Berkali-kali dia cuba menghubungi seseorang tetapi sering saja panggilannya masuk ke emel suara. Bibir sudah terkumat-kamit menyumpah seranah. Bukan sekali perkara seperti ini terjadi sampaikan dia sudah hilang sabar.
"Ish, you pergi mana ni, Danny?" Tempelak Jelita seperti Danny ada di hadapan mata. Hampir saja dia mahu membaling telefon pintarnya ke dinding, tetapi ditahankan hati. Tidak dapat bersabar lagi, Jelita mencampak telefonnya di atas sofa. Rambut dicengkam kasar.
"Sampai bila aku kena duduk sini? Boleh gila aku kalau duduk dengan lelaki yang aku tak kenal!" Getus Jelita, meluahkan perasaan geram. Fikirnya, apabila dia dapat menghubungi Danny, lelaki itu dapat membantunya keluar daripada cengkaman Fareeq tetapi kewujudan Danny pun dia tak tahu. Danny seolah-olah ghaib ditelan bumi!
"You have to do something, Jelita. Kalau kau nak keluar daripada sini, kau kena buat sesuatu. Sampai bila nak tunggu? Fareeq takkan lepaskan kau!" Lagi dan lagi dia bermonolog sendiri. Kala ini dia sedar, dia tak boleh harapkan Danny. Dia yang perlu bertindak sendiri.
Jelita menggigit kuku. Itulah tabiatnya setiap kali otaknya ligat berfikir untuk mencari idea. Tak lama selepas itu, dia tersenyum apabila mengingat kembali kata-kata Kak Su.
"Jarang nak tengok tuan mengamuk tapi kalau dah mengamuk tu, mungkin tuan terlalu marah dan terlalu sabar. Tuan Fareeq tu memang kasar orangnya dan bukan penyabar juga, jadi, tak ada siapa berani cari masalah kalau tak nak tengok tuan mengamuk."
"Ya! Kau kena buat sesuatu sampai dia hilang sabar, Jelita. Lepas tu, dia mesti akan lepaskan kau sebab tak tahan dengan perangai kau. Betul tak?" Bila difikirkan balik, ada logiknya juga. Mungkin dia boleh cuba. Siapa tahu rancangannya berjaya? Dia akan pastikan Fareeq lepaskannya walau apa pun cara. Tetapi, sebelum tu, dia harus 'mengusik' emosi dan kesabaran suaminya dahulu.
Tak lama kemudian, Jelita menjungkit senyum sinis.
•••
"Nanti apa-apa aku beritahu kau lah. Aku kena jumpa Detektif Ray dulu sebelum bagi arahan." Ujar Fareeq setelah melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Fayyad.
"Boleh. Kalau macam tu, aku tunggu arahan daripada kaulah nanti." Ketika pintu ditutup, matanya terhala ke arah ruang tamu apabila terdapat seorang gadis yang sedang leka menonton televisyen. Tetapi, bukan itu yang menjadi tarikannya. Yang menjadi masalah sekarang adalah penampilan gadis itu.
Fareeq yang masih leka menatap skrin telefon langsung tak perasan kewujudan isterinya di ruang tamu. Fayyad terus menyenggol bahu abangnya lantas menjuih bibir ke arah Jelita yang masih tidak perasan kehadiran mereka berdua.
"Apa?" Fareeq akan kening kepada adiknya sebelum menjatuhkan pandangan ke arah ruang tamu. Terus terbuntang biji matanya. Liur ditelan payah. Mata tak berkelip memandang Jelita. Mana tidaknya, selamba gadis itu memakai baju yang terdedah lantas dengan tidak bersalahnya baring di atas sofa sehingga mendedahkan kaki putihnya. Pakej goyang-goyang kaki lagi! Bukan itu sahaja, Jelita siap makan kuaci!
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...