Part 18

5.7K 256 6
                                    

Kepala ditunduk hormat menghadap Jelita dan Fareeq yang baru melangkah keluar dari lif

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kepala ditunduk hormat menghadap Jelita dan Fareeq yang baru melangkah keluar dari lif. Terasa lama dia tidak berjumpa dengan Jelita kerana kali terakhir adalah di majlis pernikahan gadis itu. Selepas daripada itu, dia diarahkan untuk bekerja di bawah Fareeq. Bermulalah tugasnya di pejabat lelaki itu sebagai pengurus.

"Selamat pagi, Puan Jelita, Tuan Fareeq." Sapa Muna, lembut.

Jelita senyum. Wajahnya tampak berseri-seri.

"Good morning, Muna! Oh my, I rasa dah lama tak jumpa you!" Jelita memeluk tubuh Muna dengan erat. Rindu semakin menggebu apabila dapat berjumpa dengan pengurusnya yang sudah lama berkhidmat dan setia berdamping di sisinya.

"Itulah. Teruja juga saya bila puan called saya ajak jumpa. Puan ada apa-apa nak saya bantu ke?" Dia terus ke topik utama. Tujuan dia ke mari bukanlah sengaja melainkan ada hal mustahak sahaja. Kira mustahaklah juga apabila Jelita sampai menghubunginya pagi tadi.

Fareeq di sisi Jelita hanya mengunci mulut. Mata sahaja yang tidak berhenti merenung sisi wajah Jelita. Kehadiran Muna di hadapan mata langsung tidak dipedulikan. Kata Jelita, dia harus menerima hukuman atas kekalahannya. Jadi, tertanya-tanya juga hatinya mahu tahu apa yang harus dia buat. Jangan yang mengarut sudahlah. Jelita bukan boleh sangat. Entah apalah muslihat gadis itu lagi.

"Tak, I suruh you datang sini sebab I nak you teman I keluar." Suara Jelita menghentikan lamunan Fareeq. Dia kembali memandang isterinya.

"Keluar ke mana, puan?" Bersilih ganti dia memandang Jelita dan Fareeq di depan mata. Wajah beriak keliru.

"Shopping. Tuan Fareeq kita ni kata dia nak belanja kita berdua pergi shopping," ujar Jelita selamba tanpa menyedari wajah Fareeq yang tampak terkejut.

Terbuntang biji mata Muna melihat Fareeq dan Jelita bersilih ganti. Nampak sangat tidak percaya dengan kata-kata gadis itu.

"Be... betul ke, tuan?" Soal Muna, inginkan kepastian.

Terkebil-kebil mata Fareeq membalas renungan isterinya. Sejak bila dia kata dia nak belanja? Jelita tipu!

"Ah, ya... sebab, aku... terhutang budi dengan kau yang sudi menjaga isteri aku selama ni." Walaupun agak tergagap-gagap, otak terpaksa berjalan untuk mencari alasan. Tambah pula dengan jelingan maut Jelita yang seperti mahu ditikam dengan pandangan tersebut.

Muna sengih kecil. "Ala, tak ada apalah, tuan. Memang tugas saya untuk menjaga puan dengan baik. Dapat kerja pun saya dah rasa bersyukur sangat. Terima kasih, tuan." Muna menunduk hormat kepada Fareeq.

Fareeq menggaru kening. Senyum janggal terukir.

"Okey! Dah, jom! Tak elok membazir masa. Tuan Fareeq kita ni dah tak sabar nak belanja kita!" Jelita memaut lengan Muna. Nada suaranya jelas kedengaran teruja. Muna pula hanya mampu mengikut langkah Jelita untuk keluar daripada rumah.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang