[ Book 7 ]
Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bibir menyeringai sakit ketika dia membuka baju yang tersarung di tubuh tegapnya. Pembalut luka yang sudah bertukar menjadi warna merah dibuka. Nampaknya, dia harus mencuci lukanya sendiri kerana ianya sudah terlalu kotor.
Peti kecemasan yang berada di dalam almari diambil. Pintu almari ditutup selepas itu. Tubuh terpusing untuk menuju ke katil. Namun, pergerakan terus terpasung apabila sepasang mata hitam lain merenung tajam ke arahnya. Renungan mereka berbalas.
"Jelita..." tak terkeluar nada suaranya melihat gadis itu berdiri kaku di hadapannya. Sejak bila Jelita masuk? Mengapa dia tidak perasan?
Sepasang mata milik Jelita mula berair. Bibir menggigil kecil. Tangan di sisi digenggam kuat. Dia yang mahu menyerahkan telefon pintar milik Fareeq yang tertinggal di atas mejanya terus menuju ke bilik lelaki itu. Namun, tidak sangka, dia akan melihat sesuatu yang cukup mengejutkan.
"Are you... bleeding?" Serak nada suara Jelita angkara perit yang mula terasa di celah kerongkong.
Fareeq terus tundukkan wajah melihat luka di abdomennya yang mula berdarah kembali. Tangan naik menekup luka tersebut.
"Urm... sikit aje ni."
"You tolong I yang tengah sakit tapi... you sendiri pun sakit? Kenapa...?" Menitis air mata Jelita tanpa dapat ditahan. Entah mengapa, dia terasa sebak melihat Fareeq menahan sakit seperti itu. Cecair darah yang masih mengalir di sebalik tangan kekar Fareeq semakin menyesakkan dadanya untuk melihat.
"Aku okey, Jelita. Kau tak perlu risau."
Jelita pantas mendekati Fareeq. Tangan lelaki itu ditarik. Tangannya pula yang menyentuh luka tersebut. Automatik, suara Fareeq meringis perlahan. Tajam pandangan Jelita ketika ini.
"Ini you cakap okey? Berdarah macam ni you cakap okey? Are you kidding me?" Sembur Jelita tanpa mempedulikan kesakitan Fareeq. Dia geram dengan lelaki itu yang suka menyimpan rahsia. Tengoklah seperti ini, tiba-tiba Fareeq terluka tanpa dia tahu apa penyebabnya.
Tak menunggu respons lelaki itu, Jelita menarik lengan lelaki itu untuk duduk di birai katil. First aid kit di tangan Fareeq diambil lantas dibuka. Bibir dikunci rapat, hanya tangan yang sibuk mencuci luka lelaki itu dengan ubat pembasmi kuman. Itu sahaja yang ada. Terpaksalah digunakan daripada ianya menjadi lebih teruk.
"Fareeq, you bagitahu I sekarang, macam mana boleh jadi macam ni?" Mata menunduk melihat abdomen lelaki itu. Hanya sesekali renungan mereka berbalas.
"Jatuh."
Pap!
"Argh, sakit, Jelita!" Fareeq mengusap lengannya yang ditampar Jelita. Kuat pula tu!
"Tahu pun. You fikir I bodoh ke tak tahu ni luka apa? Fareeq, ni luka kena tembak. Siapa yang tembak you? Macam mana boleh kena tembak?" Bertalu-talu soalan dilemparkan kepada Fareeq dengan harapan lelaki itu akan menjawab setiap satu daripadanya. Risau? Sudah semestinya! Orang gila saja yang tak rasa apa-apa apabila melihat keadaan seperti ini.