Part 10

3.3K 196 5
                                    

Hampir seminggu menjadi seorang suami, tak dinafikan, ianya sesuatu yang tak mudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir seminggu menjadi seorang suami, tak dinafikan, ianya sesuatu yang tak mudah. Tambahan pula dengan sikap Jelita yang semakin menjadi-jadi. Entahkan sejak bila gadis itu menjadi tak semenggah. Naik darah juga dia dibuatnya. Ada saja lah akal panjang gadis itu hendak menaikkan kemarahannya tapi dia sentiasa mengingatkan diri sendiri, mengasari wanita bukan jalan penyelesaian.

Fareeq yakin, Jelita akan berubah. Cuma, perlukan masa dan kesabaran yang lebih tinggi. Bukan Jelita yang perlu bersabar, tetapi dia yang hendak mendidik gadis itu yang perlu sentiasa kekal tenang.

Lamunan terhenti apabila telinga menyapa bunyi pintu terkuak dari luar. Tubuh terus bangkit lalu pusing menghadap gerangan yang baru masuk. Senyum dijungkit tipis.

"Lama tunggu, Fareeq?"

Fareeq menggeleng. Mereka saling berjabat tangan sebelum masing-masing mengambil tempat duduk, saling berhadapan antara satu sama lain.

"Aku baru sampai. Kau dari mana?"

"Aku baru lepas siasat kes baru." Kedengaran keluhan dilepaskan.

Fareeq senyum lagi. Kepala mengangguk perlahan. Bukan dia tak tahu, apabila seorang detektif polis mendapat kes baharu untuk disiasat, masa mereka menjadi terhad bahkan kerja makin menimbun. Sekejap ke sana, sekejap ke sini.

"Oh ya, aku minta maaf aku tak dapat datang majlis nikah kau hari tu. Aku tak dapat cuti." Suara Detektif Ray mengembalikan fokus Fareeq.

"Tak apalah, aku pun buat kecil-kecilan aje. Aku faham." Balas Fareeq, bernada biasa.

"Kalau macam tu, kau cakap ada benda nak bincang dengan aku. Kenapa?" Detektif Ray terus ke topik utama perbualan mereka. Tidak mahu membazirkan masa untuk berborak kosong.

Fareeq meletakkan dokumen di hadapan Detektif Ray sebelum ianya sampai ke tangan lelaki itu. Naik turun sepasang mata Detektif Ray memandang dokumen di tangan dengan Fareeq bersilih ganti.

"Apa ni?"

"Dalam tu ada bukti kematian Datuk Jefri. Walaupun masih tak cukup, tapi aku akan cari lebih banyak bukti dan pastikan kali ni ianya akan berakhir."

Serius riak wajah Detektif Ray meneliti dokumen tersebut. Mata menyoroti setiap baris kata yang tertulis sehingga berkerut-kerut dahi dibuatnya.

"Kumpulan Phantom? Bukan ke ni kumpulan yang diketuai..."

"David." Sambung Fareeq bagi pihak sahabatnya.

Terangguk kepala Detektif Ray. Itu yang mahu dia katakan. Sudah lama dia tidak mendengar nama kumpulan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam negara. Mereka bijak memanipulasi dan licik memghapuskan bukti jenayah mereka.

"Kau yakin ke ni?" Bukanlah dia tak percayakan Fareeq, tetapi setiap bukti yang ditunjuk perlulah sahih dan tidak palsu. Semua itu perlu diambil kira.

"Ya. Aku tahu masih tak cukup bukti. Tapi, aku rasa dengan apa yang kita ada ni kita boleh buka semula kes Kumpulan Phantom sebab mereka ada kaitan dengan kematian Datuk Jefri." Jelas Fareeq panjang lebar. Wajah beriak serius. Mata tajam merenung Detektif Ray.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now