Lamunan terhenti apabila secawan kopi diletakkan di hadapannya. Terbit senyum di wajah. Tidak menunggu lama, dia menyisip perlahan air tersebut yang masih panas. Terasa lega celah kerongkongnya yang kering sedangkan dia tak bercakap daripada tadi.
"I minta maaf tentang Danny. I tak tahu pula dia berani datang sini dan buat kecoh macam tadi." Jelita bersuara memecahkan hening di antara mereka. Dia turut menyisip air kopi yang baru dibuat tadi untuk mereka berdua.
Fareeq ralit merenung wajah Jelita. Seketika, fikirannya teringat tentang tadi. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah, Jelita terus menariknya ke dapur. Dia pula tidak banyak membantah, hanya menurut.
"Tak apa. Mungkin kalau aku dekat tempat dia pun aku akan jadi macam tu. Yalah, hilang orang yang kita sayang. Apatah lagi orang tu depan mata tapi... bersama orang lain."
"Orang lain tu pula kawan sendiri." Sambung Fareeq perlahan, tetapi masih dapat didengar Jelita.
"Macam mana you boleh berkawan dengan Danny? I tengok you selalu sibuk dengan kerja aje. Kalau ada pun, dengan Fayyad. Tak pernah nampak you melepak dengan kawan lain." Jelita menyoal hairan. Sungguh kecil dunia ini sampaikan dia tidak tahu suaminya pernah berkawan dengan bekas kekasihnya.
"Aku tak suka melepak, dan kawan aku rata-rata dari tempat kerja sama." Fareeq membalas tenang.
"Aku berkawan dengan Danny waktu sekolah dulu. Dia duduk kampung dengan nenek dia dan bersekolah dekat sana. Tapi lepas tamat sekolah, Danny terpaksa ke bandar atas arahan bapak dia, kebetulan pula nenek dia dah meninggal. Sejak daripada tu, kami dah tak berhubung lagi." Fareeq mula membuka cerita. Tiada apa lagi yang perlu disorokkan daripada Jelita. Dan kini, dia akan menjawab setiap soalan isterinya tanpa rahsia dan selindung.
"Tapi kenapa Danny duduk dengan nenek dia?" Jelas Jelita terkejut dengan cerita Fareeq. Tak pernah dia tahu Danny berasal dari sana, sama seperti suaminya. Lihatlah, dia yang bertahun-tahun bercinta dengan Danny pun tidak tahu lelaki itu berasal dari mana.
"Sebab mak bapak dia berpisah. Dia yang minta untuk duduk dengan nenek dia." Seperti itulah yang diceritakan Danny padanya dahulu ketika mereka masih berkawan.
"Kenapa you tak pernah beritahu I yang you kenal Danny?"
"Aku tak rasa benda tu penting sebelum ni. Kau cintakan Danny dan kau sanggup buat apa sahaja untuk dia. Kalau kau tahu perkara sebenar, mungkin kau bertambah benci pada aku. Mungkin kau akan anggap aku kawan yang jahat, cuba merampas kau daripada Danny." Setiap patah bicara yang keluar dari mulut Fareeq, segalanya bagaikan air sungai yang tenang. Tiada melibatkan emosi seakan-akan lelaki itu sudah mengagak yang perkara sebegini akan berlaku.
Jelita mati kata. Jauh di sudut hati, dia bersetuju dengan kata-kata Fareeq. Hubungan mereka yang tidak berapa baik sebelum ini, belum tentu boleh membina kepercayaan Jelita pada Fareeq.
YOU ARE READING
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀
Romance[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...