Part 24

3.2K 173 9
                                    

"Aku nak kau dengar ni, Jelita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku nak kau dengar ni, Jelita. Aku nak kau dengar dan percayakan aku."

Jelita yang masih statik di luar pintu hanya menyepi. Tetapi, telinga dipasang untuk mendengar. Tipulah dia kata dia tidak terkejut mendengar pertengkaran Anis dan Fareeq. Betullah telahannya, suaminya pulang ke rumah. Dia yang mengikut kata hati, terus bergerak balik sebelum mendapati terdapat kasut lain di depan rumah. Tidak menunggu lama, terus dia menaiki tangga untuk masuk ke dalam sebelum suara orang bertengkar kedengaran. Mati langkahnya semerta. Sehinggalah sedar-sedar dia sudah terpacak di sini mendengar segala-galanya.

"Aku kahwin untuk seumur hidup. Bermakna, seumur hidup hanya sekali. Kalaupun jodoh tak panjang, aku akan pastikan hanya Jelita yang memegang gelaran isteri kepada Fareeq Isyraf."

"Sebab aku tak suka gelaran tu dikongsi perempuan lain." Setiap patah kata yang dilontarkan cukup berbisa. Tambahan pula, dengan tatapan matanya tajam bak helang menikam tepat ke anak mata Anis.

Anis yang mendengar terus jatuhkan kepala. Hati seakan-akan disiat-siat dengan kata-kata Fareeq. Dari ayat lelaki itu, Fareeq seperti sudah membencinya.

"Kisah kita dah lama basi, Anis. Sekarang masanya untuk kisah aku dengan Jelita. Sampai hujung hayat aku, hanya ada kisah aku dan dia." Ujar Fareeq mendatar. Nampak jelas dirinya yang sudah tawar hati dengan Anis.

"Kenapa abang boleh perjuangkan dia sampai hujung hayat tapi tak boleh buat perkara sama untuk Anis? Sedangkan Anis cinta pertama abang." Masih terselit nada tak puas hati dari bicaranya. Mengapa segala-galanya seperti tak adil untuknya?

"Cinta pertama tak semestinya cinta terakhir. Dan, cinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin lebih mendapat keredaan Tuhan, Anis?"

"Kenapa aku nak perjuangkan cinta sebelum kahwin sedangkan aku boleh perjuangkan cinta yang halal?"

Anis dan Jelita, kedua-duanya terkedu. Masing-masing tidak menjangkakan jawapan tersebut.

"Aku ada fokus aku sendiri. Aku nak pertahankan apa yang aku ada sekarang sampai kami berada di titik yang dinamakan bahagia. Bahagia di jalan Allah."

"Aku takkan terima perempuan lain selain Jelita. Aku hanya nak dia yang memegang gelaran isteri tu. Sebab aku cuma nak perjuangkan cinta ni. Aku yakin, Allah akan permudahkan jalan walaupun dugaannya masih ada." Ujar Fareeq lagi panjang lebar dan penuh yakin.

"Baliklah, Anis. Jangan datang lagi. Kalau boleh, jangan muncul lagi depan aku. Aku tak nak isteri aku cemburu dengan kau. Aku tak nak isteri aku terluka sebab kau."

Anis angguk bersama senyuman payah. Dia kembali panggung kepala memandang Fareeq.

"Isteri abang tak perlu cemburu dengan Anis sebab Anis terlebih dahulu cemburu sejak dia pegang gelaran 'isteri' kepada Fareeq Isyraf." Balas Anis, pasrah. Air mata yang masih menitis diseka kasar.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now