Part 15

3.1K 183 9
                                    

Ketika dia memasuki perkarangan rumah, tayar beroda empat itu perlahan menuju ke garaj

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika dia memasuki perkarangan rumah, tayar beroda empat itu perlahan menuju ke garaj. Pagar roller shuttle terangkat ketika keretanya berhenti di hadapan. Selepas dibuka, laju dia memarkirkan kereta bersama berderet kereta lain. Selangkah demi selangkah kaki dibawa ke pintu besar. Sakit yang terasa di perut menyukarkan pergerakannya dan ianya cukup menyusahkan. Setiap kali tersalah gerak, pasti sakit itu menyucuk kuat sampaikan mulut meringis tak sudah.

"Tuan, tuan okey ke?" Seorang pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga pintu kelam-kabut mendekati Fareeq apabila melihat majikannya seperti dalam kesakitan.

Fareeq angkat tangan. "Tak apa, aku okey. Buka pintu." Arahnya perlahan.

Pengawal peribadi tersebut mengangguk lalu membuka pintu besar, membenarkan Fareeq masuk.

Masuk saja ke dalam, suasana ditenggelami sunyi sepi. Sekeliling hanya ada kegelapan. Cuma floor lamp yang terpasang di hujung penjuru. Mata kemudian mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Keluhan berat kemudian dilepaskan. Mesti dia dah tidur...

Tingkat tiga dituju. Kaki melangkah menyusuri koridor. Namun, langkah terpasung serta-merta apabila melalui sebuah bilik. Hati seperti mahu ke situ tetapi akal seakan-akan menegah.

"Tak payah kacau dia lah. Entah-entah dia dah tidur." Ada satu suara yang berbisik di telinganya.

"Tapi, apa salahnya nak jenguk sekejap?" Muncul suara lain pula.

"Kau cuma nak pastikan dia okey aje. Bukan apa pun."

Kepala menggeleng laju, menghalau suara-suara yang mengganggu benak fikiran. Akhirnya, dia mengikut kata hati. Kaki bergerak merapati pintu bilik yang terbuka sedikit. Cahaya dari dalam kelihatan.

Waktu ini, Fareeq seperti dapat mengesan sesuatu. Suara orang menahan sakit. Telinga terus dirapatkan ke pintu, mahu memastikan yang dia tidak salah dengar.

"Urghhhh..."

Benar! Suara orang sedang menahan sakit semakin jelas. Tak dapat menyembunyikan rasa risau lagi, laju Fareeq menolak daun pintu sebelum mata menangkap sekujur tubuh Jelita yang mengerekot di atas katil. Terbuntang luas biji matanya melihat pemandangan di depan mata.

"Jelita!" Kaki terus mendekati katil. Tubuh Jelita ditarik untuk duduk. Wajah jelas kerisauan yang tak mampu dibendung.

"Jelita, kenapa ni?" Juraian air mata yang menitis di pipi Jelita menambahkan rasa gusar di hati Fareeq. Sakit di perut tidak terasa lagi apabila melihat Jelita seperti menahan sakit yang tak tertahan.

"Jelita, kenapa? Tell me! Why?" Suaranya penuh terdesak, inginkan jawapan. Tak betah dia melihat tangisan Jelita yang seperti takkan berakhir.

"Ssssaaakkittt..." bibir merah bak delima milik Jelita sudah bertukar pucat. Menggigil sekujur tubuh itu.

"Sakit? Dekat mana sakit? Bagitahu aku, kat mana sakit." Fareeq sudah meraba-raba tubuh isterinya, tidak dipedulikan lagi jika Jelita cop dia ambil kesempatan.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now