yang perlu dibayar.

"Datuk, apa yang Datuk dah bagi pada saya selama ni lebih dari segalanya. Tanpa Datuk, saya takkan ada di tempat saya sekarang. Saya takkan ada empayar saya sendiri. Saya terhutang budi sangat dengan Datuk." Dengan rasa rendah diri, dia bersuara. Berat terasa dada untuk menerima pemberian majikannya. Dia sudah bekerja dengan Datuk Jefri sejak umurnya dua puluh tahun. Bermakna kini sudah empat belas tahun dia berkhidmat.

"Kamu seorang lelaki yang berjiwa besar, Fareeq. Sepanjang kamu menjadi pengawal peribadi saya, segala cabaran, kamu hadapi dengan tenang. Betul atau tidak kalau saya cakap, badan kamu pun seperti kalis peluru?"

Fareeq menjungkit senyum. Hanya sesaat sebelum wajahnya kembali serius. "Dah menjadi tanggungjawab saya untuk lindungi Datuk walaupun nyawa saya yang harus dipertaruhkan."

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now